Khamis, 17 Oktober 2013

Tanah yang baik menghasilkan tumbuhan dan buahan yang baik...

Dikirim oleh Muhammad Eshraq

BICARA TERKINI IMAM AHMAD AL HASSAN AS: Tanah yang baik menghasilkan tumbuhan dan buahan yang baik...

Assalamualaikum warahmatulLahi wabarakatuh

Saya memohon kepada Allah agar kalian berada di dalam keadaan dan kesihatan yang baik. Salam kebaikan buat pengunjung halaman yang mulia ini.

Saya dapati seorang yang tidak menggunakan nama sebenarnya telah menuliskan kata-kata di halaman yang penuh barakah ini, mungkin kerana takut diaibkan atau seumpamanya. Saya sampaikan sebahagian daripada tulisannya yang sempat saya salin di sini. Saya tidak dapat mencari komen kotor selebihnya yang beliau tuliskan di sini, selepas saya menuliskan komen balas saya ini. Teryata ianya telah dipadamkan oleh salah seorang mukmin yang membersihkan halaman ini daripada komen-komen kotor. Semoga Allah mengganjarinya dengan kebaikan. Ini adalah sebahagian daripada tulisannya:

(Talwar Zani : Ahmed Ismail, anda duduk dan lihat kata-kata saya. Anda enggan mengeluarkan pendapat anda berkenaan Aishah. Ia adalah kali pertama saya melihat seorang Imam yang tidak mengutuk pembunuh datuknya!! Wahai keldai, wahai pemimpin, wanita ini adalah pembunuh Rasulullah. Tidakkah anda berasa malu, membiarkan Nazhim al-Uqaili berkata tentang Aisha "salam Allah Taala ke atasnya"!!! Wahai pemimpin, jika anda seorang lelaki, berlepas dirilah daripada kata-kata al-Uqaili. Cukup anda tidak mampu, kerana anda tahu bahawa orang-orang yang menjana dakwah anda adalah al-Hamaami , al-Uqaili dan Sadiq).

Jawapan:

Ia adalah perangai buruk yang diwarisi. Ia kelihatan seperti tindak balas Sadiq Shirazi ke atas kritikan ilmiah yang saya kemukakan terhadap akidah kewajipan taklid kepada selain peribadi maksum. Secara umumnya, wahai si penulis, samada kamu adalah Sadiq Shirazi sendiri, salah seorang wakilnya atau salah seorang jahil yang memperolehi kejahilan ini daripada tipu daya kalian. Sekiranya kamu seorang yang rasional, maka adalah lebih baik buat kamu merespon balas ke atas bukti ilmiah yang telah saya ajukan bagi menyangkal akidah kewajipan taklid kepada selain peribadi maksum di halaman ini. Melalui bukti-bukti ini juga, saya telah menjelaskan kejahilan, kelemahan akal budi dan ketidakfahaman Sadiq al-Shirazi. Inilah yang paling utama buat beliau dan orang yang menggalakkan mereka untuk mencerca, memaki hamun dan kata-kata kotor yang dipraktikkan sendiri olehnya, saudara-saudaranya, wakil-wakilnya dan setiap orang yang membelanya.

Allah Taala berfirman:

وَٱلۡبَلَدُ ٱلطَّيِّبُ يَخۡرُجُ نَبَاتُهُ ۥ بِإِذۡنِ رَبِّهِۦ‌ۖ وَٱلَّذِى خَبُثَ لَا يَخۡرُجُ إِلَّا نَكِدً۬ا‌ۚ ڪَذَٲلِكَ نُصَرِّفُ ٱلۡأَيَـٰتِ لِقَوۡمٍ۬ يَشۡكُرُونَ

"Dan tanah yang baik, tanaman-tanamannya tumbuh subur dengan izin Allah; dan tanah yang tidak subur, tanaman-tanamannya hanya tumbuh merana. Demikianlah Kami mengulangi tanda-tanda kebesaran [Kami] bagi orang-orang yang bersyukur." Surah Al A'raaf: 58 .

Wahai pengunjung yang dikasihi di halaman yang penuh barakah ini.

Ambillah ia sebagai satu hikmah Ilahi, ayat al-Quran yang diberkati: Kalian mengenali mereka melalui hasil mereka. Kamu mungkin mengatakan kepada diri kamu sendiri "saya hanyalah manusia biasa yang tidak mampu membezakan", bagaimana saya mampu mengenal Ahmad al Hassan adalah benar, serta mereka yang memusuhinya adalah batil dan imam-imam kesesatan?! Maka, al-Quran mengatakan dengan terang kepada kamu: Lihat pada buah-buahan, ia akan mengenalkan kamu jenis pokok itu. Walaupun kamu tidak mempunyai pengalaman dalam mengenal jenis-jenis pokok melalui dahan atau daunnya. Siapakah yang tidak mampu mengenal pokok epal apabila melihat buah epal tergantung di dahan-dahannya? Begitu juga halnya, kamu akan mengenal pokok yang menghasilkan buah-buahan beracun atau pahit apabila kamu melihat buahnya. "Demikianlah Kami mengulangi tanda-tanda kebesaran [Kami] bagi orang-orang yang bersyukur."

Kamu mengenal mereka melalui hasil mereka.

Imam yang soleh mengeluarkan ilmu yang baik lagi diberkati. Natijah beriltizam dengan ilmunya adalah lahirnya hamba-hamba soleh yang bercakap dengan penuh kebijaksanaan. Adapun Imam neraka yang syaitan gembira dengan mereka dan mereka mengikutinya, maka mereka mengeluarkan perkataan yang bodoh dan keji. Hasilnya, mereka melahirkan pengikut yang bercakap dengan bahasa syaitan iaitu cercaan, makian, kata-kata kotor yang keji, dusta dan berbuat bohong.

Kamu mengenal mereka melalui hasil mereka.

Tanah yang baik menghasilkan tumbuhan dan buahan yang baik. Tanah yang tidak baik menghasilkan buah yang buruk. Tanah itu adalah Imam yang mendidik dengan ilmu dan pemikirannya, ansar-ansarnya dan pengikut-pengikutnya. Jadi, kamu mengenali Imam petunjuk dengan pemikirannya dan hasil-hasilnya: "Dan tanah yang baik, tanaman-tanamannya tumbuh subur dengan seizin Allah."

Kamu mampu mengenal imam kesesatan dengan pemikirannya dan hasil-hasilnya, terutama apabila terdapat sesuatu yang menunjukkan dengan jelas bahawa dia dan pemikirannya yang rosak itu adalah sebab merosakkan hasil tersebut. Setiap orang yang rasional berhak merasa takjub ketikamana terdapat orang yang sanggup mengikuti dan menerima kata-kata individu yang menyimpang, rosak akhlak, keji lidahnya, atau yang mengajak untuk menggunakan kata-kata keji seperti ini. Namun, ia adalah hikmah Allah apabila Dia berkehendak menzahirkan kebenaran secara terang, maka Dia memperlihatkan kepada kalian keburukan sebahagiannya mengatasi yang lainnya untuk terang-terangan menzahirkan keburukannya: "dan tanah yang tidak subur, tanaman-tanamannya hanya tumbuh merana."

Bagi melengkapkan bukti terhadap mereka yang terpedaya dengan Sadiq al-Shirazi dan saudara-saudaranya, saya akan membahaskan pembuktian beliau dan saudara-saudaranya kepada kalian. Samada yang dilakukannya sendiri atau dengan menghasut orang lain supaya mencerca, memaki hamun dengan sekeji-keji lafaz, yang ditolak oleh jiwa-jiwa manusia yang bermoral.

Ini adalah rakaman Sadiq al-Shirazi yang mewajarkan perlakuannya sendiri atau saudara-saudaranya dan wakil-wakilnya, dengan menggunakan kata-kata keji yang tidak sesuai dan ditolak oleh semua manusia yang bermoral.

http://www.youtube.com/watch?v=MKWgt0nzjnk

Ini pula adalah rakaman saudaranya yang bernama Mujtaba al-Shirazi, menggunakan kaedah menyeleweng ini dalam mencerca dan memaki hamun dengan menggunakan kata-kata yang membuatkan semua jiwa berasa jijik, apatah lagi orang yang berakhlak dan beragama. Musibah besar, apabila dia menisbahkan celaan ini secara bohong, palsu dan berbuat dusta kepada Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib yang suci, anak kepada yang suci, yang mana tidak pernah keluar daripada mulutnya satu perkataan pun yang menyinggung perasaan Aishah. Walaupun beliau di dalam kesakitan yang amat sangit di medan perang dan belum sempat kering darah orang yang tercinta akibat kehilangan mereka, namun beliau tidak pernah menghina Aisyah yang menjadi sebab pembunuhan beramai-ramai yang melemahkan daulah Islam.

Berikut adalah rakaman Mujtaba al-Shirazi yang menggunakan kaedah mencerca dan memaki hamun:

http://www.youtube.com/watch?v=sd2vAkR2McI
http://www.youtube.com/watch?v=48GfC0TvNsE

Demi Tuhan kalian, adakah orang-orang yang kalian saksikan dalam rakaman ini, iaitu Sadiq al-Shirazi dan Mujtaba al-Shirazi mewakili pemikiran agama atau akhlak?

Demi Tuhan kalian, adakah mereka lebih baik untuk membentangkan Islam kepada berbilion penganut Buddha, Kristian dan ateis di seluruh dunia?

Dalam rakaman di atas, bagi mewajarkan kaedah menyimpang Sadiq al-Shirazi dalam menggunakan kata-kata keji, cercaan dan maki hamun, yang kalian dengari dari saudaranya dalam rakaman lain. Sadiq al-Shirazi telah membuat pertuduhan terhadap Allah bahawa Dia juga mencerca, memaki hamun dan menggunakan kata-kata keji di dalam al-Quran. Pertuduhan beliau terhadap Allah swt ini adalah berdasarkan pemahaman salah yang dikemukakannya untuk perkataan "zaneem" yang terdapat di dalam al-Quran. Dengan jahilnya, beliau menganggap makna perkataan ini adalah jelas (muhkam), di mana ia bermaksud cercaan dan kata-kata keji. Beliau kemudian berpindah ke ayat yang jelas melarang daripada mencerca, sebagaimana Dia swt berfirman:

وَلَا تَسُبُّواْ ٱلَّذِينَ يَدۡعُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ فَيَسُبُّواْ ٱللَّهَ عَدۡوَۢا بِغَيۡرِ عِلۡمٍ۬‌ۗ كَذَٲلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُمۡ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّہِم مَّرۡجِعُهُمۡ فَيُنَبِّئُهُم بِمَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ

"Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Dia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan." (Al-Quran 6: 108)

Sadiq al -Shirazi mengatakan bahawa ayat ini adalah khusus dan ia tidak melarang secara mutlak daripada mencerca, memaki hamun dan mengeji. Beginilah rupa orang jahil ini mengaitkan ayat ini dengan fahaman yang kesamaran (mutasyabih) terhadap perkataan "zaneem". Padahal zahir ayat ini adalah jelas melarang daripada mencerca dan menggunakan kata-kata keji. Ini bukanlah akhlak insan yang bermoral dan tidak mungkin bagi seorang manusia yang bermoral lagi adil menuduh Allah melakukan cercaan, makian dan penggunaan kata-kata keji, dijauhkan Dia swt. Dia Maha Kuat, Maha berkemampuan dan Maha menguasai, tidak memerlukan kepada cercaan dan maki hamun. Dia adalah sumber moral, nilai-nilai dan kata-kata yang baik, Dia swt berfirman:

ادْعُ إِلِى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk." (Al-Quran 16: 125). Ini adalah kaedah umum al-Quran, perintah Allah yang wajib difahami dalam kerangkanya.

Wahai orang-orang yang dikasihi dan syiah keluarga Muhammad.

Ambil perhatian, semoga Allah memberi taufik kepada kaian. Ini adalah ayat yang jelas (muhkam), di mana Allah memerintahkan agar berdakwah kepada pihak lawan dengan penuh hikmah dan pengajaran yang baik, bukannya dengan cercaan, maki hamun dan kata-kata keji: "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk."

Wahai pengunjung yang dikasihi dan syiah keluarga Muhammad.

Ambil berhatian, semoga Alah memberi taufik kepada kalian. Ayat ini adalah jelas (muhkam), di mana Allah mengarahkan secara terang dan nyata supaya tidak mencerca: "Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Dia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan."

Ini adalah jelas (muhkam), wahai pengunjung yang dikasihi dan syiah keluarga Muhammad: "Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah"..."Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik."

Ini adalah jelas (muhkam) dan inilah yang diterima oleh akal yang rasional dan berperikemanusiaan. Inilah yang kita ketahui tentang ketinggian akhlak ketuhanan yang kita pelajari dari Muhammad saaw.

Bagi perkataan "zaneem", ia lebih sesuai menjadi perkataan yang kesamaran (mutasyabih) maknanya. Berikut adalah makna yang diriwayatkan oleh Imam Sadiq as dan begitu jugalah yang disebutkan di dalam kitab-kitab lughah (bahasa Arab), ianya jauh daripada tafsiran salah yang disebut oleh Sadiq al-Shirazi. Di dalam kitab Ma'ani al-Akhbar, Syeikh al-Sadooq meriwayatkan: Daripada bapaku (semoga Allah merahmatinya) berkata, daripada Saad bin Abdullah, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Abbas bin Ma'roof, daripada Safwan bin Yahya, daripada Ibnu Maskan, daripada Muhammad bin Muslim berkata: "Saya bertanya kepada Abu Abdullah as mengenai ayat,
عُتُلٍّ بعد ذلك زَنِيمٍ (yang jahat kejam, selain dari itu, yang terkenal kejahatannya)" (Al-Quran 68:13). Beliau as menjawab, "Utul al 'Azhim (yang jahat kejam) adalah kekufuran dan zaneem (yang terkenal kejahatannya) adalah orang yang mengambil ringan kekufurannya." Ma'ani al- Akhbar oleh Syeikh al-Sadooq, halaman 149.

Ia disebut di dalam sesetengah kitab lughah:

زنم (Zanam), kata dasar untuk zaneem: sebahagian daripada telinga.
زَنِيمٍ (Zaneem) : sesuatu dengan sebahagian daripada telinganya terputus.
Mengenai firman Allah, {
عُتُلٍّ بعد ذلك زَنِيمٍ} , ia berkata bahawa dia ditandakan sebagai jahat kerana memotong telinga sebagai tanda. Lisan al-Arab, jilid 12, halaman 275.

Wahai pengunjung yang dikasihi dan syiah keluarga Muhammad,

Bertakwalah kepada Allah dan jangan sesekali menerima si jahil Sadiq al -Shirazi ini. Telah terbukti kepada kalian berdasarkan dalil bahawa dia adalah jahil. kembalilah kepada yang jelas (muhkam) di dalam al-Quran yang memerintahkan larangan mencerca. Dalam memahami kesamaran (mutasyabih) satu perkataan yang mempunyai lebih daripada satu makna. Oleh itu, sebaik-baiknya merujuk ayat yang kesamaran (mutasyabih ) itu kepada yang jelas (muhkam). Dengan ini, tidak syak lagi makna sebenarnya tidak lari daripada firman Allah swt "Jangan mencerca" atau makna yang disebutkan oleh Imam Sadiq as "orang yang mengambil ringan kekufurannya".

Wahai pengunjung yang dikasihi,

Yang kesamaran (mutasyabih) itu mesti dikembalikan kepada yang jelas (muhkam) dan mereka yang mengembalikan yang mutasyabih itu kepada yang muhkam adalah Ahlulbait as. Bukannya si jahil Sadiq al-Shirazi, yang menterbalik perkara itu untuk anda dan mengembalikan kalam al-Quran yang jelas (muhkam) kepada kefahaman yang tidak betul yang diasaskannya. Sekaligus menuduh Allah mencerca dan mengeji bagi mewajarkan dirinya sendiri, saudara-saudaranya dan penyokong-penyokongnya yang mencerca dan melafafazkan kata-kata keji yang tidak diterima oleh mana-mana insan bermoral, apatah lagi orang yang beragama.

Adapun, selebihnya yang dituliskan oleh Sadiq al-Shirazi, wahai pengampu, berkenaan syeikh al-Jalil al-Alim al-Fadhil Nazhim al-Uqaili (semoga Allah memeliharanya)mengucapkan kata: Aishah alaihassalam. Saya telah meneliti kata-kata tersebut dan syeikh Nazhim al-Uqaili (semoga Allah memeliharanya) ketika itu sedang bercakap di dalam debat bersama seorang syeikh salafi wahabi. Majoriti kata-kata syeikh Nazim al-Uqaili adalah berkenaan Ahlulbait as bagi membuktikan hak mereka di dalam kekhalifahan. Ketikamana beliau sedang menyebutkan nama-nama mereka (semoga Allah membalasnya dengan kebaikan), tiba-tiba disebutkan nama Aishah di pertengahan ucapannya dan secara tidak sengaja beliau telah menyebutkan alaihassalam.

Pendirian saya mengenai Aishah telah saya jelaskannya kepada umum di banyak tempat. Halnya adalah seperti hal setiap orang yang menentang Amirul Mukminin as dan beliau as adalah salah seorang daripada khalifah Allah di bumiNya. Sekiranya dia beriman, maka hendaklah dia melazimi ketaatan kepada Ali as sebagai ketua dan imamnya, serta menjunjung perintahnya. Beliau as adalah pemimpin bagi orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, yang dilantik oleh Allah. Tetapi saya tidak pernah mencerca dan memaki, melainkan saya hanya menjunjung manhaj al-Quran dan manhaj bapa-bapaku para Imam yang suci, yang bertepatan dengan ayat-ayat yang dibawakan di dalam halaman yang penuh barakah ini, iaitu dakwah dengan penuh hikmah dan akhlak yang baik. Bukannya manhaj cercaan, maki hamun dan kata-kata kotor lagi keji yang diasaskan oleh Sadiq al-Shirazi, saudara-saudaranya dan penyokong-penyokongnya.

Bersempena dengan kata-kata kotor yang ditulis oleh orang ini di halaman yang penuh barakah ini, maka saya mengarahkan mereka untuk bertaubat dan meninggalkan akhlak buruk dan kata-kata keji ini.

Saya juga mengajak Sadiq al-Shirazi supaya bertaubat dan meninggalkan perbuatan memperdayakan orang ramai dengan akidah kewajipan taklid kepada selain peribadi maksum, yang tidak berupaya mengemukakan bukti bagi akidah ini. Tidak terdapat ayat al-Quran yang jelas (muhkam) pembuktiannya dan juga riwayat yang pasti (qath'i) daripada Ahlulbait as, yang jelas menyokong akidah kewajipan taklid kepada selain peribadi maksum. Para ulama aliran Usuli sendiri telah membincangkan ayat-ayat dan riwayat-riwayat ini, mereka menjelaskan bahawa ianya tidak sesuai untuk digunakan sebagai bukti. Disebabkan Itu mereka membawakan apa yang mereka namakannya sebagai dalil akal atau wajib bagi seseorang yang jahil untuk merujuk kepada orang yang berilmu. Saya telah pun menyangkal bukti ini terhadap mereka, bahawa mereka hanyalah berandaian (zhan). Sedangkan seseorang berilmu yang dimaksudkan di sini adalah seorang yang membentangkan keyakinan dan bukannya andaian.

Sesetengah mereka termasuk Sadiq al-Shirazi mengatakan bahawa pembuktiannya adalah berdasarkan akal, iaitu merujuk kepada orang yang memiliki pengkhususan. Saya telah menjelaskan bahawa dengan mengemukakan bukti ini, beliau telah mendedahkan kejahilannya dan jelas sekali beliau tidak tahu apa yang perkatakannya. Di satu sisi, beliau mengatakan wajib bertaklid kepada selain peribadi maksum atau ulama dan di sisi lain pula, beliau membentangkan buktinya yang lebih sesuai menunjukkan keharusan (jawaz) sahaja, bukannya wajib. Jadi, merujuk kepada orang yang memiliki pengkhususan bukanlah wajib. Saya masih menunggu jawapan balas mereka yang pasti tidak akan dibawakan, kerana mereka tahu akidah mereka telah tamat selepas saya kemukakan sangkalan-sangkalan, sehingga tiada apa lagi yang tertinggal.

Ahmad Al Hassan
27 september 2013

Tiada ulasan: