Khamis, 17 Oktober 2013

Makrifat Ismul A'zham Al A'zham (Allah Ar Rahman Ar Rahim).

Dikirim oleh Muhammad Eshraq


TOPIK PERBINCANGAN BERKAITAN MAKRIFAT ISMUL A'ZHAM AL A'ZHAM (ALLAH AR RAHMAN AR RAHIM).

BASMALAH AT TAUHID

Basmalah adalah pintu Al Kitab, maka baginya zahir dan batin, firman Allah Taala:

يَوۡمَ يَقُولُ ٱلۡمُنَـٰفِقُونَ وَٱلۡمُنَـٰفِقَـٰتُ لِلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱنظُرُونَا نَقۡتَبِسۡ مِن نُّورِكُمۡ قِيلَ ٱرۡجِعُواْ وَرَآءَكُمۡ فَٱلۡتَمِسُواْ نُورً۬ا فَضُرِبَ بَيۡنَہُم بِسُورٍ۬ لَّهُ ۥ بَابُۢ بَاطِنُهُ ۥ فِيهِ ٱلرَّحۡمَةُ وَظَـٰهِرُهُ ۥ مِن قِبَلِهِ ٱلۡعَذَابُ

Pada hari ketika orang-orang munafik laki-laki dan perempuan berkata kepada orang-orang yang beriman: "Tunggulah kami supaya kami dapat mengambil sebahagian dari cahayamu". Dikatakan [kepada mereka]: "Kembalilah kamu ke belakang dan carilah sendiri cahaya [untukmu]". Lalu diadakan di antara mereka dinding yang mempunyai pintu. Di sebelah dalamnya ada rahmat dan di sebelah luarnya dari situ ada siksa. [Al Hadid: 13]

Dinding atau pintu ini adalah dinding Tauhid. Barangsiapa yang masuk kepada Al Kitab daripada Basmalah, maka dia berjumpa dengan batin Basmalah iaitu Ar Rahmah (Ar Rahman Ar Rahim). Barangsiapa yang tinggal kekal di luar dalam kegelapan, dia berhadapan dengan zahir Basmalah iaitu Niqmah (kesiksaan) (Al Wahid Al Qahhar).

Maka dinding batin Basmalah adalah (Bismillah Ar Rahman Ar Rahim) dan dinding zahirnya adalah (Bismillah Al Wahid Al Qahhar). Disebutkan Bismillah Ar Rahman Ar Rahim di permulaan surah dan tidak disebutkan Bismillah Al Wahid Al Qahhar di permulaan surah at Taubah, yang diucapkan terhadap mereka yang memilih untuk menentang dan memerangi Rasulullah (sawas). Demikian itu bagi mereka yang menjelaskan perlawanan terhadap-Nya, dan kerana Maha Suci Dia bersemuka dengan ciptaan-Nya berdasarkan sifat Rahmat melainkan mereka yang memilih kezaliman, kerosakan dan kekejaman, maka Maha Suci Dia bersemuka dengan paksaan dan kesiksaan. Maka persemukaan asal adalah dengan sifat Rahmat dan persemukaan dengan paksaan adalah pengecualian.

Basmalah pada setiap surah berkait rapat dengan surah pada satu sudut, dan terkait dengan Basmalah surah Al Fatihah pada sudut lainnya.

Penjelasan: Basmalah Al Fatihah adalah asal, dan Basmalah pada surah-surah lainnya di dalam Al Quran adalah gambaran sebahagian daripada Basmalah Al Fatihah. Maka keseluruhan Al Quran itu adalah dalam Al Fatihah, dan Al Fatihah itu adalah di dalam Basmalah Al Fatihah. Setiap Basmalah di dalam Al Quran adalah pada Basmalah Al Fatihah, dan ia adalah salah satu ayat dari ayat -ayat Al Fatihah. Adapun Basmalah dalam surah-surah lainnya adalah sebahagian dari surah, tetapi bukanlah ayat dari ayat-ayat surah.

Huwa ((
هو adalah Nama Teragung Lagi Teragung Lagi Maha Teragung (Ism Al A'zham Al A'zham Al A'zham اسم الأعظم الأعظم الأعظم) atau Hakikat dan Realiti ((الكنه والحقيقة.

Manakala tiang-tiang (Arkaan) bagi Nama Teragung Lagi Teragung Lagi Maha Teragung (
اسم الأعظم الأعظم الأعظم) adalah Allah Ar Rahman Ar Rahim iaitu Nama Teragung Lagi Teragung (Ism Al A'zham Al A'zham اسم الأعظم الأعظم) pada ketuhanan (Al Lahoot) atau Zat Ketuhanan. Kota Kesempurnaan Ketuhanan (Madinat Al Kamaalaat Al Ilahiyyah) adalah Allah, dan pintu zahir dan batinnya adalah Ar Rahman Ar Rahim.

Manakala tiang-tiang (Arkaan) bagi Allah Ar Rahman Ar Rahim
اسم الأعظم الأعظم)) pada makhluk ciptaan adalah Muhammad, Ali dan Fatimah iaitu Nama Teragung (Ism Al A'zham (اسم الأعظم. Muhammad adalah kota ilmu dan pintunya yang zahir dan batin adalah Ali dan Fatimah. Maka Muhammad adalah daripada Allah dan dia adalah Kitab Allah, bahkan dia adalah Allah pada makhluk. Ali dan Fatimah adalah dari sifat Rahmat Allah , maka mereka adalah Ar Rahman Ar Rahim.

Dengan itu setiap Basmalah menceritakan satu sudut dari sudut-sudut Basmalah Al Fatihah, dan Basmalah surah ini menceritakan tentang Tauhid. Oleh itu, pengkajian di dalam Basmalah surah ini berkisar tentang Tauhid, iaitu berkaitan tiga nama: Allah Ar Rahman Ar Rahim.

Allah adalah nama Zat atau Kesempurnaan-kesempurnaan Ilahi (Al Kamaalaat Al Ilahiyyah). Manakala Ar Rahman Ar Rahim adalah pintu Zat, yang mengalir daripada pintu ini pintu-pintu (abwaab) iaitu bersamaan bilangan Nama-Nama Maha Suci Dia. Hanya sanya dijadikan Ar Rahman pintu yang mengalir daripadanya Nama-nama Allah SWT, kerana Dia beramal dengan sifat Rahmat dan supaya tidak bersangatan siksaan-siksaan bagi makhluk yang mengingati dirinya serta melupakan tentang Rabbnya.

Tauhid pada martabat/ peringkat pertama adalah: Makrifat bahawa kesemua nama-nama (Asma') terkandung di dalam Zat Ketuhanan (zat Ilahiyyah), atau dengan kata lainnya, Allah Rahman Rahim dan Rahmat adalah Zat-Nya, Qaqir dan Qudrat juga adalah Zat-Nya.

Makrifat bahawa kesemua nama-nama ini mengalir daripada pintu Al Rahmat, yang batinnya adalah Al Rahim dan zahirnya adalah Al Rahman.

Makrifat bahawa kesemua nama-nama ini tidak terpisah daripada Zat, bahkan ia adalah Zat itu sendiri.

Makrifat bahawa kesemua nama-nama dan sifat-sifat ini adalah dari pihak makhluk yang memerlukannya. Maka kewujudannya (nama2/ sifat2) adalah dari keperluan makhluk, dan tiada kaitan langsung dengan SWT. Bahkan Dia SWT bertajalli dengan Zat Ketuhanan bagi dikenali makhluk. Maha Suci Dia adalah perbendaharaan yang tersimpan, maka diciptakan makhluk untuk dikenali. Makrifat Subhanahu wa Taala (SWT) adalah dengan makrifat Zat Ketuhanan atau Allah, dan kesempurnaan makrifat-Nya adalah dengan mengetahui kelemahan/ kekurangan/ kecacatan berkenaan Makrifat-Nya SWT daripada sebarang kesyirikan, atau dengan kata lainnya kelemahan/ kekurangan/ kecacatan berkenaan makrifat-Nya pada martabat Al Kunhu dan Al Haqiqah. Adapun makrifat Zat Ketuhanan atau Allah diperolehi daripada pintunya iaitu Al Rahman dan Al Rahim. Bagi perolehan makrifat ini, maka dibukakanlah keseluruhan alam dengan ketiga-tiga nama ini: Allah Al Rahman Al Rahim.

Maka kita dapati kitab Allah SWT pada naskhah-Nya yang dibaca (Al Quran) dan pada makhluk (Al Kawniyyah) telah dimulai dengan Bismillah Ar Rahman Ar Rahim. Maka Al Quran dimulai dengan Bismillah Ar Rahman Ar Rahim, manakala makhluk (Al Kawn) dimulai dengan penciptaan Muhammad, Ali dan Fatimah. Mereka (as) adalah tajalli Allah Ar Rahman Ar Rahim pada makhluk ciptaan-Nya, dan adapun para Imam dan para Mahdiyyun adalah pintu-pintu makrifat, sepertimana firman Allah swt:


يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْأَهِلَّةِ ۖ قُلْ هِيَ مَوَاقِيتُ لِلنَّاسِ وَالْحَجِّ ۗ وَلَيْسَ الْبِرُّ بِأَن تَأْتُوا الْبُيُوتَ مِن ظُهُورِهَا وَلَـٰكِنَّ الْبِرَّ مَنِ اتَّقَىٰ ۗ وَأْتُوا الْبُيُوتَ مِنْ أَبْوَابِهَا ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Mereka bertanya kepadamu tentang bulan sabit. Katakanlah: "Bulan sabit itu adalah tanda-tanda waktu bagi manusia dan [bagi ibadat] haji; Dan bukanlah kebajikan memasuki rumah-rumah dari belakangnya [2] akan tetapi kebajikan itu ialah kebajikan orang yang bertakwa. Dan masuklah ke rumah-rumah itu dari pintunya; dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung. [Al Baqarah: 189]

Ini sekaligus menerangkan dengan jelas sebab disebutkan huruf Al Muqotho'ah di dalam kitab yang dibaca (Al Quran) serta merta selepas Basmalah di permulaan surah. Perbuatan mendahulukannya di dalam kitab yang dibaca (Al Quran) adalah untuk sebab mendahulukannya di dalam kitab Al Kawn (makhluk)

Basmalah mengisyaratkan kepada penyatuan, maka kedua-dua Ar Rahman Ar Rahim bersatu dalam makna umum. Kedua-duanya adalah pintu Zat Ketuhanan atau Allah, Ar Rahman adalah pintu zahir-Nya, dan Ar Rahim adalah pintu batin-Nya. Pintu pada Zat Ketuhanan dan daripadanya mengalir apa yang di dalam Zat.

Maka Pintu adalah Zat, firman Allah SWT:

قُلِ ٱدۡعُواْ ٱللَّهَ أَوِ ٱدۡعُواْ ٱلرَّحۡمَـٰنَ‌ۖ أَيًّ۬ا مَّا تَدۡعُواْ فَلَهُ ٱلۡأَسۡمَآءُ ٱلۡحُسۡنَىٰ‌ۚ
Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaul husna. [Al Isra': 110]

Maka Basmalah mengarahkan kepada kesatuan Zat Ketuhanan (Allah) menurut dinding Al Kitab yang batin iaitu Bismillah Ar Rahman Ar Rahim.

Adapun menurut dinding Al Kitab yang zahir iaitu Bismillah Al Wahid Al Qahhaar, yang juga mengarah kepada penyatuan. Maka Al Wahid (Yang Satu) Al Qahhar (Yang Pemaksa) adalah Pintu Zat yang dialiri daripada Ar Rahman Ar Rahim.

Penjelasan: Tiada pertentangan antara paksaan (Al Qahr) dan rahmat (Ar Rahmah), maka ketikamana berlaku paksaan untuk pelaksanaan keadilan adalah menjadi satu rahmat yang pasti dan suatu yang lain. Tiada seorang mukmin pun yang yang berasa ragu bahawa paksaan-Nya buat selain-Nya adalah untuk memastikan keadilan atau menyampaikan kebijaksanaan. Maka paksaan-Nya buat orang-orang zalim adalah keinsafan buat mereka dan kepastian buat keadilan, iaitu natijahnya adalah kembali kepada rahmat dan kematian manusia yang dinisbahkan kepada paksaan-Nya SWT. Jika tidak kerana-Nya, maka kekallah mukmin setelah dia mengetahui hakikat dunia ini dan disingkapkan hakikat dunia baginya berterusan merasa sakit/ pedih di dalam dunia ini, atau kekal orang mukmin lanjut usia atau yang dimudharatkan jasadnya dengan kesakitan yang teruk akan berlawan dengan kesakitan dan berterusan sakit disebabkan tubuh badannya yang lemah. Oleh itu, kematian adalah rahmat, bahkan bagi mereka yang memahami dan mendalami, akan mengetahui bahawa kematian jasmani yang materi bagi orang-orang mukmin pada hakikatnya adalah kehidupan dan ketinggian/ kemuliaan iaitu rahmat dalam segala hal dan mengatasi segalanya.

Maka Al Wahid adalah pintu Batin, dan Al Qahhar adalah pintu zahir. Natijah dari keduanya adalah satu iaitu kedua-duanya bersatu pada realiti/ hakikat luaran (sebagaimana Ar Rahman Ar Rahim bersatu makna) bagi mengelakkan kedua-duanya berbilang-bilang dan berpisah-pisah pada luaran, kerana Al Wahid yang hakiki menjadi Al Qahhar bagi tiap sesuatu yang menyamainya, dan begitu juga Al Qahhar yang hakiki bagi setiap sesuatu yang menyamainya adalah Al Wahid yang hakiki. Telah berkata Amirul Mukminin Ali (as) di dalam doa As Shobah:

فيا من توحد بالعز والبقاء, وقهر عباده بالموت والفناء
Wahai Dia yang bersatu dengan kemuliaan dan kekal selamanya, dan memaksakan hamba-hamba-Nya dengan kematian dan kebinasaan. [Mafatih Al Jinan]

Pintu ini juga terkandung dalam Zat atau Allah dengan kandungan yang fana'.

Moga-moga faedah yang lengkap dengan penjelasan bahawa Muhammad (sawas) diutuskan dengan Bismillah Ar Rahman Ar Rahim, dan diutuskan Al Qoim (as) dengan Bismillah Al Wahid Al Qahhar. Maka Muhammad (sawas) dan wasinya Ali (as) berjalan dengan Jufr Al Abyadh, dan Al Qoim (as) berjalan dengan Jufr Al Ahmar iaitu membunuh dan tidak menerima taubat pada sesetengah keadaan, sebagaimana yang diriwayatkan di dalam hadis daripada Rafid mawla Abi Habirah, berkata: Aku telah berkata kepada Abi Abdillah (as): Semoga dijadikanku tebubanmu wahai anak Rasulullah, Qoim akan berjalan atas sirah Ali bin abi Talib pada penduduk bumi? Maka (as) menjawab: Tidak, wahai Rafid, sesungguhnya Ali bin Abi Talib telah berjalan pada penduduk bumi dengan Al Jufr Al Abyadh (kod putih), dan sesungguhnya Qoim berjalan di kalangan penduduk Arab dengan Al Jufr Al Ahmar (kod merah). Berkata; Maka aku bertanya kepadanya; Semoga dijadikanku tebusanmu, apakah dia Jufr Al Ahmar? (as) menjawab: Lalu Imam menunjukkan jari-jarinya kepada kerongkongnya, lantas berkata; Begini, yakni sembelih….” [Bashair Al Darajat, ms 81]

Allah: adalah nama bagi Zat Ketuhanan yang berhimpun sifat-sifat kesempurnaan. Pada hakikatnya ia adalah sifat yang terhimpun bagi segala sifat, yang membawa makna Allah atau yang disembah/ yang dijadikan tuhan kepadanya bagi memenuhi segala hajat, atau yang dimaksudkan bagi menyumbat/ menutup kekurangan dari setiap sudut.

Adapun Zat adalah atau Allahadalah menunjukkan kepada penyatuan selepas diperhatikan fana’ kesemua nama-nama padaNya. Fana’ ini adalah isyarat kepada makhluk untuk meninggalkan perhatian iaitu kesempurnaan atau Nama dari Nama-Nama Zat, dan bertawajjuh (menghadapkan wajah) kepada Tauhid Hakiki. Ianya adalah menghadap kepada Al Hakikah wa Al Kunhu (Hakikat dan Realiti) dan mengosongkan dari sebarang makrifat, serta mengiktiraf kelemahan/ kekurangan mutlak mereka dalam sebarang makrifat samada ithbat yang pasti mengarahkannya kepada “Ha” pada (HUA), dan makrifat kekurangan dalam makrifat yang mengarahkan kepada “Waw” pada (HUA). Tawajjuh (penghadapan) sebegini adalah tawajjuh kepada Al Ismul A’zham Al A’zham Al A’zham, dan ini adalah hakikat ibadat serta tauhid yang hakiki, apa yang selainnya adalah syirik pada apa jua martabat.

Maka mereka yang menyembah Zat atau (Allah)yang disbahkan kepada martabat ini adalah musyrik dalam keadaan mereka tidak menyedari, apatah lagi selain mereka. Allah berfirman:

وَمَا يُؤۡمِنُ أَڪۡثَرُهُم بِٱللَّهِ إِلَّا وَهُم مُّشۡرِكُونَ

“Dan sebahagian besar dari mereka tidak beriman kepada Allah, melainkan dalam keadaan mempersekutukan Allah.” [Yusuf: 106]

Bagi menerangkan dengan leboh lanjut saya (Imam Ahmad as) mengatakan: Pada Basmalah itu tiga Nama iaitu; Allah, Ar Rahman, Ar Rahim. Apabila kita berkata Basmalah adalah pintu Tauhid, maka Nama-Nama ini adalah pintu yang dengan pintu ini Tauhid dikenali. Paling minima kita berkehendakkan kepada pembeza yang jelas bagi membataskan setiap Nama-Nama ini dan makna-maknanya.

Allah: Nama Zat Ketuhanan yang terhimpun segala sifat kesempurnaan, pada hakikatnya adalah sifat jama’ bagi segala sifat. Maka makna Allah ialah yang bertuhan kepadaNya pada segala hajat/ keperluan, iaitu yang dimaksudkan bagi mengempang kekurangan pada setiap sudut.

Al Rahman: adalah nama bagi Zat Ketuhanan dan satu sifat dari sifat kesempurnaan, dan ia terkandung serta binasa (fana') di dalam Allah. Al Rahman adalah di dunia dan di akhirat, tetapi ianya lebih utama berkenaan urusan dunia dari segi keluasan rahmat padanya.

Al Rahim: adalah nama bagi Zat Ketuhanan dan satu sifat dari sifat kesempurnaan. Ia juga binasa (fana') di dalam Zat Ketuhanan atau Allah. Al Rahim juga adalah di dunia dan di akhirat, tetapi ianya lebih utama berkenaan urusan akhirat, dari segi Al Rahmah yang amat sangat padanya.

Kedua-dua nama atau sifat ini iaitu Al Rahman dan Al Rahim, pada hakikatnya adalah nama dan sifat yang satu, tiada pemisahan sebenar antara keduanya dan tiada pembeza sebenar. Bahkan keduanya adalah dua wajah bagi hakikat yang satu iaitu Al Rahmah. Maka kedua-duanya adalah pintu Zat Ketuhanan: Al Rahman adalah pintu yang zahir (nyata), manakala Al Rahim adalah pintu yang batin (tersembunyi). Bersatulah dua nama di sini dan tiada yang tinggal melainkan penyatuan Al Rahmah bersama Allah atau Zat Ketuhanan.

Akan bersambung ke bahagian 2, insyaAllah.

Tiada ulasan: