Jumaat, 18 Oktober 2013

BENARKAH RINTIHKU DALAM MENYELAM RAHSIAMU

BENARKAH RINTIHKU DALAM MENYELAM RAHSIAMU

Bila menyebut Mu
Mengenang Tawajjuh melampaui taqwin MU

Ya Mushtafa
Ya Majma'a al-Bahrain
Wahai Mutiara dan Marjan
Wahai Pengemudi Bahtera
Ya muqarrab al-awwal

Bermula DIAlah, ALLAH ,Al-Khaliq 
mencipta cahaya gemilang Nur Kekasihnya 
yang Terpilih yang Terpuji olehNya 
yang dengannya wujud tajalli al-awwal 
rahsia muqarrab terpelihara
rahsia antara samudera
bertemu tidak beraduk
punya hasil permata mutiara 
arba'ah wa'isyrun
dua puluh empat
pembahagi Laila wan nahar 
di putaran dunya rendahNya. 

Dari rahsia itu tercipta khalif-khalif 
pengurus tsaqalaan 
yang dicipta untuk menghuni al-ardhiyah 
dari awal hingga masa akhir.

DIAlah, Allah, HUWA Allahu Rabu l-‘Alamin 
pemilik jagat semesta 
mewujudkan pujian bagi diriNya 
dalam tajalli ath-thani 
di al-ardhiyah tempat al-maut wal-hayah
dengan uji duga
siapa yang terbaik ketundukannya.

DIA tetap pemilik daulah al-Ilahiah 
pendiri-pendiriNya, 
Kepada DIA tempat berhimpunnya 
keinginan-keinginan si abdi mengabdi 
yang sentiasa bergantung harap 
oleh laluan lurus 
yang meluncur pada pengabdi 
yang mengharung nikmat abadi
yang jauh tersasar yang ‘ashi
menentang Al Malik Al Mulk, Rabbi
apalagi yang memilih laluan legap duniawi.

Malam-malam telah berlalu ... 
fajar sudah menyingsing ... 
azzan sudah dikumandang ...
iqamah masih terngiang ...
saf baru mula di susun bahu-bahu belajar bergeser
Tumit-tumit selari mendiri niah qurbatan ila Allah
Jangan lupa takbiraat yang membunuh binasa ana diri dunya
Kalau boleh biar tiga dua dua diselangi iftitah doa
Masuklah dan hadaplah
Jangan lupa di sana ada sang ketua.
Tunduklah
Sujudlah biar dua
Duduklah bertawarruk
Dan beri salam kepada ashabul Yamin

Aiyuha Al-Yamani.
Ya Sohib Al Amr
Ya Sohib Az Zamani
Aiyuha Al-Qoim

Ya Ahmad! Ya Ahmad! Ya Ahmad!

Tiada ulasan: