Selasa, 15 Oktober 2013

Syahidnya Muslim bin Aqil as


Syahidnya Muslim bin Aqil as


Selain hari wuquf pada 9 zulhijjah, ia juga adalah hari terbunuh syahidnya Muslim bin Aqil as, utusan yang diutuskan oleh Imam Hussein as ke Kufah bagi mengumpul syiah Kufah. Tetapi akhirnya telah dikhianati oleh syiah-syiah Kufah dan dibiarkan keseorangan, ditangkap dan dibunuh dengan ditolak jatuh dari atas istana gabenor Kufah, Abdullah bin Ziyad (laknat Allah ke atasnya).

Imam Ahmad as di dalam kitab Ma'al Abdus Soleh (jilid 2), diberitakan terlalu sedih bila mengenangkan nasib yang menimpa Muslim bin Aqil as kerana beliau mati syahid keseorangan, walaupun begitu, beliau tetap sempat mengingatkan nasib yang akan menimpa mawlanya Imam Hussein as. Imam Ahmad as juga mengingatkan betapa keadaan beliau as sekarang ini tersangat jauh, jika dibandingkan dengan Muslim bin Aqil yang keseorangan kerana jumlah ansar yang ramai sekarang ini.

Imam Ahmad as adalah Muslim bin Aqil pada zaman ini kerana beliau as adalah utusan Imam Zaman as dan telah ditinggalkan keseorangan sebanyak 2 kali. Tetapi beliau as bangkit dengan sokongan yang lebih ramai setelah itu...alhamdulillah.

Insya Allah, kita menantikan kebangkitan Imam as buat kali yang ketiga dengan pedang dan masanya semakin hampir bagi orang-orang yang beriman...

Selamat hari raya Idul Adha...

Tiada ulasan: