Selasa, 15 Oktober 2013

Sempena Wiladah Imam Ali ar-Ridha as

11 Zulkaedah: Sempena Wiladah Imam Ali ar-Ridha as.

BICARA FB IMAM AHMAD AL HASSAN AS:.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Keberkatan buat kalian pada hari lahir Imam Ali bin Musa al-Ridha as, dan semoga Allah menerima segala amalan kalian.

Ali bin Fathal meriwayatkan daripada bapanya, daripada Abi Al Hassan Ali bin Musa ar-Ridha as: bahawa seorang lelaki penduduk Khurasan berkata kepada Abu al-Hassan Ali bin Musa al-Ridha as:

"Wahai anak Rasulullah, saya melihat Rasulullah saaw dalam tidur saya, seolah-olah baginda berkata kepada saya, "Apa yang akan kalian lakukan jika bahagianku dikebumikan di bumi kalian, dan kalian telah diamanahkan dengan kepercayaanku dan dighaibkan bintangku di bawah bumi kalian? "

Al-Ridha as berkata kepadanya:" Akulah yang dikebumikan di bumi kalian, Akulah bahagian nabi kalian, Akulah kepercayaan dan bintang. Sesungguhnya, orang yang melawatku mengetahui apa yang Allah swt wajibkan mengenai hak dan ketaatanku, maka aku dan bapaku adalah pemberi syafaatnya pada hari kiamat. Dan barangsiapa yang beroleh syafaat kami akan selamat walaupun dia menanggung beban dosa dua timbangan: jin dan manusia."

Bapaku meriwayatkan daripada datukku, daripada bapanya dan daripada bapa-bapanya bahawa Rasulullah saaw berkata: "Barangsiapa yang melihat aku dalam tidurnya maka sesungguhnya telah melihatku, kerana syaitan tidak mengambil bentukku atau bentuk mana-mana awsiyaku , serta tidak juga bentuk salah seorang syiah mereka. Visi yang benar itu adalah salah satu daripada tujuh puluh bahagian nubuwwah."

Rujukan: Man la Yahdhuruhu al-Faqih, jilid 2, ms 584. Uyoon Akhbar al-Ridha, jilid 1, ms 287. Al-Amali oleh Syeikh al-Sadooq, ms 120. Bihar al-Anwar, jilid 49, ms 283.

Ahmad Al Hassan
17 september 2013/ 11 Zulkaedah 1434

Tiada ulasan: