Sabtu, 26 Oktober 2013

Soalan 15- Dari Kitab Mutasyabihat – Makan Sisa Reputan Manusi

Kiriman oleh Hanizi Mohamad (Read Only, hanya untuk bacaan dan pembetulan)

Soalan 15- Dari Kitab Mutasyabihat – Makan Sisa Reputan Manusia

Kiriman oleh Hanizi Mohamad (Read Only, hanya untuk bacaan dan pembetulan)

Soalan 15: Buah-buahan yang kita makan telah ditanam di atas tanah yang mempunyai sisa-sisa badan manusia, jadi kita makan mayat manusia?

Jawapan:

Badan material (benda) adalah dibaratkan dari tajalli atau penampilan rupa (imej) contoh dalam kebendaan yang sempurna atau dalam ketiadaan yang boleh wujud dan dibaratkan pada rasa, bau, warna dan semua butir-butir bahan badan yang datang dari rupa kebendaan yang sempurna. Jadi mengenai perkara yang sama (dalam ketiadaan yang boleh wujud, seperti tersebut di atas ), jika imej oren menjelma (tajalli) di dalamnya, maka ia [benda itu] akan mempunyai bau dan rasa yang menyenangkan, dan akan dibenarkan untuk dimakan, tetapi, jika imej najis menjelma di dalamnya, maka ia akan mempunyai bau yang tidak menyenangkan, dan akan dilarang untuk makan. Oleh itu, hasil daripada tubuh manusia selepas kematian (jika Allah berkehendak untuk mengurainya) adalah gumpalan tanah. Dan imej fizikal yang sempurna gumpalan tanah adalah berbeza daripada imej tubuh manusia. Oleh itu tidak ada persamaan sebenar antara tubuh manusia yang reput (terurai) dan gumpalan tanah yang terhasil dari penguraian ini. Ia kelihatan sama oleh orang yang tertipu, yang bergantung kepada rupa benda.

Dan kebendaan adalah ketiadaan yang boleh wujud, sebaliknya, ia adalah pengenalan dan pengkhususan imej yang sempurna, dan imej yang sempurna berbeza antara satu sama lain, dan ia tidak menghasilkan yang lain. Jadi, sebagai contoh, pokok yang telah ditanam di atas badan yang reput, dan tumbuh menghasilkan buah-buahan, tidak menyerap badan reput, ia bukan menyerap bahan di dalam tanah yang mempunyai identiti (unsur) tersendiri dan khusus, dan ia berbeza daripada badan reput, walaupun jika ia mempunyai perkara atau ketiadaan yang boleh wujud (yang tidak dikenalpasti atau khusus), bersama-sama dengan badan. Jadi, sebagai contoh , jika seseorang yang memakan buah tersebut, dia tidak akan makan sesuatu yang berpunca daripada reputan badan, maka, kesimpulannya, tidak ada manusia makan manusia lain, dan tidak ada manusia yang dimakan oleh manusia lain.


۞ ۞ ۞ ۞


Tiada ulasan: