Dikirim oleh Muhammad Eshraq
Kata-Kata Imam Ahmad a.s Yang
Sukar Diletakkan Tajuk Yang Sesuai...
Barangkali berkata kepada Imam kamu dan hujjah Allah ke atas makhlukNYA "sayyidku dan mawlaku" adalah sesuatu yang paling minima dalam menjaga hak-hak berimamkan dengan mereka, semoga roh-roh kami menjadi tebusan mereka. Seseorang insan itu juga amat memberi perhatian yang tinggi ketika berbicara dengan Imamnya, beginilah kefahamanku yang serba kekurangan. Tetapi pastinya yang demikian itu wajiblah terbit dari hati manusia dan rohnya, bukan menjadi kebiasaan untuk mengambil perhatian secara luaran tetapi tidak bertepatan dengan batinnya yang tidak diketahuinya melainkan Allah dan Hujjah-hujjahNYA. Ya Allah aku mohon keampunan dengan hak Fatimah a.s.
Bagi Abdus Soleh (a.s) kata-kata yang bermakna buat mereka yang bersama-sama dengannya dalam memikul beban dakwah, ketikamana dia berkata: Aku bukanlah layak buat seseorang memujiku dan aku tidak redha seorang pun memujiku. Kami tidak datang untuk mengasaskan kezaliman. Aku berharap kalian bercakap denganku sebagai salah seorang dari kalian, bahkan aku menganggap diriku sebagai yang serba kekurangan di sisi kalian. Anggaplah aku sebagai temanmu dan kemuliaan buatku agar ansar menerimaku sebagai teman mereka.
Setelah itu saya (syeikh Abu Hassan) bertanyakan beliau tentang nasihat, maka (a.s) menjawab: Jelaskanlah kepada umat manusia jalan Islam yang sebenar, jangan tinggalkan satu jalan pun yang mungkin mereka beramal dengannya kerana disitulah letaknya kelapangan kamu. Sesungguhnya Iblis laknatullah ketika dia mengetahui pengakhirannya adalah pada hari yang dimaklumkan dan mengetahui hari tersebut adalah binaan yang mesti disempurnakan untuk dia datang pada hari yang dimaklumkan ini. Maka dia telah bekerja sejak hari pertama dia dikeluarkan daripada mentaati Allah supaya tidak disempurnakan binaan ini.
Tidakkah kamu pernah mendengar firmanNYA:
ثُمَّ لَأَتِيَنَّهُم مِّنۢ بَيۡنِ أَيۡدِيہِمۡ وَمِنۡ خَلۡفِهِمۡ وَعَنۡ أَيۡمَـٰنِہِمۡ وَعَن شَمَآٮِٕلِهِمۡۖ وَلَا تَجِدُ أَكۡثَرَهُمۡ شَـٰكِرِينَ
Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur. (Al A'raaf: 17)
Inilah musuh kalian yang tidak pernah mensia-siakan usaha untuk menyesatkan umat manusia, maka bagaimana pula kita harus mensia-siakan usaha untuk menunjukkan hidayah buat mereka?!
Adakah kamu mendengar apa yang dikatakan oleh Iblis laknatullah bahawa dia akan mendatangi dari setiap sudut untuk menyesatkan umat manusia? Sekiranya dia tidak dapat memanfaatkan apa yang ada di antara tangan-tangan mereka, maka dia tidak akan berpatah balik dan tidak akan sekali-kali menerima kekalahan pertempuran. Bahkan dia akan mencuba sekali lagi dari belakang mereka dan sekiranya dia tidak dapat menyesatkan mereka juga, dia tidak akan sesekali berpatah balik dan menerima kekalahan peperangan. Bahkan dia akan mendatangi mereka dari kanan mereka pula. Beginilah musuh kalian yang bersama dengan kebatilan dan mempertahankan kebatilan, tetapi dia tetap bertempur dengan ganas untuk menyesatkan umat manusia dan menghalang mereka dari berjalan kepada Allah, kerana dia mengetahui bahawa ini akan menghalang kesempurnaan binaan dan menangguhkan hari yang ditetapkan, yang menjadi pengakhirannya.
Maka saya bertanya: Adakah anda dan mereka yang bersama anda berkeadaan baik? Maka (a.s) menjawab: Segala pujian hanya bagi Allah atas setiap hal, kebaikan bersamaku keseluruhannya, Allah Subhanahu wa Taala, aku bermohon kepadaNYA supaya aku bersamaNYA sepertimana DIA bersama denganku, maka aku menerima ihsanNYA dengan penuh kesyukuran dan aku tidak menjadi dari kalangan orang-orang yang rugi.
Lalu aku berkata: Adakah saya berhak bertanya tentang keadaanku atau sesungguhnya saya telah mengambil waktumu, wahai cahaya mataku?
Maka (a.s) menjawab: Aku adalah khadam tetapi aku suka untuk berkata: Sesungguhnya Amirul Mukminin Ali (a.s) yang Abdus Soleh telah bercakap dengannya, berkata "kamu telah mendahului dengan pendahuluan yang jauh dan meletihkan orang yang datang selepas kamu" (Bihar Al Anwar, jilid 97, ms 323). Sekiranya Ali yang semoga rohku menjadi tebusannya, bertanyakan Rasulullah berkenaan pengakhiran dirinya samada selamat pada hari pembalasan, maka siapakah kita dan bagaimanakah pula keadaan kita?!
Aku menggigit jari kekesalan atas apa yang telah dicuaikan pada sisi Allah dan merasa yakin atas kekesalannya, aku mengatakan lebih-lebih lagi buat anak-anak Adam supaya sentiasa menggigit jari kekesalan selama-lamanya ketikamana mengetahui bahawa pada hari kiamat nanti tidak akan ada seorang pun yang mampu sujud sehinggalah Muhammad (sawas) bersujud dan memuji Allah.
Apakah yang menghalang kita dari sujud sehingga Muhammad (sawas) bersujud dan memuji Allah, jika bukan kerana kita adalah orang-orang yang kekurangan, bersalah, berbuat dosa dan melihat kepada diri kita sendiri? Adakah kesalahan-kesalahan ini melayakkan kecintaan Subhanahu wa Taala terhadap kita?! Adakah dengan keterpalingan daripadaNYA, keingkaran terhadapNYA dan penumpuan kita terhadap diri sendiri melayakkan kita dibalas dengan ihsan dan kurniaanNYA?!
Diceduk dari kitab Ma'al Abdus Soleh oleh Imam Ahmad Al Hassan a.s, ms 105-107

Tiada ulasan:
Catat Ulasan