Jumaat, 18 Oktober 2013

Beriman [dengan] Hujjah Allah.


Dikirim oleh Muhammad Eshraq


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Mengasihani Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Ya Allah, selawat dan salamMu keatas Muhammad dan Keluarga Muhammad.

Dan orang-orang yang beriman yang beramal soleh dan beriman dalam
apa yang telah diturunkan kepada Muhammad, dan ia adalah kebenaran daripada Tuhan mereka, Dia sembunyikan untuk mereka kesalahan mereka dan diselesaikan fikiran mereka. [Surah Muhammad 47:2]

Beginilah keadaan orang-orang yang beriman [dengan] Hujjah Allah.

Mereka pada mulanya mempercayai ayat-ayat Allah dan beriman kepadaNya, kemudian mereka beramal dengannya dan beriman kepada Hujjah Allah keatas mereka, yang ianya adalah kebenaran dari Tuhan mereka. Maka mereka beroleh ganjaran dari Tuhan mereka berupa “yang disembunyikan untuk mereka kesalahan mereka dan dan diselesaikan
fikiran mereka.”

Sekarang mari kita bertanya pada diri kita sendiri, adakah kita beramal dengan firman-Nya, “disembunyikan untuk mereka kesalahan mereka?”

Saudaramu yang beriman digambarkan oleh Allah swt sebagai bersih dan suci.
Allah tidak hanya memaafkan salah laku, bahkan Dia telah menghapuskannya:
“Disembunyikan untuk mereka kesalahan mereka,” menghapuskan bermaksud untuk melindungi dan menyembunyikan. Ya, Dia bukan sahaja telah memaafkan mereka, tetapi melindungi dan menyembunyikan kesalahan itu. Dan adakah anda tahu dari siapakah disembunyikan kesalahan itu?

Dia sembunyikan kesalahan itu daripada malaikat-malaikat. Ya, dari daratan dan
dari semua yang menyaksikan kesalahan atau dosa tersebut. Oleh itu, dosa itu tidak
lagi wujud dan tidak lagi mempunyai kesan, seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Malaikat yang menulis kesalahan itu: Allah menjadikan dia lupa apa yang tulisnya. Ya, begitu juga daratan dan segala-galanya.

Orang yang jahil tentang kebenaran berkata bahawa perbuatan yang salah dan
dosa-dosa itu diampunkan Allah, tetapi kesannya kekal. Dan mereka itu memberikan contoh bahawa jiwa itu adalah seperti sekeping kayu dan perbuatan salah itu seperti paku yang telah diketuk ke dalam kayu tersebut, dan mereka berkata walaupun
paku tersebut telah ditarik keluar, kesannya akan tetap kekal. Jadi mereka melihat walaupun kesalahan itu telah diampunkan, kesannya masih tertinggal. Inilah apa yang mereka katakan.

Saya katakan dan kebenaran yang saya katakan kepada kalian, bahawa kalian salah. Mengapa kalian bercakap tentang apa yang kalian tidak tahu? Mengapa kalian menutup pintu Kerajaan Malakut terhadap orang yang bertaubat? Yang mamakukan paku ke dalam kayu tersebut bukanlah Pencipta kayu yang mampu mengembalikannya kepada keadaan asalnya. Manakala Yang Mengampunkan perbuatan salah adalah Dia, Allah yang menciptakan ruh dan Dia mampu keatas segala-galanya. Dia mampu mengembalikan ruh sebagaimana asalnya.

Jika seorang hamba bertaubat kepada Allah, maka Allah menjadikan malaikat yang mencatat menjadi lupa apa yang mereka menulis, dan Dia menjadikan daratan di mana hamba tersebut melakukan kesalahan menjadi lupa apa yang ia saksikan. Dia mengangkat setiap jejak kesalahan dari jiwa hamba tersebut, iaitu hamba yang ikhlas dalam taubatnya. Ya, dia kembali sepertimana hari ibunya melahirkanya, fitrah suci. Tidak ada dosa. Tiada kesan. Tiada siapa yang ingat.

Ya, dengan rahmat Allah, Allah menjadikan hamba tersebut mengingati kesalahannya, bukan untuk berbicara tentangnya, kerana Allah juga tidak pernah cukup dengan demikian, tetapi untuk dia tidak akan kembali kepada kesalahan tersebut, dan supaya dia sentiasa merasakan kepedihan akibat ketidakpatuhan dengan kepatuhan, dan terus ditinggikan (martabatnya) dengan kepedihan tersebut.

Wahai orang-orang yang bertaubat, kalian hari ini adalah fitrah yang suci sepertimana hari ibu kalian melahirkan kalian. Tiada pintu dari pintu-pintu langit yang tertutup di hadapan kalian jika sekiranya anda ingin naik (ke kedudukan yang lebih tingg). Kalian ingin menjadi orang-orang yang dekat (muqarrabin), ya silakan kerana pintu itu terbuka untuk kalian, yang dibukakan oleh Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Allah mahukan kalian mendengar Dia swt supaya tinggalkan seruan syaitan. Jangan
tertipu dengan perkataanya, "Siapakah anda? Apa anda akan jadi supaya anda menjadi orang-orang yang dekat?" Jangan diperbodohkan dengan perkataannya yang berkata kepada kalian, "Siapakah anda supaya anda boleh naik ke tahap yang lebih tinggi?"

Sekiranya kalian terpaksa berpaling kepadanya, maka katakanlah kepadanya, "Aku adalah hamba yang lemah, bersalah lagi miskin dan seorang hamba yang berdosa, tetapi Tuhanku Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang dan Pemurah, Dia telah membuka pintu buatku melalui anugerah pemberian-Nya.”

Beginilah keadaan orang yang beriman dengan Hujjah Allah “disembunyikan
untuk mereka kesalahan mereka.” Sekarang, kita tahu bagaimana Allah swt menyembunyikan salah laku mereka. Jadi, apakah kita telah memberi hak mereka? Adakah kita telah memberi mereka yang bersih lagi suci itu akan hak mereka? Bagaimana kita berurusan antara satu sama lain? Ya, setiap seorang daripada kita sepatutnya tahu bahawa saudaranya yang beriman adalah menyayangi Allah dan sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang beriman dan mencintai sesiapa jua yang mencintai mereka.

Cukupkah bagi kalian mengetahui bahawa dia adalah suci dan bahawa sesungguhnya Allah menyembunyikan kesalahanya supaya kalian mengasihi dia. Cukuplah bahawa sesungguhnya Allah menyintai dia supaya kalian menyintai dia. Cukuplah bahawa para nabi dan pewaris nabi (awsiya) menyintai dia itu supaya kalian cinta kepadanya. Cukuplah bahawa malaikat cinta kepadanya supaya kalian menyintainya. Cukuplah (bagi mereka) bahawa Allah tidak redha bahawa kalian menyakiti orang yang beriman itu

dengan perkataan, supaya kalian mengelakkan diri dari menyakiti mereka. Cukuplah bagi kalian untuk mengetahui bahawa makhluk yang paling dikasihi oleh Allah adalah mereka yang cinta demi Allah [cinta sesama saudara yang beriman], supaya kalian bermula seperti baharu.

Wahai orang-orang berimana, yang disucikan oleh rasa cinta atau menjauhkan dari menyakiti saudara seiman kalian yang disucikan. Ya, ini adalah kewajipan kalian untuk pergi ke kedudukan yang lebih tinggi. Pintu-pintu tersebut adalah terbuka buat kalian, oleh itu janganlah kalian mengendahkan tipu daya Syaitan. Jangan sesekali mengabaikan kecintaan kepada orang-orang yang beriman atau menyakiti mereka, agar pintu yang telah dibuka untuk kalian tidak tertutup sekali lagi.

Kemudian adakah kita telah beramal dengan firman-Nya SWT, “Dan diselesaikan keadaan fikiran mereka.” Adakah kita gembira dengan rahmat keselamatan agama ini dan bai’ah yang benar?

“Katakanlah, di dalam rahmat Allah dan kasihNya, di dalamnya dibiarkan mereka bersuka ria, ia adalah lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan.”(Al-Maidah:5).

Adakah kita berdukacita terhadap apa yang kita hindarkan diri dari perkara-perkara duniawi termasuklah kemenangan materialistik? Adakah kita pernah berasa gembira sekiranya kemenangan materialistik yang diperolehi itu dapat dicapai bersebabkan kehendak dan rahmat-Nya?

“Supaya kamu tidak berdukacita terhadap apa yang telah kamu dihindarkan darinya dan tidak berasa gembira terhadap apa yang Dia kurniakan keatas kamu. Dan Allah tidak suka orang yang sombong takabbur” (Al-Hadid: 57)

Jika beginilah keadaan kita, maka kita menjadi contoh terhadap “diselesaikan keadaan fikiran mereka”. Ya, Dia menyelesaikan keadaan fikiran mereka itu dengan redha akan penghakimanNya dan tunduk kepada arahanNya, Dia menyelesaikan keadaan fikiran mereka dengan pengabdian kepada Dia swt. Dia menyelesaikan keadaan fikiran mereka dengan beramal diantara kedua tangan HujjahNya, Dia menyelesaikan keadaan fikiran mereka dengan keikhlasan kepada Dia SWT. Dia menyelesaikan keadaan fikiran mereka dengan harapan dan ketakutan.

Terdapat orang-orang jahil yang barangkali membayangkan bahawa Dia swt menyelesaikan keadaan fikiran dengan pembaikan dunia mereka iaitu dengan urusan-urusan materialistik. Mereka berimaginasi bahawa Dia menyelesaikan keadaan fikiran mereka dengan urusan-urusan dunia materialistik, kerana dunia ini adalah sejauhmana yang mereka boleh gapai dalam pengetahuan mereka. Sedangkan bagi mereka yang keadaan fikirannya telah diselesaikan oleh Dia swt, seluruh dunia ini adalah kejahilan melainkan posisi keilmuan, dan keseluruhan ilmu itu adalah hujjah kecuali apa yang diamalkan, dan keseluruhan amalan adalah riya’ kecuali amalan yang ikhlas, dan keikhlasan itu di dalam bahaya sehingga orang itu melihat apa yang
dimeterai (kehidupan) untuknya.

Maka keadaan fikiran mereka disibukkan dengan Dia SWT. Adakah ada sesuatu yang lebih melegakan selain dari sebuah fikiran yang disibukkan dengan Allah? Ya, benar bagi mereka yang sebegini, maka Dia swt “telah selesaikan keadaan fikirannya.”.
Salam Sejahtera keatas kalian, wahai orang-orang beriman dan dirahmati Allah. KeberkatanNya, salamNya dan doaNya keatas mereka tabah dalam keadaan keadaan kesakitan dan kesusahan.

Salam keatas anda wahai Ansar Allah, yang berhak lagi benar. Mereka yang telah mengesahkan ikrar mereka kepada Allah, maka Allah telah mengesahkan ikrar mereka. Semoga Dia mengurniakan mereka kedudukan yang tinggi bersama para Nabi dan Rasul.

Salam keatas anda, yang menyeberang ke akhirat dalam keadaan selamat dan sejahtera, dan juga dalam perlindungan agama, yang Allah cintai dan dengan apa yang diredhai Allah. Saya memohon kepada Allah untuk syafaat anda dalam urusan kami dan mendoakan untuk kami insan lemah yang tinggal di dunia yang kotor lagi gelap gelita ini, agar laluan kami pada hari laluan kami dicatatkan adalah kepada cahaya yang telah anda seberangi.

Ya Allah, bantulah kami, dan gunalah kami untuk membantu agamaMu dengan kehendak dan rahmatMu, dan dengan limpah kurniaanMu.
Dengan Nama Allah Yang Pengasih lagi Maha Pengasih

”Apabila telah datang kemenangan dari Allah dan pembukaan. Dan engkau melihat manusia berbondong
 bondong memasuki agama Allah. Oleh itu, sucikan dengan memuji Penciptamu dan pohonlah keampunan dari-Nya.Sesungguhnya, Dia Maha Menerima Taubah.” (An-Nasr: 110)

Tiada ulasan: