Jumaat, 18 Oktober 2013

Teguran Dan Peringatan Kepada Pengikut Ahli Bait

Satu kisah Um Farwah dengan Abu Bakar

oleh ZolfigarAnsary »Fri 4 Oktober 2013 01:09

Satu kisah Um Farwah dengan Abu Bakar 


Salman Al Farisy pernah berkata: "Ada seorang wanita dari kalangan Ansar, telah dikatakan bahawa dia adalah Um Farwah, menghasut untuk berpisah daripada bai'ah Abu Bakar dan mencetuskan untuk setia kepada Ali as.

Jadi perkara ini sampai ke pengetahuan Abu Bakar dan beliau memanggilnya datang bertemu beliau untuk dipulihkan (bai'ahnya), tetapi dia enggan lalu Abu Bakar berkata: "Kamu musuh Allah, adakah kamu menghasut pemisahan selepas perpaduan Jama'ah apa yang umat Islam telah persetujui. Apa yang kamu katakan tentang Imamah ku? " Um Farwah berkata: "Kamu bukan seorang Imam." 

Jadi, beliau berkata: "Kalau begitu siapakah aku? "Lalu, Um Farwah berkata: "Ketua kaum kamu sendiri, orang-orang kamu yang pilih kamu dan mengikuti kamu. Dan jika mereka membenci kamu, mereka akan menurunkan kamu dari takhta. Imam adalah khusus dari Allah dan Rasul, dia tahu pada apa yang jelas dan dalaman (disembunyikan). Dan apa yang berlaku di Timur dan Barat dari yang baik dan jahat ... [kemudian Um Farwah berkata lagi] ... Imamah tidak dibenarkan dari penyembah berhala dan bukan kepada orang-orang yang kafir dan kemudian menjadi seorang Muslim, jadi mana satu daripada keduanya adalah kamu wahai anak Abu Qahafah?"

Jadi, Abu Bakar berkata: "Aku dari para Imam yang Allah pilih untuk hamba-hambaNya." Kemudian, Um Farwah berkata: "Kamu telah berbohong kepada Allah, jika kamu berada di antara orang-orang yang telah dipilih oleh Allah kamu akan disebut di dalam kitab seperti yang lain-lain daripada kamu yang telah disebutkan. "Kerana, Tuhan yang Maha Perkasa telah berfirman: "Dan Kami telah jadikan di antara mereka Imam-Imam yang membimbing urusan kami, apabila mereka bersabar dan dengan tanda-tanda (ayat) kami mereka yakin." Celakalah kamu, jika kamu adalah Imam yang sebenar, apakah nama Langit Dunia (pertama) dan langit yang kedua dan yang ketiga dan keempat dan kelima dan keenam dan langit ketujuh?

Jadi Abu Bakar diam tidak menjawab. Dan kemudian dia berkata: "Kamu musuh Allah, sebutkan semua nama-nama langit itu atau kalau tidak aku akan membunuh kamu." Jadi Um Farwah berkata: "Kamu mengancam aku dengan pembunuhan. Demi Allah aku tidak peduli jika aku dibunuh oleh tangan seseorang seperti kamu tetapi aku akan memberitahu kamu, adapun Langit Dunya yang pertama adalah Aylul dan yang kedua Zaynul dan Sahqum yang ketiga dan keempat Thaylul dan Mayen kelima dan keenam Maheez dan yang ketujuh adalah Ayuth."

Kemudian Abu Bakar dan orang yang bersamanya menjadi bingung. Dan kemudian berkata kepada Um Farwah: "Apa yang kamu katakan tentang Ali? " Jadi Um Farwah berkata: "Apa yang aku boleh katakan tentang Imam-Imam dan pelaksana wasi kepada wasi-wasi, dengan cahayanya diterangi bumi dan langit.

Dan “Tauhid tidak akan lengkap melainkan dengan mengetahui dia” tetapi kamu adalah di antara mereka yang melanggar janji setia mereka dan telah digantikan dan kamu menjual agamamu Dunya kamu (dunia). Kemudian Abu Bakar berkata: "Bunuh dia kerana dia telah murtad." Lalu dia dibunuh.

Pada masa itu Ali as sedang melakukan kerja-kerja kasar di lembah kampung-kampung dan apabila dia kembali dan mendengar tentang pembunuhan Um Farwah dia pergi ke kuburnya dan pada kuburnya terdapat empat ekor burung putih dan berjambul merah. Pada jambul setiap ekor dari pada burung itu ada biji (benih) delima yang tersangat merah. Burung-burung itu memasukkannya ke dalam lubang di kuburnya. Kemudian itu, apabila burung-burung itu melihat Ali as, mereka mengibaskan kepak dan membuat bunyi, jadi Ali as membalas aksi burung-burung itu dengan kata-kata (bunyi-bunyi) seperti burung-burung itu. Lalu dia berkata : Lakukanlan, insya Allah.

Ali as kemudiannya berdiri di atas kubur Um Farwah dan menghulurkan tangan ke langit dan berkata: . . "Wahai Pemberi kehidupan selepas kematian dan Pencipta tulang yang telah patah! Bawalah Um Farwah kembali kepada kehidupan untuk membuat pelajaran bagi yang berdosa terhadap Mu.” Kemudian seorang penyeru berkata: "Aku akan pergi menurut perintah mu wahai Amirul Mukminin." Tiba-tiba Um Farwah keluar memakai tudung hijau dari Sundus dan dia berkata: "Wahai Tuan, Ibn Abu Qahafah mahu memadamkan cahaya kamu sedangkan Allah mahu cahaya kamu kekal bersinar.

Apabila Abu Bakar dan Umar mendengar berita ini dan mereka sangat terkejut (kagum). Lalu Salman berkata kepada mereka:"Jika Abu AlHasan (Ali as) bersumpah kepada Allah untuk membawa kembali kehidupan orang yang pertama dan yang terakhir dia akan membawa mereka kembali hidup.

Kemudian Amirul Mukminin as menghantarnya (Um Farwah) kembali kepada suaminya dan dia telah melahirkan dua orang anak lelaki untuk suaminya dan dia hidup selama 6 bulan selepas (pemergian) Ali.

Alasan saya mengutarakan apa yang dikatakan oleh Um Farwah adalah kerana pemahaman Tauhid-nya amat berbeza pada hari ini dengan begitu ramai ulamak Syiah yang mendengar hadis ini:

Imam Ali a.s. berkata: "Yang pertama dalam agama adalah mengenaliNya (Allah swt), dan kesempurnaan untuk mengenaliNya adalah dengan beriman kepada-Nya, dan kesempurnaan beriman kepada-Nya ialah beriman kepada keesaanNya, dan kesempurnaan beriman kepada keesaanNya adalah ikhlas kepadaNya, dan kesempurnaan ikhlas kepadaNya dengan menafikan sifat-sifat Nya, kerana setiap sifat adalah bukti bahawa ia adalah berbeza daripada segala-galanya dengan yang disifatkan dan sesuatu yang disifatkan adalah berbeza dengan sifatNya."

Yang pertama dalam agama adalah mengenali pengganti Allah (Khalifah Allah). Pada zaman Um Furwa ia adalah Imam Ali a.s.

و يقول الإمام الصادق ع: ( إنّ الدين واصل الدين هو رجل وذلك الرجل هو اليقين وهو الإيمان وهو إمام أمته وأهل زمانه فمن عرفه عرف الله ومن أنكره أنكر الله ودينه ومن جهله جهل الله ودينه وحدوده ،...) بصائر الدرجات - محمد بن الحسن الصفار - ص 549

Imam Al Shadiq as berkata: "Agama dan asal-usul agama adalah dari seorang lelaki dan lelaki ini adalah yang Yaqin (sangat pasti ) dan ia adalah Iman (percaya) dan ia adalah Imam umat dan untuk orang-orang pada Zaman Imam. Jadi sesiapa yang mengenalinya, mengenali Allah dan yang menolaknya adalah menolak Allah dan yang tidak mengenalinya, dia adalah jahil tentang Allah dan agama, dan batasannya."

Basaer Al Darajat p.549 Muhammad bin AlHasan AlSafar 



ZolfigarAnsary
Moderator


Tiada ulasan: