Persoalan Tentang
Pemilihan Di Alam Zarr
Soalan 17: Apakah
sebab di sebalik memilih para nabi, rasul, dan Imam (as) dari di kalangan
manusia lain dan membezakan mereka dengan kemaksuman?
Jawapan:
Apabila Allah
mengumpulkan anak-anak Adam dengan kuasaNya dan berfirman kepada mereka
{ [...الست
بربكم...]... Bukankah Aku Tuhan kamu?...}, [110]
mereka terbahagi-bahagi,
menjadi beberapa golongan mengikut jawapan mereka:
Golongan pertama adalah
mereka yang telah melihat cahaya dari sebalik hijab, lalu mereka
menjawab, "Ya," sebelum pertanyaan tadi sampai
ke pendengaran mereka. Dan golongan ini terbahagi menjadi beberapa
kelompok sesuai dengan bilangan hijab, yang dari sebaliknya mereka melihat
cahaya.
Dan mereka adalah
orang-orang yang menembusi hijab-hijab cahaya dan mencapai Sumber Kebesaran
[ma’din al-‘azhamah. [111]
Amirul Mukminin (as)
berkata,
"Ilahi,
limpahilah daku dengan kesempurnaan pengabdian kepadaMu, dan terangilah mata
hati kami dengan cahaya penglihatannya kepadaMu, sehingga mata hati kami
menembusi hijab-hijab cahaya, dan mencapai sumber Kebesaran [ma’din
al-‘Azhamah], dan roh-roh kami melekat pada KemuliaanMu yang Suci. " [112]
Golongan kedua adalah
mereka yang melihat cahaya ini setelah ia menembusi hijab-hijab, lalu mereka
menjawab, “Ya,” setelah pertanyaan itu sampai ke pendengaran mereka. Mereka
juga terbahagi menjadi beberapa kelompok mengikut kepantasan mendengar dan
menjawab, dan kedua-dua ini adalah golongan yang merdeka
Kemudian
golongan hamba; mereka berkata, “Ya,” setelah mendengar ucapan “Ya” dari
orang lain.
Kemudian datang
golongan munafik, mereka berkata, "Ya," tetapi
mereka meragui apa yang mereka dengar. [113]
Kemudian datang
golongan kafir, mereka adalah orang-orang yang tidak mengatakan
"Ya." [114]
Para Nabi, Rasul,
dan Imam-imam (as) adalah golongan pertama, dan mereka telah melihat cahaya ini
dari sebalik hijab-hijab kerana mereka tidak menoleh ke kanan atau kiri, bahkan
jiwa mereka melekat pada alam paling atas [bilmala’ al-a3la], dan penglihatan
mereka terbatas pada sisi limpahan Ilahi, dan mereka tidak pernah melupakan
Allah SWT, dan mereka (as) juga ada derajatnya. Sebahagian daripada mereka
memusatkan seluruh wujud mereka untuk melihat pada sisi limpahan Ilahi, dan
sebahagian mereka pula kurang daripada itu. Setiap mereka (as) menerima sesuai
dengan apa yang mereka berikan, dan melihat tanda-tanda dari Tuhannya sesuai
dengan sebanyak mana usaha mereka memandang kepadaNya.
﴿وَأَنْ
لَيْسَ لِلْإِنْسَانِ إِلَّا مَا سَعَى * وَأَنَّ سَعْيَهُ سَوْفَ يُرَى * ثُمَّ
يُجْزَاهُ الْجَزَاءَ الْأَوْفَى* وَأَنَّ إِلَى رَبِّكَ الْمُنْتَهَى﴾
{Dan tidak ada bagi
manusia melainkan apa yang diusahakannya * Dan usahanya akan
dilihat * Kemudian dia akan dibalas dengan balasan yang amat
sempurna * Dan hanya kepada Tuhanmu kesudahan.} [115] ,
Jadi, di alam
tersebut, semua anak Adam mempunyai kebebasan untuk memilih, dan setiap mereka
memiliki fitrah Allah yang difitrahkan manusia ke atasnya.
Dan setiap orang, yang dengan kehendaknya sendiri membataskan penglihatannya pada cahaya tersebut, lalu menjadi golongan yang didekatkan [al-muqarabin], atau membataskannya pada kegelapan lalu mereka menjadi penghuni neraka. Para Nabi, Rasul, dan Imam (as) adalah orang-orang yang memilih Allah SWT, dan membataskan penglihatan mereka pada cahaya tersebut, oleh itu Allah SWT memilih mereka.
Dan setiap orang, yang dengan kehendaknya sendiri membataskan penglihatannya pada cahaya tersebut, lalu menjadi golongan yang didekatkan [al-muqarabin], atau membataskannya pada kegelapan lalu mereka menjadi penghuni neraka. Para Nabi, Rasul, dan Imam (as) adalah orang-orang yang memilih Allah SWT, dan membataskan penglihatan mereka pada cahaya tersebut, oleh itu Allah SWT memilih mereka.
Adapun Al-‘Ishmah
[العصمة]
(kemaksuman): ada banyak derajatnya dan bukan hanya satu seperti yang
dibayangkan oleh sesetengah orang, dan setiap nabi, rasul, dan Imam (as) berbeza
dalam derajat kemaksuman berdasarkan pilihannya. [116] Oleh
itu Al-‘Ishmah [العصمة]
(kemaksuman) adalah orang yang berpegang teguh pada Allah dan menahan diri
daripada apa yang dilarang oleh Allah SWT.
Dalam Kitab Ma’ani
Al-Akhbar, Hisham berkata,
"Aku berkata
kepada Abu Abdullah AS, ‘Apa maksud kata-katamu bahawa Imam mesti maksum?’ Dia
AS berkata, ‘Maksum adalah orang yang menahan diri kerana Allah dari segala
yang dilarang Allah. Dia swt berkata,
﴿وَمَنْ يَعْتَصِمْ
بِاللَّهِ فَقَدْ هُدِيَ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ﴾
Sesiapa yang
berpegang teguh kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah beroleh petunjuk ke
jalan yang lurus.} [117] . " [118]
Aba Abdillah Al -Shadiq
(as) berkata,
"Orang yang
maksum adalah mereka yang berpegang teguh pada tali Allah; dan tali Allah
adalah Quran, dan Quran menunjukkan kepada Imam, seperti firman Yang Maha
Tinggi,
﴿إِنَّ هَذَا
الْقُرْآنَ يَهْدِي لِلَّتِي هِيَ أَقْوَمُ﴾
{Sesungguhnya, Quran ini adalah petunjuk kepada jalan yang paling
lurus.} [119]. "[112]
✡✡✡✡✡
-----------------------------
[110].Al-A3raaf
7:172
[111]. Daud
Al-Raqqi meriwayatkan Abu Abdullah AS berkata, “Ketika Allah (SWT) ingin
menciptakan makhluk, Dia mencipta dan menghimpunkan mereka di antara tanganNya,
kemudian menyoal mereka, ‘Siapa Tuhan kalian?’ Maka yang pertama menjawab
adalah Rasulullah (S), dan Amirul Mukminin (as), dan para Imam (as), lalu
mereka berkata, ‘Engkau, Tuhan kami.’ Maka Dia SWT menjadikan mereka pembawa
ilmu dan agama, kemudian Dia SWT berkata kepada para malaikat, ‘Mereka adalah
pembawa agamaKu dan ilmuKu dan amanatKu dalam penciptaanKu, dan mereka adalah
orang-orang yang telah diamanahkan [al-mas’ulun].’ Kemudian Dia SWT berkata
kepada anak-anak Adam, ‘Akuilah Allah dalam Ketuhanan [ar-rububiyah], dan
ketaatan dan kesetiaan [al-wilayah] kepada mereka.’ Lalu mereka berkata, ‘Ya,
Tuhan kami, kami mengaku.’ Maka Allah SWT berkata kepada para malaikat,
‘Bersaksilah,’ lalu para malaikat berkata, ‘Kami bersaksi, agar mereka nanti
tidak berkata, ‘Bahawa kami tidak mengetahui perkara ini,’ atau mereka berkata,
‘Sesungguhnya nenek moyang kami telah mensyirikkan Allah sejak dahulu dan kami
ini hanyalah keturunan mereka. Lalu, apakah Engkau akan menghukum kami kerana
mengikut kebatilan yang telah mereka dilakukan dahulu?’” Dia (as) berkata,
“Wahai Daud, para nabi telah ditentukan dalam Perjanjian [al-mitsaq].” Bihar
Al-Anwar, Jilid 5 halaman 244..
[112] petikan dari
Al-Munaajaat Al-Syu3baniyah, lihat: Iqbal Al-A3maal: halaman 687.
[113] Ibn Miskan, dari
Abi Abdillah (as) pada firmanNya SWT:
(وإذ
أخذ ربك من بني آدم من ظهورهم ذريتهم وأشهدهم على أنفسهم ألست بربكم قالوا بلى
شهدنا)
(Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan
keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian
terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?"
Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi".}
[Al-A3raaf 7:172]
Aku berkata ini ujian?
Beliau berkata: Ya, dan untuk meneguhkan Makrifah dan mereka lupa kedudukan dan
akan diingatkanNya kalau tidak, tidak akan mengetahui mengenai Penciptanya dan Yang
memberi rezki padanya, Sebahagian daripada mereka mengakui dengan lidahnya
dalam Alam Al-Zarr tetapi tidak beriman di dalam hatinya, Allah berfirman: {...tetapi
mereka tidak hendak beriman karena mereka dahulu telah (biasa) mendustakannya.})
Bihar Al-Anwar Jilid 5:halaman 237.
[114] dari Abi
Ja'far dari bapanya (as): (Rasulullah (S) bersabda kepada Ali (as): Kamu yang didahulukan
Allah dengan kamu pada permulaan penciptaan di mana roh-roh mereka berdiri, Dia
berfirman kepada mereka: Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka
menjawab: "Ya (bahkan), FirmanNya
lagi, Muhammad itu pesuruh Allah? Mereka menjawab: "Ya (bahkan), FirmanNya lagi: Ali Amir Al-Mukminin, semua
penciptaan menolak, mereka takbur dan berlagak sombong dari Wilayah kamu, melainkan
sangat sedikit, dan mereka yang sedikit itu adalah golongan kanan (Ashab
Al-Yamin)) Bihar Al-Anwar Jilid 2:halaman 24.
[115] - An-Najm
53: 39-42..
[116] Dan
dengan ini, mereka saling mengatasi, satu di atas yang lain, seperti firman
Yang Maha Tinggi, {Utusan-utusan ini , Kami lebihkan sebahagian daripada
mereka atas yang lain. Di antara mereka, ada yang berkata-kata dengan Allah ,
dan Dia meninggikan sebahagian mereka beberapa darjat kelebihan. Dan Kami
berikan Nabi Isa Ibni Mariam bukti-bukti yang jelas dan kami menyokong beliau
dengan Roh Kudus.} Al-Baqarah 2:253 .
[117]. Aali Imran
3:101.
[118]. Maani Al-
Akhbar oleh Sheikh Al- Sadooq , halaman 132.
[119]. Al-Israa’
17:09.
[120]. Maani Al-
Akhbar oleh Sheikh Al- Sadooq , halaman 132.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan