Solat Eid
Salam alaikum para Ansar sekalian.
Berikut adalah cara melaksanakan Solat Eid. Hukum solat Eid adalah wajib jika
cukup syarat untuk jamaah, dan mustahab jika tidak. Berikut adalah caranya.
Di dalam rakaat pertama, seperti biasa mulakan dengan 7 takbir. Kemudian bacalah surah Al Fatihah dan surah kedua, digalakkan membaca surah al Ala. Selepas habis bacaan tersebut, angkatlah takbir dan bacalah qunut. Ulangi perkara ini lima kali(5 takbir dan 5 qunut). Kemudian pada takbir ke enam, teruslah ke posisi rukuk, dua sujud seperti biasa.
Kemudian bangunlah untuk rakaat kedua. Bacalah surah Fatihah dan surah kedua, mustahab membaca surah Al Ghasiyah. Setelah selesai laksanakan 4 takbir dan 4 qunut(seperti rakaat pertama, cuma berjumlah 4 BUKAN 5). Kemudian sudahilah solat seperti biasa.
Bacaan qunut boleh dibaca di sini>
http://www.duas.org/Iddduas.htm#EID
Harap maklum

1. Takbir 7x
2. Al Fatihah
3. Surah Kedua
4. Takbir dan Qunut 5x
5. Ruku
6. 2 Sujud
Rakaat Kedua:
1. Fatihah
2. Surah kedua
3. Takbir dan Qunut 4x
4. Ruku
5. 2 Sujud
6. Tasyahud dan Salam
7. Takbir 3x
Q1. Betulkan turutan di atas jika tersilap.
Q2. Suami isteri boleh solat berjemaah?
Q3. Ada Azan dan Iqamah sebelum solat?
Salam. Maaf lambat menjawab.
q1: Tiada kesilapan, cuma jangan lupa takbir ke enam(rakaat pertama) dan kelima(rakaat kedua) sebelum ruku'
q2: Tidak tahu. Namun dari pemahaman saya,Solat eid menjadi wajib apabila cukup korum 5 orang. Apabila tidak cukup, ia menjadi mustahab. Dan kita tidak bersolat berjemaah selain dari solat fardhu. Saya rasa ini harus diajukan soalannya, agar mendapat jawaban yang lebih tepat. Adapun bagi saya, saya tidak akan melakukannya secara berjemaah kecuali 5 orang kuota sudah cukup
q3: Tiada. Ia hanya untuk solat fardhu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan