Isnin, 28 Oktober 2013

SOLAT DAN TAUHID

Kiriman oleh Muhammad Eshraq 



SOLAT DAN TAUHID

Solat adalah mi'raj (perjalanan naik ke langit) bagi orang mukmin dan ianya menggambarkan kaedah makrifat. Jejak-jejak makrifat, pergerakan-pergerakan dan kata-kata yang menggambarkan kaedah makrifat. Oleh itu, gerakan solat yang dimulai dengan qiyam (berdiri), ruku' dan seterusnya sujud adalah menggambarkan tentang makrifat yang bersekali dengan penyingkiran daripada Ana (sifat keakuan). Daripada qiyam yang dia menghadapkan wajah, kepada ruku' yang menggambarkan kerendahan dan penyingkiran daripada Ana pada darjat tersebut, sehinggalah kepada sujud yang menggambarkan kerendahan serta ketundukan dan penyingkiran daripada Ana pada darjat yang lebih tinggi. Aku tegaskan bahawa kerendahan dan ketundukan bertambah seiringan dengan pertambahan makrifat. Sebagaimana makrifat bertambah dengan pertambahan ketundukan dan kerendahan.

Oleh itu, sebutan zikir di dalam ruku' dan sujud adalah: Subhana Rabbiyal Azhimi (Maha Suci Dia yang Agung) dan Subhana Rabbiyal A'la (Maha Suci Dia yang Maha Tinggi) menggambarkan dua martabat ketundukan dan kerendahan, serta makrifat yang mengiringi kedua-dua martabat ini. Di dalam ruku' tanzih (menyucikan daripada kekurangan), tasbih (mensucikan) dan taqdis (mensucikan daripada sifat-sifat yang tidak layak) Zat Ketuhanan atau Allah. Manakala di dalam sujud pula mentanzih, mentasbih dan mentaqdiskan Hakikat dan Al Kunh (HUWA).

Sujud adalah martabat kerendahan lebih tinggi dan lebih agung berbanding martabat kerendahan di dalam ruku', bersesuaian dengan tasbih di dalam ruku' adalah Subhana Rabbiyal Azhimi (Maha Suci Dia yang Agung) atau Subhana Rabbiyal Aliyy (Maha Suci Dia yang Tinggi). Manakala, tasbih di dalam sujud pula adalah Subhana Rabbiyal A'la (Maha Suci Dia yang Maha Tinggi) atau Subhana Rabbiyal A'zham (Maha Suci Dia yang Maha Agung). Beza di antara al-Azhim (Agung) dan al-A'zham (Maha Agung) adalah sangat jelas (1). Perbezaan ini menerangkan dengan jelas bahawa makrifat yang ditunjukkan di dalam sujud dan tasbihnya adalah lebih agung, berbanding makrifat yang ditunjukkan di dalam ruku' dan tasbihnya.

Di dalam kedua-dua tasbih ini kita mensucikan Dia yang Maha Suci daripada sebarang kekurangan, seterusnya kita mensucikanNya daripada sebarang makrifat yang melingkungiNya atau mensucikanNya daripada kita mengenalnya dengan makrifat yang sempurna di dalam kedua-dua martabat al-Azhim (Agung) dan al-A'zham (Maha Agung), atau Zat Ketuhanan (Lahoot) yakni Allah dan Hakikat yakni HUWA. Di samping kita mengisbatkan dengan kata-kata kita ini bahawa kita tidak mampu mengenal Zat Ketuhanan Mutlak (Lahoot Mutlak) dengan makrifat sepenuhnya, apatah lagi Hakikat yakni HUWA yang kita menghadapkan wajah kepadaNya.

Kitab at-Tauhid oleh Imam Ahmad Al Hassan as, halaman 62.
______________________________________

(1) Bukan hanya di dalam bahasa Arab sahaja, malahan di dalam bahasa-bahasa lainnya seperti bahasa Inggeris: great - greater - greatest

Tiada ulasan: