10
Makrifah Wajib
Ilmu
Makrifah Yang diwajibkan
التمحيص: عن المفضل، عن أبي عبد الله عليه السلام قال: قال الله عز
وجل افترضت على عبادي عشرة فرائض إذا عرفوها أسكنتهم ملكوتي، وأبحتهم جناني أولها
معرفتي، والثانية معرفة رسولي إلى خلقي والاقرار به والتصديق له، والثالثة معرفة
أوليائي وأنهم الحجج على خلقي، من والاهم فقد والاني ومن عاداهم فقد عاداني، وهم
العلم فيما بيني وبين خلقي، ومن أنكرهم أصليته ناري، وضاعفت عليه عذابي، والرابعة
معرفة الاشخاص الذين أقيموا من ضياء قدسي، وهم قوام قسطي، والخامسة معرفة القوام
بفضلهم والتصديق لهم، والسادسة معرفة عدوي إبليس وما كان من ذاته وأعوانه،
والسابعة قبول أمري والتصديق لرسلي، والثامنة كتمان سري وسر أوليائي، والتاسعة
تعظيم أهل صفوتي والقبول عنهم، والرد إليهم فيما اختلفتم فيه، حتى يخرج الشرح
منهم، والعاشرة أن يكون هو وأخوه في الدين والدنيا شرعا سواء، فإذا كانوا كذلك
أدخلتهم ملكوتي، وآمنتهم من الفزع الأكبر وكانوا عندي في عليين
Dari
Al-Mufadhdhal dari Abi Abdillah as beliau berkata: Allah Azza Wa Jalla berkata,
Aku telah mewajibkan hamba-hambaKu dengan 10 perkara, jika mereka mengetahuinya
aku akan membuat mereka tinggal di Malakut Ku (Kerajaan) dan dibenarkan masuk
syurga Ku.
Pertama:
mengenali Ku.
Kedua:
mengenali Rasul Ku dalam penciptaan Ku dan menerimanya dan
membenarkannya.
Ketiga: Mengenali
AuliakKu dan bahawa mereka adalah bukti (Hujjah) kepada ciptaan Ku.
Sesiapa yang mengikuti mereka telah mengikut Ku, dan sesiapa yang memusuhi
mereka telah memusuhi Ku. Dan ilmu mereka antara Aku dan ciptaan Ku. Dan
sesiapa yang menolak mereka akan menerima neraka Ku dan berlipat ganda
kepadanya Azab Ku.
Keempat: Mengenali
peribadi-peribadi khusus yang telah dilantik daripada pencahayaan
Kebesaran Ku. Dan mereka adalah pendiri keadilan aku.
Kelima:
Mengenali pendiri-pendiri dengan kelebihan mereka dan membenarkan
mereka.
Keenam: Mengenali
musuh Ku Iblis dan apa dirinya dan penyokongnya.
Ketujuh: Menerima
urusan (perintah) Ku dan mempercayai Rasul Ku.
Kelapan:
Untuk menjaga rahsia Ku dan rahsia orang-orang pilihan (auliak) Ku.
Kesembilan:
Untuk meninggikan orang-orang Safwa ku (orang-orang yang aku telah
pilih) dan menerima daripada mereka. Dan kembali kepada mereka dengan apa yang
kamu perselisihkan, sehingga penjelasan itu datang daripada mereka.
Kesepuluh:
Adalah dia menjadi saudaranya dalam agama dan dalam Dunia, bagi
Syariah yang sama. Apabila mereka seperti itu, aku akan masukkan mereka ke
Kerajaan (Malakut) Ku dan kamu akan selamat dari al Fazi’ (kejutan) Besar dan
mereka bersama Ku di Iliyin (tempat tinggi).
Bihar
Al-Anwar Jilid 66 halaman 13
Tiada ulasan:
Catat Ulasan