Sabtu, 19 Mei 2018

Doa Mustajab: Doa yang diajarkan Imam Zain Al-Abidin (as) kepada Muqatil



Doa Mustajab: Doa yang diajarkan Imam Zain Al-Abidin (as) kepada Muqatil


بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على محمد وآل محمد الائمة
والمهديين وسلم تسليما كثيرا


Doa yang diajarkan Imam Zain Al-Abidin (as) kepada Muqatil

Diriwayatkan oleh Syeikh Al-Kaf3ami dalam kitab Al-Balad Al-Amin sebuah doa dari Imam Zainal Abidin (as). Beliau berkata: Diriwayatkan dari beliau (as), doa ini doa Muqatil Bin Sulaiman, beliau berkata: Sesiapa yang berdoa dengan doa ini seratus kali (100 X), maka jika sudah mengamalkannya kemudian tidak dikabulkan hajatnya oleh Allah maka saudara boleh melaknat Muqatil, doanya ialah:

Tuhanku, bagaimana boleh aku menyeru (berdoa) padamu kerana aku adalah (keadaan) aku?
Bagaimanakah aku boleh putus harapanku dari Engkau kerana Engkau adalah Engkau
(Tuhanku)?

Ilaahi kaifa ad3uuka wa anaa anaa wa kaifa aqtha3u rajaa’ii minka wa Anta Anta

اِلـهي كَيْفَ اَدْعُوكَ واَنَا اَنَا وَكَيْفَ اَقْطَعُ رَجائي مِنْكَ واَنْتَ اَنْتَ،

Tuhanku walaupun jika aku tidak bermohon kepadaMu, Engkau tetap memberi padaku. Jadi siapakah lagi tempat aku memohon supaya diberikan kepadaku?
ilaahi izhaa lam as-aluka fa-tu3thiinii faman zhal-lazhii as’aluhu fayu3thiinii
اِلـهي اِذا لَمْ اَسْاَلْكَ فَتُعْطيني فَمَنْ ذَا الَّذي اَسْأَلُهُ فَيُعْطيني،
Tuhanku (walaupun) ketika aku tidak berdoa padaMu, Engkau perkenankan keinginanku. Jadi siapakah lagi tempat aku berdoa supaya diperkenankan untukku
ilaahi izha lam ad3uuka fa-tastajiiba lii faman zal lazii ad3uuhu fa yastajiiba lii,
اِلـهي اِذا لَمْ اَدْعُكَ فَتَسْتَجيبَ لي فَمَنْ ذَا الَّذي اَدْعُوهُ فَيَسْتَجيبَ لي،
Tuhan saya (walaupun) ketika aku tidak merayu kepadaMu, Engkau tetap mengasihaniku. Jadi siapakah lagi tempat aku merayu supaya aku dikasihani?
ilaahi izha lam atadharra3 ilaika fa tarhamni faman zhal lazii atadharra3 ilaihi fa yarhamunii
اِلـهي اِذا لَمْ أَتَضَرَّعْ اِلَيْكَ فَتَرْحَمْني فَمَنْ ذَا الَّذي اَتَضرَّعُ اِلَيْهِ فَيَرْحَمُني،
Tuhanku, sebagaimana Engkau membelah laut untuk Musa (as) bagi menyelamatkannya,
ilaahi fakamaa falaqtal bahra li Muusaa 3alaihis salaamu wa najjaitah
اِلـهي فَكَما فَلَقْتَ الْبَحْرَ لِمُوسى عَلَيْهِ السَّلامُ وَنَجَّيْتَهُ
Aku mohon supaya curahkan selawat atas Muhammad dan keluarganya,
As’aluka an tushalli 3alaa Muhammadin wa aalih
اَسْاَلُكَ اَنْ تُصَلِّيَ عَلى مُحَمَّد وَآلِهِ
dan selamatkanlah aku daripadanya, dan lepaskan aku selapang-lapangnya (dari kesulitan-kesulitan ini) dengan segera, tanpa tangguh, 
wa an tunajjiyanii mimmaa anaa fiihi wa tafarrija 3annii farajan 3aajilan ghaira aajil.
واَنْ تُنَجِّيَني مِمّا اَنَا فيهِ وَتُفَرِّجَ عَنّي فَرَجاً عاجِلاً غَيْرَ آجِل
Dengan limpah kurniaMu, dan rahmat-Mu, wahai Yang Maha Penyanyang di antara para penyanyang..
bi fadhlika wa rahmatika yaa arhamar Raahimiin.

بِفَضْلِكَ وَرَحْمَتِكَ يا اَرْحَمَ الرّاحِمينَ .




            
                   
✡✡✡✡✡



Tiada ulasan: