Ahad, 14 Februari 2021

Hukum Najis Husky dan Anjing

 


Himpunan Pos Di Laman Facebook Rasmi

احمد الحسن Ahmed Alhasan / 9 Februari 2014:

 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Saya bermohon kepada Allah agar anda semua dalam keadaan baik dan sihat.

Saya dapati sebuah soalan di halaman ini dan saya telah menjawabnya, dan di sini saya meletakkan semula soalan dan jawapannya:

Ya Howa Ya Howa menulis:

Salam atas kamu wahai Ahl Al-Bait Nabi, Rahmah dan lombong ilmu serta tempat turunnya risalah.

Maulai, mereka meminta saya untuk menanyakan soalan ini kepada tuan dan mereka inginkan jawapan tuan secara peribadi.

Saidi,

- Adakah "Husky" (anjing kereta salji) dianggap tidak najis? Seperti yang dikatakan bahawa ia adalah hasil kacukan anjing dan serigala.

Sekiranya ini terbukti benar ... adakah ia akan dianggap najis?

- Adakah dibenarkan bermain dengan anjing? Dan untuk melatih dan membesarkannya dengan tujuan ini (iaitu bermain), dengan mengambil kira tidak membawa mereka masuk ke dalam rumah?

- Bagaimana cara bersuci orang-orang yang menyentuh anjing, adakah seperti mereka menyucikan bekas yang dijilat anjing, atau adakah ia disucikan dengan cara biasa seperti membersihkan sesuatu dari najis yang lain?

Semoga Allah memberi sebaik-baik ganjaran kepada tuan.

 

Jawapan /

بسم الله الرحمن الرحيم

والحمد لله

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

Semua anjing adalah najis, tidak kira dari mana asalnya atau yang dijinakkan, tetapi saya telah menerangkan dalam Kitab "Al-Syarai3" bahawa sifat-sifat tersebut mempengaruhi jenis dan penamaan binatang, dan akibatnya keterikatan mereka dengan anjing dan hukum mengenai najis atau tidak dari segi syara’.

Adapun haiwan "Husky" khususnya, ia tidak terikat pada anjing dari segi hukum najis, dan ia dapat dipelihara, diperbanyak dan dijual untuk tujuan seperti: bergerak dan menarik kereta luncur di salji atau menjaga kanak-kanak dan menghiburkan mereka seperti yang dilakukan oleh sebahagian orang. Ia tidak dianggap najis, dan hukumnya sama dengan serigala dari segi ain najis, kerana ain najisnya tidak sama seperti anjing lain. Harus diingat bahawa mesti memastikan bahawa haiwan itu adalah "Husky" yang tulen (bakanya) hingga ke tahap yang dianggap sah dari segi syara’, dan ini dapat disahkan oleh kenyataan bahawa haiwan itu melolong seperti serigala bukan ketentuannya pada kulitnya atau bentuk ekor dan bulu, atau melalui penternak yang berpengalaman dan kesaksiannya dapat diterima.

Mengenai masalah pemilikan anjing secara umum (selain daripada haiwan Husky), tidak dibenarkan kecuali untuk tujuan rasional seperti menjaga dan memberi amaran seperti memberi amaran untuk pemilik rumah, memberi amaran akan adanya bahan letupan atau dadah, memandu si buta, mengembala dan menjaga domba, atau tujuan logik dan rasional yang serupa, bukan hanya untuk bermain dan bersenang-senang, dan jika dia memiliki anjing untuk tujuan rasional, seperti contoh yang anda sebutkan, tidak ada keberatan untuk bermain dengannya, sama sepertinya juga boleh dibesarkan dan diperbanyak anjing untuk menjualnya dan untuk tujuan yang disebutkan di atas, dan dia tidak perlu bertanya kepada pembeli dan mengetahui tujuannya membeli anjing tersebut.

Sekiranya dia menyentuh anjing kering dengan tangan kering, tangannya tidak menjadi terkena najis, tetapi hanya jika dia menyentuhnya dengan adanya kelembapan (air) yang mengalir dari salah satu dari keduanya, dan jika tangannya terkena najis atau mana-mana tempat pun pada pakaiannya atau badannya dari anjing, memadailah membersihkannya dengan air sahaja dan bukan seperti membersihkan bekas makanan atau minuman yang dijilat anjing.

Dibolehkan membawa anjing masuk ke rumah atau dalam kereta. Tetapi jika dia menyentuh sesuatu dengan keadaan basah, tempat itu menjadi najis, dan dianggap najis, dan perlu dibersihkan, tetapi dia tidak mencemarkan yang selainnya.

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

                                          

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

Tiada ulasan: