Marhaban

بسم الله الرحمن الرحيم



السلام عليكم ورحمة الله و بركاته

الحمد لله رب العالمين

وصلى الله على محمد وآله الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيرا


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Salam ke atas tuan-tuan dengan rahmat dan keberkatan Allah. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat atas Muhammad dan Keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi serta limpahan salam pengiktirafan.


Saudara-saudara

وإذا رأيتم الرايات السود قد جاءت من قبل خراسان، فأتوها فانّ فيها خليفة اللّه المهدي

(Jika kamu melihat panji-panji hitam datang dari arah Khurasan, datanglah kepadanya kerana di sana ada Khalifah Allah Al-Mahdi

Dan mengingat pada  kata-kata Imam Ahmad Al-Hassan dalam menyeru umat manusia kepada dakwahnya, dakwah Khalifah Allah yang di akhir zaman:

Seruan dakwah ini disokong oleh banyak dalil-dalil, dan saya berlindung dengan Allah dari sifat Al-Ana (keakuan), saya tidak mengatakan ikutilah saya secara membuta tuli, tetapi saya katakan bukalah mata anda dan bezakan dalil-dalil dan kenali pemilik yang haq (sebenar) supaya anda boleh menyelamatkan diri dari api neraka, seruan kebenaran tidak dapat berjalan seiring dengan panggilan batil seperti berlaku pada Rasulullah (S) apabila seruan Musailamah Al-Kazhzhab (pendusta) (La3nahu Allah) bersaing dengan baginda.


Blog ini di antara usaha kerdil semampu saya. [Aku mohon Ampun kepadamu ya Allah yang Maha besar!] Ia menghimpun seruan Al Mahdawiyyah yang kebanyakannya dikutip dan di ambil dari Laman rasmi Imam Ahmad AL-Hassan (Bahasa Arab), dan Savior of Mankind, ‘PAGE KHUSUS BUAT ANSARALLAH DI NUSANTARA’  dan blog-blog dan laman web para ansar Allah sedunia. Mohon izin dari para ansar sekelian. Rasanya terlalu banyak kesalahan, kekeliruan atau ketidaktepatan penterjemahan. Tapi saya lakukan demi menghayati kata Abdus Soleh:


Yang dikirim oleh Muhammad Eshraq:


Adakah Seseorang Memindahkan Pengetahuan Sedangkan Dia Tidak Melaksanakannya...


Aku bertanya kepada Abdus Soleh (a.s), lantas berkata: Kadang-kadang seseorang memindahkan/ meriwayatkan/ menterjemahkan sesuatu kepada seorang yang lain, seperti ilmu-ilmu ketuhanan tetapi dia berasa tenang bahawa dia tidak hidup dengannya atau melaksanakan apa yang ada di dalamnya. Adakah perlakuan ini diterima?


Maka (a.s) menjawab: Rasulullah Muhammad (sawas) telah bersabda: "Allah merahmati seorang yang mendengar percakapanku dan memahaminya serta memindahkannya kepada manusia, kemungkinan si pemindah berita memberi faham kepada orang yang lebih faham daripadanya."


Diceduk dari kitab Ma'al Abdus Soleh oleh Imam Ahmad Al Hassan a.s, ms108.


Antara lain juga bagi menyahut Mutiara kata Imam Ahmad Al Hassan Al Yamani a.s:      


1. "Aku mahukan amalan sebenar dan keikhlasan bukanlah dengan berkata aku beriman dengan hal ini dan memuji Allah di dalam zikr. Bahkan ianya adalah dengan beramal kerana melalui amal itu, kamu akan menjadi kebenaran yang berjalan di atas muka bumi."

                            
2. Imam Ahmed Al Hasan a.s pada satu hari telah bermimpi: -

Aba Al Fadl Al Abbas a.s. telah datang kepadanya dan berkata:

"Apa yang ANSAR kamu sedang lakukan"????, Adakah kamu ingin kami menggantikan mereka dan memberi anda ansar yang lebih baik????. Maka Imam a.s bertindak balas dengan mengatakan: Wahai Aba Al Fadl, mereka telah percaya kepada saya di saat manusia yang lain tidak...

LABBAYKA YA IMAM AHMAD AL HASAN A.S. TERIMA KASIH YAA IMAM...

       
3. "Jika ada orang yang boleh menanggung pengetahuan ini, saya akan menjelaskan realiti Arsh itu dan realiti Kursi bahawa Imam Al Mahdi (as) menjelaskan bagi saya,


Bila kita sudah kenal.. tak tergambar dengan kata-kata,
Bila kita mampu mengambarkan dengan kata-kata..kita tidak mampu melaluinya,
Bila kita mampu melaluinya tiada penghujung jalan. (ini tafsiran daripada saya)


4. Jangan lagi diperdaya Oleh Fuqaha Sesat:


Wahai manusia, janganlah kalian diperdayakan oleh fuqaha sesat dan pembantu-pembantu mereka. Bacalah, kajilah, telitilah, pelajarilah dan kenalilah kebenaran dengan diri kalian sendiri. Janganlah kalian mewakilkan diri kalian ke atas seseorang untuk menentukan akhirat kalian, lalu kalian akan menyesal esok hari ketikamana tidak berguna lagi sebarang penyesalan,


وَقَالُوا رَبَّنَا إِنَّا أَطَعْنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَاءَنَا فَأَضَلُّونَا السَّبِيلَا

“Dan mereka berkata: Tuhan kami, sesungguhnya kami hanya mentaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, maka mereka telah menyesatkan kami dari jalan sebenar.”(Al Ahzab 33:67)

Ini adalah nasihatku buat kalian dan demi Allah ianya nasihat yang mengasihani dan menyayangi kalian, maka fikirkanlah akan nasihat ini serta bezakanlah antara pengembala dan serigala.

5. Jadilah Ansar Allah bukan Ahmad Al-Hassan


Setelah kamu mengetahui kebenaran sekarang, maka aku katakan: janganlah kamu menjadi Ansar (pembantu) Ahmad Al-Hassan , hamba yang bakal mati dan tidak mampu melakukan sesuatupun, tetapi jadilah Ansar kepada Allah Yang Sentiasa Hidup lagi tidak akan mati dan Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu.

Jadilah Ansar Allah kerana DIA Maha Pemberi yang mengurniakan DiriNYA kepada sesiapa yang benar-benar tulen dalam membantuNYA.

Manusia sering berkata: kami adalah Ansar si pulan atau si pulan. Adapun bagi kamu, katakanlah bahawa kami adalah Ansar Allah.


Ahmad Al-Hassan



Jika terdapat apa-apa kekurangan, kekeliruan apatah lagi kesalahan cepat-cepat tuan-tuan menegurnya supaya diperbetulkan, Insyaa Allah.


Sekian Wassalam


Penyusun.
Aba Al-Hussaini


Marhaban 2


Saudara-saudara Sekelian

Berita kedatangan Imam Mahdi adalah Berita Besar. Al-Quran yang ada di tangan kita hari ini banyak menceritakan Nabi-nabi dan Rasul-rasul sebagai panduan untuk kita. Berita kedatangan Nabi Besar Muhammad (S) didengar oleh Umat Nabi Musa (as) Bani Israel (orang-orang Yahudi) dan umat Nabi Isa (as) (orang-orang Keristian).

Orang-orang Yahudi dan orang-orang Keristian mengenal Nabi Besar Muhammad (S) yang akan datang di zaman mereka mencapai tahap:

﴿الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْرِفُونَهُ كَمَا يَعْرِفُونَ أَبْنَاءَهُمْ وَإِنَّ فَرِيقًا مِّنْهُمْ لَيَكْتُمُونَ الْحَقَّ وَهُمْ يَعْلَمُونَ﴾

Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri Al Kitab (Taurat dan Injil) mengenalnya (Muhammad) seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian di antara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui. [2:146] 

﴿الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْرِفُونَهُ كَمَا يَعْرِفُونَ أَبْنَاءَهُمُ الَّذِينَ خَسِرُوا أَنفُسَهُمْ فَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ﴾

Orang-orang yang telah Kami berikan kitab kepadanya, mereka mengenalnya (Muhammad) seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. Orang-orang yang merugikan dirinya, mereka itu tidak beriman. [Al-An3aam 6:20] 

Mereka mengenal Muhammad) seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. Dan malangnya sebahagian di antara mereka menyembunyikan kebenaran dan akhirnya mereka itu tidak beriman.

Malah orang-orang Keristian dan orang-orang Yahudi Bani Israel telah diingatkan

﴿وَإِذْ قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ إِنِّي رَسُولُ اللَّـهِ إِلَيْكُم مُّصَدِّقًا لِّمَا بَيْنَ يَدَيَّ مِنَ التَّوْرَاةِ وَمُبَشِّرًا بِرَسُولٍ يَأْتِي مِن بَعْدِي اسْمُهُ أَحْمَدُ فَلَمَّا جَاءَهُم بِالْبَيِّنَاتِ قَالُوا هَـٰذَا سِحْرٌ مُّبِينٌ﴾

Dan (ingatlah) ketika Isa ibnu Maryam berkata: "Hai Bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab sebelumku, yaitu Taurat, dan memberi khabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad.". Maka tatkala rasul itu datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, mereka berkata: "Ini adalah sihir yang nyata".[Al-Shaaf 61:6] 

Berita Allah bukan hanya pada nama tetapi mesti mengenalinya melalui hujjah dari Allah dan melalui Al-Kitab dan khabar yang disampaikan rasulNya

Ini adalah berita besar: Seperti Firman Allah SWT:

﴿عَمَّ يَتَسَاءَلُونَ * عَنِ النَّبَإِ الْعَظِيمِ * الَّذِي هُمْ فِيهِ مُخْتَلِفُونَ * كَلَّا سَيَعْلَمُونَ * ثُمَّ كَلَّا سَيَعْلَمُونَ﴾ 

Tentang apakah mereka saling bertanya-tanya? * Tentang berita yang besar, * yang mereka perselisihkan tentang ini. * Sekali-kali tidak; kelak mereka akan mengetahui, * kemudian sekali-kali tidak; kelak mereka mengetahui. [Al-Nabaa’ 78:1] 

Dan kita perhatikan apa yang diriwayatkan oleh Ibn Majah dari Abi Qalabah, dari Abi Asmaa Al-Rahbiy, dari Tsaubaan berkata, Rasulullah: (Shalla Allahu 3alaihi wa Aalihi wa sallam) bersabda:

يقتتل عند كنزكم ثلاثة كلّهم ابن خليفة، ثمّ لا يصير إلى واحد منهم، ثمّ تطلع الرايات السود من قبل المشرق ويقتلونكم قتلاً لم يقتله قوم ـ ثمّ ذكر شيئاً لا أحفظه ـ فقال: فإذا رأيتموه فبايعوه ولو حبواً على الثلج فانّه خليفة اللّه المهدي

(Pertempuran yang kamu pendamkan antara tiga pihak kesemua mereka anak-anak Khalifah, maka tidak berlaku kepada seseorang dari mereka, kemudian muncul panji-panji hitam datang dari arah timur. Dan terjadi perperangan yang belum pernah berlaku pada suatu kaum dan kemudian menyebut sesuatu yang tidak aku ingat, lalu baginda bersabda: Jika kamu melihatnya maka berbai’ahlah padanya walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji, kerana dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi) - Sunan Ibn Majah: 2 | 1376 No 4084. lihat juga Hadith Al-Nabawiy 20 - halaman 5 

Berita Besarnya adalah

Jika kamu melihatnya maka berbai’ahlah padanya walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji, kerana dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi

Saya bersaksi bahawa:

Dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi. Terlalu banyak sumber berita ini dalam masyarakat muslim (Sunni dan Syi3i)

Saya bersaksi bahawa:

Dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi yang membenarkan Agama Islam Risalah yang dibawa datuknya Al-Rasul Muhammad (S)

Saya bersaksi bahawa:

Dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi yang membawa wasiat Al-Rasul Muhammad (S). Setiap Khalifah Allah mesti menunjukkan ia di lantik Oleh Allah

Saya bersaksi bahawa:

Dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi yang memiliki Ilmu dan Hikmah yang telah menjawab ribuan soalan yang didatangkan kepadanya dan menerbitkan banyak Kitab-kitab yang memecah persoalan dan kekeliruan yang ditimbulkan Ulamak yang berselisih,  (terutama Kitab Tauhid) dan Kitab Wahm Al-Ilhad yang menjawab tuduhan cendikiawan Sains yang tidak mempercayai Tuhan .... dan menunjukkan Mu’jizat kurniaan Allah.

Saya bersaksi bahawa:
              
Dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi yang menyeru manusia kembali taat kepada Khalifah Allah Sebagai tanda mengabdi kepada Allah yang tidak berbelah bahagi. – Bai3atu Lillah – Kesetiaan hanya pada Allah.

Saya bersaksi bahawa:
              
Dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi yang banyak menerangkan misteri yang tidak mampu dijawab oleh ulamak yang pasif (tidak mengamal ilmu Allah) seperti

·        Adam dan pohon terlarang
·        Adam turun ke bumi
·        Adam lupa dan azamnya tidak kuat
·        Adam membawa benih – Alastu rabbikum
·        Adam dan Hajar aswad
·        Qabil dan Habil
·        Kelalaian Ayub, Yunus dan Musa (as)
·        Siapa yang diserupakan dengan Isa (as)
·        Hakikat Tauhid Uluhiyah dan Rububiyah
·        Kesempurnaan Tauhid
·        Iblis ditangguhkan kepada Yaum Al-Maklum bukan Kiamat
·        Tauhid dan Ibadah Iblis – yang melampaui batas
·        Siapa Hujjah Allah, Aali Muhammad ..... rasanya tidak tertulis

Tiada siapa yang boleh menyelamatkan kita di hadapan Allah walau pun kita anak ulamak besar

Janganlah beriman membuta tuli. Seperti kata Imam Ahmad Al-Hassan Al-Yamani (as) Mahdi Pertama:

Seruan dakwah ini disokong oleh banyak dalil-dalil, dan saya berlindung dengan Allah dari sifat Al-Ana (keakuan), saya tidak mengatakan ikutilah saya secara membuta tuli, tetapi saya katakan bukalah mata anda dan bezakan dalil-dalil dan kenali pemilik yang haq (benar) supaya anda boleh menyelamatkan diri dari api neraka, seruan kebenaran tidak dapat berjalan seiring dengan panggilan batil seperti berlaku pada Rasulullah (S) apabila seruan Musailamah Al-Kazhzhab (pendusta) (La3nahu Allah) bersaing dengan baginda.


Kebenaran tiada duanya.

Penyusun

Aba Al-Hussaini




5 ulasan:

Unknown berkata...

Assalamualaikum Wr. Wb. Para Anshar Al Mahdi As Hakikat Ansharullah Yang Sebenarnya, Dengan penuh rasa hormat agar bisa berkomunikasi dengan saya di +6281251962222 Haji Gusti Jaga Sukma Wassalam Wr Wb.

siwosalatiga berkata...

Bismillahi Ar-Rahmani Ar-Rahim.
Allahumma shalli ala Muhammad wa Aali-Muhammad.
Wal A'immata wal Mahdiyyin.
Wasallimu tasliman katsira.

Assalamu'alaikum wrwb....

Berharap kami sekeluarga bisa menjadi ANSHOR yang baik.
Serta diterima oleh Imam Ahmad Al Hasan Al Yamani (as) & Imam Al Mahdi Al Muntadzir (as).

Salam kami untuk para ANSHOR di seluruh dunia.
Semoga kita senantiasa dipersatukan dalam Tuhan.
Semoga kita semua "khusnul khothimah".

Wassalamu'alaikum wrwb....

_______

(siwo) Agus Hidayat.
Jl. Masjid Besar 07, Tengaran, Salatiga, Jawa Tengah, Indonesia, 50775.
Rumah : 0298-610087
HP (XL) : 0817449295
FB : www.facebook.com/siwosalatiga1
www.berebutkebenaran.blogspot.com

Unknown berkata...

assalamu'alaikum wr wb
salam kepada seluruh ANSHOR seluruh dunia. semoga kita semua selalu diberkahi dan bisa menjadi makmum yg baik kepada Sang IMAM.
wassalamu'alaikum wr wb.
setiya 081398731414.

Eko buwono, Wonosobo,jateng berkata...

Keikhlasan kunci utama untuk menerima sebuah kebenaran, semoga kita termasuk orang yang ikhlas menerima, memperjuangkan kebenaran, untuk diri,keluarga,dan masyarakat.

Haji Tengku Adly Ambak berkata...

Alhamdulilah sudah baca tapi ada juga tidak faham!..semuga Allah memberi faham!..dengan terang cahaya niir muhamad & Iman Mahadi Amiin!