لا يزال العبد يتقرب لي بالنوافل
حـتى أحبه فإذا أحببته كنت يده التي يبطش بها وعينه التي يرى بها...
Seorang hamba akan
sentiasa mendekatiKu dengan ibadah nawafil, sehingga Aku mengasihinya.
Sekiranya Aku mengasihinya, Aku akan menjadi tangannya yang dengannya dia menyerang dan menjadi matanya yang dengannya dia
melihat
Dan dalam hadits yang lain, apakah pula maksudnya:
لا يزال العبد يتقرب لي بالفرائض
... حتى يكون يدي وعـيني وسمعي...
Seorang hamba akan sentiasa
mendekatiKu dengan ibadah-ibadah fardhu ... sehingga Aku akan menjadi
tangannya, matanya dan pendengarannya ... [1]
Dan adalah diketahui bahawa ibadah nawafil adalah
solat mustahab, dan solat fardhu adalah solat wajib, dan seseorang biasanya
tidak melakukan solat mustahab sehingga setelah dia menunaikan yang wajib, maka
bagaimana untuk mendekati (Allah) dengan ibadah-ibadah wajib sahaja itu lebih
baik dari mendekati (Allah) dengan ibadah-ibadah wajib dan mustahab, kerana
hasilnya dalam hadis kedua lebih besar, iaitu, jadilah seseorang itu matanya
mata Allah dan tangannya tangan Allah?!
Jawapan: Amalan nawafil di dalam hadis Qudsi
bukanlah solat-solat mustahab (yang disunatkan) sahaja, tetapi ianya meliputi
keseluruhan apa yang difardhukan Allah SWT dan ia menunjukkan kepada solat,
puasa, zakat, haji dan lain-lain (ibadah fardhu). Maka kesemua solat zuhur,
asar, maghrib, isyak dan fajar menurut hadis Qudsi ini adalah nawafil atau
tambahan atau sampingan kepada amalan lain yang lebih asasi, lebih penting dan
dituntut sebenarnya, kerana amalan-amalan lainnya menjadi tidak bermanfaat
tanpa amalan asasi itu. Amalan ini adalah Wilayah (menerima otoriti atau
kekuasaan) Wali Allah dan khalifahNya (as) di muka bumiNya ini.
Jika sekiranya datang seorang penganut
Kristian yang melakukan segala ibadah-ibadah Islam tanpa Wilayah Muhammad, maka
ianya tidak memberi sebarang manfaat. Dan sekiranya datang seorang muslim
dengan melakukan segala ibadah Islam tanpa Wilayah Ali, maka ianya tidak juga
memberi apa-apa manfaat. Dan sekiranya datang seorang Syiah dengan segala
ibadah Islam dan wilayah Ali serta para Imam (as) tanpa berwilayahkan Imam
Mahdi (as), maka ianya tidak bermanfaat jua. Melainkan dia memanfaatkannya
(wilayah khalifah Allah) di dalam kehidupan di dunia ini, serta menjadikannya
sebagai wasilah (jalan) bagi mengenal Hakikat dan mengenal wali Allah.
Bahkan orang yang mendekatkan diri kepada Allah dengan amalan-amalan nawafil walaupun dia berwilayahkan wali Allah, maka dia tetap tidak memperolehi dan tidak dapat meninggikan darjatnya melainkan dengan kadar wilayah yang dikandung dalam dadanya.
Adapun kefardhuan itu adalah wilayah kepada
wali Allah. Wilayah itu adalah solat yang wajib, haji yang wajib, zakat yang
wajib dan puasa yang wajib. Solat adalah menghadapkan wajah ke kiblat dengan
penuh kerendahan dan pengharapan (doa), sebaik-baik kiblat yang dihadapkan
wajahnya oleh manusia adalah wali Allah pada zamannya dan Hujjah Allah ke atas
hamba-hambaNya. Sebaik-baik kerendahan diri dan memanjatkan pengharapan (doa)
kepada Allah adalah dengan mencintai wali Allah dan HujjahNya ke atas
hamba-hambaNya, sepertimana di dalam hadis:
(حبّ علي حسنة لا تضر معها سيئة)
Bermaksud: Kecintaan Ali adalah kebaikan yang
kejahatan sesekali tidak memudharatkannya. [2]
Haji itu adalah perjalanan ke tempat tertentu dan sebaik-baik perjalanan itu adalah perjalanan kepada Allah dengan maksud tujuan wali Allah dan Hujjah Allah ke atas hamba-hambaNya, kerana dia adalah kiblat yang dengannya Allah dikenali. (Dengan kamu Allah dikenali.)
عن
يزيد العجلي, قال: سمعت أبا جعفر يقول: بنا عبد الله, وبنا عرف الله, وبنا وحد
الله تبارك وتعالى,ومحمد حجاب الله تبارك وتعالى
Bermaksud: Daripada Yazid Al 'Ijli, telah
berkata: Aku telah mendengar Aba Ja'afar berkata: Dengan kami Allah disembah,
dengan kami Allah dikenali, dengan kami ditauhidkan Allah Tabaraka wa Taala,
dan Muhammad adalah Hijab Allah Tabaraka wa Taala.[3]
قال
رسول الله : ابن آدم إفعل الخير ودع الشر فإذا أنت جواد قاصد
Telah bersabda Rasulullah: Berbuat baiklah
anak Adam dan tinggalkanlah kejahatan, sedang kamu seorang yang dermawan lagi
dekat. [4]
Perbuatan baik adalah Wilayah Wali Allah dan
meninggalkan kejahatan adalah mengingkari taghut. Ditetapkan bahawa wilayah
Wali Allah adalah mengikut martabat-martabat. Maka barangsiapa yang
mengutamakan keseragaman dalam setiap gerak serta diam, dan bukan orang yang
mengikutinya dengan lisan tetapi tidak mengikutinya dengan perbuatannya. Setiap
kali dia lebih kuat mendampingi Wali Allah, maka setiap kali itulah
keterdekatan dirinya kepada Allah menjadi lebih kuat. Beginilah halnya
sehinggalah hamba yang sentiasa mendampingi Wali Allah ini menjadi imej atau
gambaran lain kepada Wali Allah atau HujjahNya ke atas hamba-hambaNya.
Beginilah seseorang hamba itu menjadi mata dan tangan Allah, sepertimana Wali
Allah itu adalah mata dan tangan Allah.
حدثنا
عبد الله بن محمد عن محمد بن إسماعيل النيشابوري عن أحمد بن الحسن الكوفي عن
إسماعيل بن نصر وعلي بن عبد الله الهاشمي عن عبد المزاحم بن كثير عن أبي عبد الله
عليه السلام
قال
كان أمير المؤمنين عليه السلام يقول
انا
علم الله وانا قلب الله الواعي ولسان الله الناطق وعين الله الناظر وانا جنب الله
وانا يد الله
Daripada Abi Abdillah, telah berkata: Amirul Mukminin berkata: Aku adalah ilmu Allah, dan aku adalah hati Allah yang sedar, dan lisan Allah yang berkata-kata, dan mata Allah yang melihat, aku adalah rusuk Allah dan aku adalah tangan Allah. [5]
Imam Ahmad Al Hassan
______________
[1] Dari Abi Ja`far (as), dia berkata: (Ketika aku membuat perjalanan dengan
Nabi (S), Baginda bersabda: Ya Tuhan, bagaimana keadaan orang yang beriman
dengan Engkau? Tuhan berfirman: ... Dan tidak ada yang mendekatkanKu kepada
hamba daripada hamba-hambaKu dengan sesuatu aku suka dengan apa yang ku
fardhukan ke atasnya, dan bahawa dia mendekatiKu dengan ibadah nafilah sehingga
aku mengasihinya. Sekiranya Aku mengasihinya, Aku akan menjadi pendengarannya
yang dengannya dia mendengar dan menjadi penglihatannya yang dengannya dia
melihat, Aku akan menjadi lidahnya yang dengannya dia berbicara dan tangannya
yang dengannya dia memukul, jika dia berdoa kepadaKu, Aku akan mengabulkannya,
dan jika dia meminta kepadaKu, Aku akan memberikannya) Al-Kafi : J 2, hlm.
352-353, bab mengenai orang-orang yang menyakiti dan menghina umat Islam, J. 7
dan 8. Dan juga lihat Sahih Al-Bukhari: J 7, hlm 190, Kitab Mempunyai rasa
simpati. Dari Nabi (S) dari Jibrail dari Allah AWJ, Baginda bersabda: (Allah
TWT, berfirman: ... Hamba-Ku tidak mendekatiKu dengan cara melaksanakan apa
yang difardhukan, dan hambaku sentiasa melakukan ibadah nafilah padaKu sehingga
Aku mencintainya. Dan apabila aku mencintainya Aku akan menjadi pendengaran,
penglihatan, menolong dan menyokongnya. Sekiranya dia berdoa kepadaKu,
Aku akan mengabulkannya, dan jika dia meminta kepadaKu, Aku akan memberikannya...)
Al-Tauhid oleh Syeikh Al-Saduq: hlm 398 -400, Bab 62, J.1.
[2] 'Awali Al Liali, jid 4, ms 86 dan Yanabi' Al Mawaddah, jild 1, ms 375
[3] Al-Kafi: J 1, 145, hlm.10
[4] Nahjul Balaghah, ms 95, khutbah 176
[5] . [Bashair Al Darajat, ms 84. At Tauhid li
As Sadooq, ms 164, bab 22, hadis 1. Al Ikhtisas oleh Al Mufid, ms 248]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan