Soalan 67:
Apakah tafsiran dua ayat al-Quran ini?
﴿وَهُوَ الَّذِيَ أَنشَأَكُم
مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ فَمُسْتَقَرٌّ وَمُسْتَوْدَعٌ قَدْ فَصَّلْنَا الآيَاتِ
لِقَوْمٍ يَفْقَهُونَ﴾
{Dan Dialah yang
menciptakan kamu dari seorang diri, maka (bagimu) ada tempat tetap dan tempat
simpanan. Sesungguhnya telah Kami jelaskan tanda-tanda kebesaran Kami kepada
orang-orang yang mengetahui.} [65]
﴿وَمَا مِن دَآبَّةٍ فِي
الأَرْضِ إِلاَّ عَلَى اللّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا
وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ﴾
{Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi
melainkan Allah-lah yang memberi rezekinya, dan Dia mengetahui tempat berdiam
binatang itu dan tempat penyimpanannya. Semuanya tertulis dalam Kitab yang
nyata.}
[66]?
Penyoal: Abbas Tahir
Jawapan:
بسم
الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
Dengan nama Allah,
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji
tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan
keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan salam pengiktirafan.
Firman Allah Taala:
﴿يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ *
ارْجِعِي إِلَى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَرْضِيَّةً﴾
{Wahai jiwa yang tenang. * Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang ridha
lagi diridhai-Nya.} [67].
Jiwa yang sentiasa tenang adalah jiwa di mana keimanan tinggal tetap dan tenang didalamnya. Ini adalah jiwa para anbiya, awsiya serta awliya yang beriman dan membantu mereka. Lawan kepada jiwa yang tenang ini adalah jiwa yang goyang (مضطربة), ia adalah jiwa orang-orang mukmin yang keimanan mereka dimasuki keraguan walaupun sedikit. Inilah jiwa-jiwa yang didiami keimanan tetapi tidak berada tetap di dalamnya, kerana wujud keraguan dan hanya merupakan tempat keimanan disimpan. Adakalanya, iman berkekalan di dalamnya dengan kurniaan Allah, dan adakalanya keraguan dan kegelapan bertambah di dalamnya sehingga mengeluarkannya daripada keimanan dan cahaya (nur). Lalu, dinamakan sebagai kegelapan yang goyang (مظلمة مضطربة), yang tiada ketetapan di dalamnya. Inilah jiwa-jiwa yang disebutkan di dalam firman Allah Taala:
﴿كَظُلُمَاتٍ فِي بَحْرٍ
لُجِّيٍّ يَغْشَاهُ مَوْجٌ مِنْ فَوْقِهِ مَوْجٌ مِنْ فَوْقِهِ سَحَابٌ ظُلُمَاتٌ
بَعْضُهَا فَوْقَ بَعْضٍ إِذَا أَخْرَجَ يَدَهُ لَمْ يَكَدْ يَرَاهَا وَمَنْ لَمْ
يَجْعَلِ اللَّهُ لَهُ نُوراً فَمَا لَهُ مِنْ نُورٍ﴾
Atau seperti gelap gulita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh
ombak, yang di atasnya ombak [pula], di atasnya [lagi] awan; gelap gulita yang
tindih-bertindih, apabila dia mengeluarkan tangannya, tiadalah dia dapat
melihatnya, [dan] barangsiapa yang tiada diberi cahaya [petunjuk] oleh Allah
tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun. [68]
Dengan ini
jelaslah bahawa firman Allah Taala:
﴿وَهُوَ الَّذِي
أَنْشَأَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ فَمُسْتَقَرٌّ وَمُسْتَوْدَعٌ قَدْ فَصَّلْنَا
الْآياتِ لِقَوْمٍ يَفْقَهُونَ﴾
"Dan Dialah yang menciptakan kamu dari seorang diri, maka
[bagimu] ada tempat tetap dan tempat simpanan. Sesungguhnya telah Kami jelaskan
tanda-tanda kebesaran Kami kepada orang-orang yang mengetahui." [69]
Bermaksud:
Keimanan yang di tempat tetap dan tempat simpanan.
Adapun firman Allah Taala:
Adapun firman Allah Taala:
﴿وَمَا مِنْ دَابَّةٍ فِي
الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا
وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُبِينٍ﴾
"Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di
bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat
kediamannya dan tempat dia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab yang
nyata." [70]
Yang dimaksudkan
dengan (tempat tetap مُسۡتَقَرَّ dan tempat
simpanan مُسۡتَوۡدَعَ)
adalah jiwa-jiwa. Maka wajib ke atas mukmin untuk memperbanyakkan doa supaya
keimanannya menjadi tetap dan jiwanya menjadi tenang.
Di dalam doa "yaumul Ghadir" yang disebutkan oleh Imam Shadiq (as)
Di dalam doa "yaumul Ghadir" yang disebutkan oleh Imam Shadiq (as)
(... وَأَنْ تُتِمَّ عَلَيْنَا نِعْمَتَكَ
وَتَجْعَلَهُ عِنْدَنَا مُسْتَقَرّاً وَلَا تَسْلُبَنَاهُ أَبَداً، وَلَا
تَجْعَلَهُ مُسْتَوْدَعاً فَإِنَّكَ قُلْتَ فَمُسْتَقَرٌّ وَمُسْتَوْدَعٌ
فَاجْعَلْهُ مُسْتَقَرّاً وَلَا تَجْعَلْهُ مُسْتَوْدَعاً،.....):
{......Engkau sempurnakanlah buat kami nikmatMu dan Engkau jadikanlah
ia tempat tetap di sisi kami dan janganlah Engkau rampas ia selama-lamanya. Dan
janganlah Engkau jadikan ia tempat simpanan kerana sesungguhnya Engkau telah
berfirman tempat tetap (ﻤُﺴْﺘَﻘﺮ)
dan tempat simpanan (ﻣُﺴْﺘَﻮْﺩَﻉ)
dan janganlah Engkau jadikan ia tempat simpanan.....}. [71]
Daripada Abi Al-Hassan
as, telah berkata:
(إِنَّ اللَّهَ خَلَقَ النَّبِيِّينَ عَلَى النُّبُوَّةِ فَلَا يَكُونُونَ إِلَّا أَنْبِيَاءَ، وَخَلَقَ الْمُؤْمِنِينَ عَلَى الْإِيمَانِ فَلَا يَكُونُونَ إِلَّا مُؤْمِنِينَ، وَأَعَارَ قَوْماً إِيمَاناً فَإِنْ شَاءَ تَمَّمَهُ لَهُمْ وَإِنْ شَاءَ سَلَبَهُمْ إِيَّاهُ، قَالَ: وَفِيهِمْ جَرَتْ: فَمُسْتَقَرٌّ وَمُسْتَوْدَعٌ. وَقَالَ لِي: إِنَّ فُلَاناً كَانَ مُسْتَوْدَعاً إِيمَانُهُ فَلَمَّا كَذَبَ عَلَيْنَا سُلِبَ إِيمَانُهُ ذَلِكَ)
"Sesungguhnya Allah telah menciptakan para nabi dengan kenabian,
lalu mereka menjadi anbiya. Dan telah menciptakan orang-orang mukmin dengan
keimanan, lalu mereka menjadi orang-orang mukmin. Dan meminjamkan keimanan
kepada satu kaum, jika Dia berkehendak Dia akan menyempurnakannya buat mereka,
dan jika Dia berkehendak Dia akan merampasnya daripada mereka. Beliau as
berkata: Dan berlaku pada mereka: Tempat tetap (ﻤُﺴْﺘَﻘﺮ) dan tempat simpanan (ﻣُﺴْﺘَﻮْﺩَﻉ).
Beliau as berkata kepadaku: Sekiranya seseorang itu adalah tempat keimanannya
disimpan, oleh itu, ketikamana dia berbohong terhadap kami, maka akan dirampas
keimanannya itu." [72]
Daripada Abi
Abdillah [as)
(إِنَّ اللَّهَ جَبَلَ
النَّبِيِّينَ عَلَى نُبُوَّتِهِمْ فَلَا يَرْتَدُّونَ أَبَداً، وَجَبَلَ
الْأَوْصِيَاءَ عَلَى وَصَايَاهُمْ فَلَا يَرْتَدُّونَ أَبَداً، وَجَبَلَ بَعْضَ
الْمُؤْمِنِينَ عَلَى الْإِيمَانِ فَلَا يَرْتَدُّونَ أَبَداً، وَمِنْهُمْ مَنْ أُعِيرَ
الْإِيمَانَ عَارِيَّةً فَإِذَا هُوَ دَعَا وَأَلَحَّ فِي الدُّعَاءِ مَاتَ عَلَى
الْإِيمَانِ)
"Sesungguhnya
Allah telah menjadikan para nabi dengan kenabian mereka dan mereka tidak merasa
ragu-ragu selama-lamanya. Dan telah menjadikan para awsiya dengan wasiat-wasiat
mereka dan mereka tidak merasa ragu-ragu selama-lamanya. Dan telah menjadikan
sebahagian orang mukmin dengan keimanan dan mereka tidak merasa ragu-ragu selama-lamanya,
dan sebahagian mereka pula dipinjamkan keimanan sebagai pinjaman, apabila dia
berdoa dan meminta bersungguh-sungguh di dalam doa, dia akan dimatikan dalam
keimanan. [73]
وعن البزنطي، قال: وعدنا أبو الحسن الرضا (ع) ليلة إلى مسجد دار معاوية، فجاء فسلم(ع)، فقال: (إن الناس قد جهدوا على إطفاء نور الله حين قبض الله تبارك وتعالى رسوله (ص)، وأبى الله إِلَّا أَنْ يُتِمَّ نُورَهُ، وقد جهد علي بن أبي حمزة على إطفاء نور الله حين مضى أبو الحسن (ع) فأبى الله إِلَّا أَنْ يُتِمَّ نُورَهُ، وقد هداكم الله لأمر جهله الناس فاحمدوا الله على ما من عليكم به، إن جعفراً (ع) كان يقول فَمُسْتَقَرٌّ وَمُسْتَوْدَعٌ، فالمستقر ما ثبت من الإيمان، والمستودع المعار وقد هداكم الله لأمر جهله الناس فاحمدوا الله على ما من عليكم به)
Daripada Al Bizanthi, telah berkata: Kami telah menetapkan janji temu dengan Abu Al Hassan Al Ridha as pada malam untuk pergi ke masjid Dar Muawiyah. Maka beliau as telah datang dan memberi salam, lalu berkata:
Sesungguhnya manusia bersungguh-sungguh untuk memadamkan cahaya Allah
ketikamana Allah Tabara wa Taala menggenggam erat rasulNya, dan Allah enggan
melainkan Dia menyempurnakan cahayaNya. Ali bin Abi Hamzah telah berusaha untuk
memadamkan cahaya Allah ketika wafat Abu al Hassan as (Imam Musa al Kazhim),
maka Allah enggan melainkan Dia menyempurnakan cahayaNya. Allah telah
menunjukkan hidayah kepada kalian urusan yang manusia jahil tentangnya, maka
bertahmidlah kalian kepada Allah terhadap apa yang dikurniakannya buat kalian.
Sesungguhnya (Imam) Jaafar as telah berkata: tempat tetap (ﻤُﺴْﺘَﻘﺮ)
dan tempat simpanan (ﻣُﺴْﺘَﻮْﺩَﻉ).
Tempat tetap itu adalah apa yang telah dipastikan keimanan dan tempat simpanan
itu adalah tempat pinjaman. Allah telah menunjukkan hidayah kepada kalian
urusan yang manusia jahil tentangnya, oleh itu, bertahmidlah kepada Allah
terhadap apa yang dikurniakan ke atas kalian. [74]
وعن أبي بصير، عن أبي جعفر (ع)، قال: (قلت: ﴿هُوَ الَّذِي أَنْشَأَكُمْ مِنْ نَفْسٍ واحِدَةٍ فَمُسْتَقَرٌّ وَمُسْتَوْدَعٌ﴾. قال: ما يقول أهل بلدك الذي أنت فيه ؟ قال: قلت: يقولون مستقر في الرحم ومستودع في الصلب. فقال: كذبوا، المستقر ما استقر الإيمان في قلبه فلا ينزع منه أبداً، والمستودع الذي يستودع الإيمان زماناً ثم يسلبه، وقد كان الزبير منهم)
Daripada Abi Bashir, daripada Abi Jaafar as, telah berkata: Aku telah bertanya (tafsir ayat):
"Dan Dialah yang menciptakan kamu dari seorang diri, maka [bagimu] ada tempat tetap dan tempat simpanan. Sesungguhnya telah Kami jelaskan tanda-tanda kebesaran Kami kepada orang-orang yang mengetahui."
Beliau as berkata:
"Apakah penduduk di negeri yang kamu berada katakan?"
Abu Basir berkata: Aku menjawab: "mereka mengatakan tempat tetap (ﻤُﺴْﺘَﻘﺮ) adalah di dalam rahim dan tempat simpanan (ﻣُﺴْﺘَﻮْﺩَﻉ) adalah di dalam sulbi."
Maka beliau as berkata: "Mereka telah berbohong, tempat tetap itu adalah apa yang menetap keimanan di dalam hatinya dan ia tidak akan dicabut selamanya, dan tempat simpanan itu adalah disimpan keimanan pada satu-satu masa kemudian ia dirampas. Zubair (bin al-Awwam) adalah salah seorang daripadanya. [75]
Abu Basir berkata: Aku menjawab: "mereka mengatakan tempat tetap (ﻤُﺴْﺘَﻘﺮ) adalah di dalam rahim dan tempat simpanan (ﻣُﺴْﺘَﻮْﺩَﻉ) adalah di dalam sulbi."
Maka beliau as berkata: "Mereka telah berbohong, tempat tetap itu adalah apa yang menetap keimanan di dalam hatinya dan ia tidak akan dicabut selamanya, dan tempat simpanan itu adalah disimpan keimanan pada satu-satu masa kemudian ia dirampas. Zubair (bin al-Awwam) adalah salah seorang daripadanya. [75]
Ahmad Al Hassan
✡✡✡✡✡
______________________________
[65] – Al-An3aam 6:98.
[66] – Hud 11:6.
[67] – Al-Fajr 89:27-28.
[68] – Al-Nur 24:40.
[69] - Al-An3aam 6:98..
[70] - Hud 11:6.
[71] - Tahzib Al
Ahkam, syeikh at-Thoosi, jilid 7, ms 147.
[72] - Al Kafi,
jilid 2, ms 418.
[73] - Al Kafi,
jilid 2, ms 419.
[74] – Bihar Al-Anwar:
jilid 49, ms 262..
[75] - Tafsir Al 3ayashi,
ms 371
Tiada ulasan:
Catat Ulasan