Khamis, 17 Oktober 2013

Soal Jawab mengenai Iman

Dikirim oleh Muhammad Eshraq

BAGAIMANA IMAN ITU MENJADI TETAP..

Pada suatu hari saya telah meminta nasihat daripada Abdus Soleh a.s (Imam Ahmad Al Hassan a.s), maka saya telah berkata: Manusia itu adalah bukti atau hujah ke atas dirinya sendiri, terlalu sedikit kesabaran, dadaku menjadi sempit dengan pantas, terlalu banyak mengomel atau merungut. Apakah nasihat dan kata-kata anda dalam mengubati perjalanan hidupku ini?

Maka berkata Imam Ahmad Al Hassan (a.s): Segala puji hanya bagi Allah Tuhan sekalian alam bahawa sesungguhnya bilangan kamu bukanlah sedikit, kamu saling mengukuhkan antara satu sama lain serta saling bantu-membantu antara satu sama lain. Jika sekiranya terdapat sebarang kekurangan di pihak saudara kamu, maka aku bermohon kepada Allah agar kamu dan mereka diberikan keikhlasan serta taufik di dalam beramal di jalan Allah.

Ingatlah hal keadaan orang-orang yang mendahului kamu dari kalangan nabi-nabi dan wasi-wasi serta sedikitnya orang yang membantu mereka. Mereka telah merintis jalan buat kamu, berapa kalikah dan setiap kali itu juga jawapan kamu terhadap orang-orang yang menzalimi diri-diri mereka adalah dengan mengambil contoh daripada para anbiya dan awsiya' serta situasi mereka. Mereka telah merintis jalan buat kamu dan telah banyak meringankan kepayahan kamu, dengan kepayahan dan penderitaan mereka.

Justeru saya berkata: Kesejahteraan Allah ke atas mereka semua, dan semoga Allah memberikan taufik buat kami untuk berjalan di atas petunjuk mereka dan berkhidmat kepada Hujah-HujahNYA ke atas makhluk ciptaanNYA.

Lalu Imam Ahmad Al Hassan a.s bertanya: Bila pula Hujjah-Hujjah Allah mencari pembantu?

Maka saya menjawab: saya memohon maaf mawla ku. Saya telah menjadi tidak tahu apa yang saya ucapkan di dalam doa tersebut, maafkanlah kata-kata saya terhadap anda dan kesalahan itu tidak pernah berpisah denganku.

Imam Ahmad Al Hassan (a.s) berkata: Kamu dituntut untuk membuat pengakuan dan pilihan yang betul di antara "ANA dan HUWA". Ketikamana berlaku pilihan yang betul dan seseorang manusia mukmin terselamat daripada "ANA", maka terlaksanalah atau tetaplah buatnya apa yang telah didatangkan oleh para anbiya dan awsiya'.

Maka saya bertanya: Bagaimanakah yang demikian itu menjadi tetap di dalam hati, adakah cara tertentu?

Maka Imam (a.s) menjawab: Makrifat (pengetahuan).

Saya bertanya lagi: Seseorang itu mengetahui sesuatu tetapi dengan cepat pula dia melupakannya. Lalu kesannya hilang dan menyebabkan dia membuat kesilapan yang baru.

Lantas Imam (a.s) menjawab: Makrifat yang hakiki adalah hakikat makhluk yang tidak lupa dan tidak hilang iaitu ketetapan iman.

Saya bertanya lagi: Apakah dia jalan yang menjadikan makrifat dan keimanan seseorang itu benar-benar hakiki dan tetap, tidak hilang?

Imam (a.s) menjawab: Apabila dia sendiri menjadi makrifat yang dibakar dengan api dan menjadi api.
Adapun amalan yang membawa kepada ini adalah:

Pertama: Melaksanakan segala apa yang diperintahkan Allah ke atasnya dan setiap apa yang ditunjukinya, berakhlak dengan akhlak yang diredhai Allah dan menjauhkan diri daripada setiap akhlak yang dimurkai oleh Allah, setelah itu tidak menuntut syurga dan tidak minta dijauhkan dari neraka dan berbagai tidak lagi. Malah cukup sekadar berdiri tegak di pintu Allah dan beramal dengan apa yang dikehendakiNYA dan setelah itu mengetahui yang berikut: Bahawa sekiranya dia berkata sembuhkan aku, kurniakan aku, rezekikan aku, perbuatlah sebegini untukku, maka dia dalam setiap doanya ini sedang berkata "ANA".

Dituntut ke atasnya untuk bersifat dengan sifat Qana'ah (berasa cukup sekadar apa yang ada) sepenuhnya. Bahawa cukup sekadar dia berdiri tegak di pintu Allah dan Allah menggunakan dia sebagai kurniaan ke atasnya. Jikalau Allah SWT menggunakannya sejak dari penciptaan dunia sehingga ke hari kiamat dan setelah itu memasukkannya ke dalam api neraka, maka ia adalah kebaikan buatnya. Bagaimana ianya tidak menjadi kebaikan buatku?? Sedangkan dia menjadikanku dari tiada, dan setelah itu memuliakanku dengan menggunakanku untuk menjadi seketul batu yang dilemparkannya ke mana DIA suka. Keutamaan apakah yang lebih hebat dari ini, malah jika DIA memasukkan aku ke dalam neraka secara kekal selepas ini, maka ia adalah kebaikan buatku kerana Dia telah memberikanku kebaikan pada masa lalu dan di masa akan datang. Aku berhak mendapat yang lebih teruk daripada api neraka kerana aku lebih melihat ke dalam diriku.

Setiap manusia dituntut supaya sentiasa kekal berdiri tegak di pintu Allah, mengharapkan supaya dia diberi keutamaan dan dipergunakan oleh Allah. Dituntut juga supaya tidak menjadikan amalan seseorang itu kepada Allah berdasarkan harga atau balasan iaitu tidak menuntut sebarang harga atau balasan atas amal perbuatannya. Adakah seseorang itu dianggap sebagai baik, jika dia meminta harga atau balasan terhadap khidmat kecil yang diberikannya kepada seorang manusia budiman, sedangkan dia telah melengkapkannya dengan rumah, kewangan, pekerjaan dan setiap apa yang dihajati di dalam hidupnya pada masa lalu tanpa mengharapkan sebarang balasan?!

Maka bagaimana pula Allah SWT menggunakan kamu untuk kemuliaan kamu?? Sedangkan amal kamu bersamaNYA adalah kemuliaan dan kebaikan yang menimpa kamu, maka bagaimana kamu hendak menuntut balasan atas hal yang demikian??!!

Diceduk dari kitab Ma'al Abdus Soleh oleh Imam Ahmad Al Hassan a.s, ms 100-102.


Tiada ulasan: