Doa Iftitah
Di dalam Kitab “Ahkam
Asy-Syari’ah Baina s-Sa’il wa l-Mujib’ oleh Asy-Syeikh Alaa' As-Salim, Juzuk 2,
(Ash-Sholah), muka surat 78 Bhg Dua: Mustahab Ash-Sholah, No 1: Bacaan doa
antara selepas setiap dua takbir pada enam takbiraat, doa dari At-Tahirin (as):
Caranya:
Ketika memulakan solah
(sesudah berniat) adalah mustahab (disunatkan):
· Bertakbir 3 X dan membaca doa Iftitah
1
· Bertakbir 2 X dan membaca doa Iftitah
2
· Bertakbir 2 X dan membaca doa Iftitah
3 (7 X Takbir)
عَلِيُّ بْنُ إِبْرَاهِيمَ بْنِ هَاشِمٍ عَنْ أَبِيهِ عَنِ ابْنِ
أَبِي عُمَيْرٍ عَنْ حَمَّادِ بْنِ عُثْمَانَ عَنِ الْحَلَبِيِّ عَنْ أَبِي عَبْدِ
اللَّهِ ( عليه السلام ) قَالَ إِذَا افْتَتَحْتَ الصَّلَاةَ
فَارْفَعْ كَفَّيْكَ ثُمَّ ابْسُطْهُمَا بَسْطاً ثُمَّ كَبِّرْ ثَلَاثَ
تَكْبِيرَاتٍ ثُمَّ قُلِ
…. Dari Abi Abdillah (as) katanya,”Ketika memulakan solat, maka angkatlah kedua tangan ke pertengahan (paras telinga) kemudian takbir (Allahu akbar) tiga kali dan kemudian bacalah:
1. [Allahumma anta
al-Maliku l-Haqqu la ilaha illa anta, subhanaka inni dzalamtu nafsi, faghfir li
zambi, innahu la yaghfiru zzunuba illa ant(a)]
اللَّهُمَّ أَنْتَ
الْمَلِكُ الْحَقُّ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي
فَاغْفِرْ لِي ذَنْبِي إِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ
Ya
Allah, Engkaulah Malik ul-Haq (Raja Sebenar) Tiada Tuhan selain Engkau, Maha
Suci Engkau, sungguh aku telah menganiaya diri sendiri, oleh itu ampunkanlah
aku, dosaku, bahawa tiada yang mengampuni dosa-dosa selain Engkau.
ثُمَّ تُكَبِّرُ تَكْبِيرَتَيْنِ ثُمَّ قُلْ
Kemudian takbir (الله اكبر - Allahu akbar) dua kali dan kemudian bacalah:
2. [Labaika wa sa’daika wa lkhairu fi yadaika, wa sy-syarru
laisa ilaika, wa l-mahdiyu man hadaita, la malja’a minka illa ilaika, subhanaka
wa hananaika tabaarakta wa ta’alaita, subhanaka rabba l-bait(i)]
لَبَّيْكَ
وَ سَعْدَيْكَ وَ الْخَيْرُ فِي يَدَيْكَ وَ الشَّرُّ لَيْسَ إِلَيْكَ وَ
الْمَهْدِيُّ مَنْ هَدَيْتَ لَا مَلْجَأَ مِنْكَ إِلَّا إِلَيْكَ سُبْحَانَكَ وَحَنَانَيْكَ
تَبَارَكْتَ وَ تَعَالَيْتَ سُبْحَانَكَ رَبَّ الْبَيْتِ
Ya
(Atas layananMu), Tuhanku! ”, dan kebaikan itu di tangan Mu, Kejahatan bukan
dariMu, dan Memberi hidayah ssiapa yang Kau hidayahkan, tidak ada tempat lari
dari (siksa) Mu, melainkan kepada-Mu saja. Kesucian Mu, Kelembutan Mu Keberakatan
Mu dan Ketinggian Mu, Kesucian Mu Tuhan al-Bait.
ثُمَّ تُكَبِّرُ تَكْبِيرَتَيْنِ ثُمَّ
تَقُولُ
Kemudian takbir (Allahu akbar) dua kali lagi dan kemudian bacalah:
3. [Wajjahtu
wajhiya lillazi faTara as-samaawaati wa l-ardhi, ‘aalimu l-ghaibi wa
sy-syahadati(h), hanifan(m) muslimaa(n) wa ma ana mina l-musyrikin(a), Inna
shsholati wa nusuki wa mahyaya wa mamati Lillahi rabbi l-‘aalamin(a), la
syariikalahu wa bizaalika ‘umirtu wa ana mina l-muslimin(a)]
وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ
السَّمَاوَاتِ وَ الْأَرْضَ عَالِمِ الْغَيْبِ وَ الشَّهَادَةِ حَنِيفاً مُسْلِماً
وَ مَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ إِنَّ صَلَاتِي وَ نُسُكِي وَ مَحْيَايَ وَ
مَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ لَا شَرِيكَ لَهُ وَ بِذَلِكَ أُمِرْتُ وَ
أَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ
aku
menghadapkan diriku kepada Rabb yang menciptakan langit dan bumi, alam Ghaib
dan Syahadah (yang disaksikan) dengan menyerah kepada agama Islam, dan aku
bukanlah termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. sesungguhnya
sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta
alam. Tiada sekutu bagi-Nya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku
dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (Islam)".
ثُمَّ تَعَوَّذْ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
ثُمَّ اقْرَأْ فَاتِحَةَ الْكِتَاب .
Kemudian bacalah ta’uz: [a’uzubi Llahi mina sy-syaiTani
r-rajim] Kemudian bacalah [Fatihatu l-Kitaab (Surah al-Fatehah)]
- Al Kafi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan