Khamis, 17 Oktober 2013

Fuqaha' dan Akidah Taklid Mereka..

Dikirim oleh Muhammad Eshraq


BICARA FB TERKINI IMAM AHMAD AL HASSAN AS: Fuqaha' dan Akidah Taklid Mereka..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam sejahtera buat semua yang hadir ke halaman yang diberkati ini.
Saya memohon kepada Allah agar kalian berkeadaan baik dan sihat walafiat.

Saya ulangi apa yang saya katakan sebelumnya:

Mereka yang menggelar diri mereka fuqaha' dan maraji' ternyata tidak berupaya memberikan dalil syara' atau akal terhadap akidah taklid mereka, yang menyokong agama mereka berdasarkan sistem marji'iyah. Ternyata mereka tidak mempunyai sebarang ayat al-Quran yang jelas (muhkam) pembuktiannya, riwayat yang muktamad sumber dan pembuktiannya, serta dalil akal yang sempurna. Oleh itu, kaedah yang mewajibkan supaya merujuk kepada alim yang mereka tawarkan, tidak terpakai kepada mereka kerana yang sesuai mereka lakukan hanyalah mengemukakan anggapan (zhan) dalam keadaan mereka sendiri beranggapan. Hakikatnya dalam sesetengah keadaan mereka tidak mengemukakan apa-apa selain sangkaan (waham), sebagai contoh: hukum-hakam solat di kawasan-kawasan yang berhampiran dengan kutub.

Bahkan, sesetengah daripada mereka yang menggelar diri mereka maraji' seperti Sadiq Shirazi dan Kamal al-Haidari tidak faham apa yang dikatakan kepada mereka. Di kala kita menuntut mereka membukti akidah mereka yang mewajibkan taklid kepada selain peribadi maksum, kita dapati mereka mengemukakan dalil supaya merujuk kepada pakar. Sedangkan pendapat ini lebih sesuai dimaksudkan dengan harus (jawaz) dan bukannya wajib, hattakan "harus" itu sendiri terdapat perbincangan di dalamnya.

Apabila mereka kemukakan pendapat ini sebagai dalil akal, bererti, samada mereka tidak memahami apa yang kami katakan atau mereka sendiri mengakui bahawa akidah mereka adalah bidaah dan batil, tanpa bersandarkan sebarang dalil. Sekaligus berundur dari akidah wajib kepada harus atau mustahab (disunatkan), setelah kami buktikan kebatilannya kepada mereka. Jika begitu, maka hendaklah mereka mengisytiharkan pengunduran mereka daripada akidah mereka yang batil dan peralihan mereka daripada wajib bertaklid kepada harus, supaya mudah kami beralih perbincangan kami ke topik ini dengan mereka dan berbincang tentang akidah baru mereka.

Saya menunggu jawapan balas mereka yang menggelar diri mereka maraji' dalam mempertahankan akidah taklid kepada bukan maksum, ataupun mereka mengisytiharkan kepada manusia bahawa ianya adalah akidah yang tidak betul dan mereka tersalah dalam pemakaiannya.

Ahmad Al Hassan
16 september 2013/ 9 zulkaedah 1434

Tiada ulasan: