Dikirim oleh Muhammad Eshraq
AL YAMANI ADALAH PEMBANTU
KANAN IMAM MAHDI (A.S)
Antara tokoh paling menonjol yang akan membuka jalan bagi penubuhan Daulah Keadilan Ilahi adalah figur Al-Yamani, pembawa panji Ahlulbayt (a.s), satu-satunya sahaja panji Kebenaran. Memandangkan kepelbagaian figur ini seperti yang dijelaskan dalam riwayat Ahlulbayt (a.s), maka harus kita memberi perhatian bahawa pembantu kanan (Al-Yamani) Imam Al-Mahdi (a.s) adalah washinya, yang merupakan tanda pasti (mahtum) dan tidak tertakluk kepada Al-Bada' (perubahan ketuhanan dalam perkara-perkara yang dianggap telah ditetapkan) sepertimana yang disebutkan dalam riwayat.
Walaupun orang lain adalah tertakluk kepada Al-Bada', dia dianggap sebagai salah satu daripada lima tanda pasti yang mendahului kedatangan Imam Mahdi (a.s), yang mengemudi lapangan Kezuhuran; bahkan ianya sebahagian daripada Kezuhuran yang Suci, yang mendahului dengan libasan pedang.
• Diriwayatkan daripada Abu Abdullah (a.s), berkata: Lima tanda mendahului kemunculan Al-Qa'im (pendiri): [kemunculan Al-Yamani dan As-Sufyani, penyeru yang menyeru dari langit, penelanan bumi di Al-Bayda 'dan pembunuhan Jiwa yang Tulen (An-Nafs Az-Zakiyyah)][1]
Tidak dapat dinafikan bahawa kedatangan Al-Yamani akan berlaku sebelum kemunculan Imam Mahdi (a.s) dan sebagaimana yang diriwayatkan, ia dianggap sebagai salah satu dari tanda-tanda pasti kezuhuran yang tidak tertakluk kepada Al Bada' kecuali Allah mengkehendaki sebaliknya.
• Diriwayatkan daripada Abu Jafar Muhammad bin Ali (a.s), [... Panji yang paling mendapat petunjuk adalah Al-Yamani. Ianya adalah panji petunjuk kerana ia menyeru kepada pemilik kamu (Imam Mahdi). Apabila keluarnya Al-Yamani, maka urusniaga senjata akan dilarang kepada manusia dan kepada setiap Muslimin. Apabila dia keluar, maka bersegeralah kepadanya kerana panjinya adalah panji petunjuk. Tidak dibenarkan muslim berpaling (memberontak) terhadapnya dan barangsiapa yang berbuat demikian adalah kalangan ahli neraka, kerana dia menyeru kepada kebenaran dan jalan yang lurus ...][2]
Setelah meneliti riwayat yang menyebutkan beberapa panji kesesatan, maka hanya satu sahaja panji petunjuk yang boleh didapati. Apabila mengkaji riwayat yang disebutkan di atas, maka dapat kita pastikan bahawa hanya satu panji sahaja yang mendapat bimbingan berbanding lain-lainnya yang membawa kepada kesesatan. Dalam konteks ini, Imam (a.s) berkata: "Panji yang paling mendapat petunjuk adalah Al Yamani.” Setelah itu menjustifikasikan kenyataannya dengan berkata: “Kerana dia menyeru kepada pemilik kamu (Imam Al-Mahdi),” bermakna dia menyeru untuk berbaiah kepada Imam Mahdi (a.s) secara nyata dan terbuka kepada semua golongan, tanpa berselindung seperti menyeru kepada kelompok, pihak berkuasa, pergerakan, atau entiti politik tertentu. Al-Yamani mempunyai kewajipan untuk menyeru kepada Imam Mahdi (a.s). Ini adalah tugas penyandangnya yang digambarkan dengan kata-kata Imam Al-Baqir (a.s), "Tidak dibenarkan muslim berpaling (memberontak) terhadapnya dan barangsiapa yang berbuat demikian adalah kalangan ahli neraka," serta oleh riwayat-riwayat lain yang menekankan baiah kepadanya.
Oleh kerana manusia akan diuji dengan mengikuti dan mematuhi Al-Yamani, dan mereka yang bertentangan dengannya akan dihumban ke dalam neraka, maka seruan Al-Yamani harus terbuka dan perlu mengemukakan bukti yang mengesahkan kesahihan tuntutan beliau. Malah dia harus keluar dan membuang semua kekaburan tanpa berselindung atas kelompok tertentu sepertimana mereka yang menangguk dia air yang keruh dewasa ini, yang mana setiap dari mereka memberi bayangan kepada dirinya sendiri tanpa berani untuk menuntut sebagai Al-Yamani, walaupun mereka sangat menginginkan kedudukan tersebut. Dalam keadaan ini, apabila washi sebenar mendedahkan dirinya dan mengklaim seruan ini, maka menjadi norma kebiasaan mereka menjatuhkan dan menafikannya disebabkan iri hati. Sekiranya seruan ini dituntut oleh orang lain selain daripada orang yang benar-benar diamanahkan, maka Allah akan mengutuk dakwaan tersebut sebagai palsu tidak lama selepas itu, kerana Dia SWT berfirman: [Dan kalaulah (Nabi Muhammad yang menyampaikan Al-Quran itu) mengatakan atas nama Kami secara dusta. Sudah tentu Kami akan menyentapnya, dengan kekuasaan Kami. Kemudian sudah tentu Kami akan memutuskan tali jantungnya (supaya dia mati dengan serta-merta)][3]
• Daripada Abu Abdullah (a.s), [Urusan ini tidak akan diklaim melainkan oleh orang yang berhak, atau Allah akan Allah SWT akan memendekkan umurnya][4]
Kemudian, selepas seruan ini dibuat dan di dalam riwayat menyebutkan setelah berlalu suatu tempoh waktu yang berpanjangan selama 72 bulan iaitu hampir enam tahun sebelum Al-Yamani menyerahkan kekuasaan kepada Imam Mahdi (a.s). Dalam tempoh ini, Mahdi pertama (Al-Yamani) akan membuka jalan bagi bapanya Imam Mahdi (a.s) untuk muncul, menyediakan lapangan dakwah dan melancarkan peperangan. Panji-panji yang berjuang di bawah pimpinan beliau juga akan keluar sama seperti As-Sufyani yang akan keluar pada masa yang sama seperti Al-Yamani dan Khurasani. Pertempuran antara mereka akan berlangsung selama mana pemerintahan As-Sufyani iaitu selama lapan bulan.
• Daripada Ibn Al-Hanafiyyah, berkata: [Tujuh puluh dua bulan memisahkan antara kemunculan panji hitam dari Khurasan, Syuaib bin Saleh dan Mahdi pertama, sebelum menyerahkan kuasa kepada Imam Mahdi.][5]
Bercakap tentang keluarnya Al-Yamani di dalam satu riwayat, Imam (a.s) berkata: Keluarnya Al-Yamani adalah untuk memerangi As-Sufyani, kemaraan kedua-duanya adalah berturut-turut seperti benang manik. Sejurus selepas al-Yamani keluar, maka As-Sufyani juga akan keluar, kerana Al-Yamani akan mengetuai panji Imam Mahdi (a.s) dan As-Sufyani adalah musuh ketat Imam (a.s). Al-Yamani bangkit untuk berperang demi Imam Mahdi, dan pada masa itu, urusan jual beli senjata akan diharamkan kepada manusia dan kepada setiap Muslimin. Malah, dilarang urusan jual beli senjata kerana ia akan diagihkan kepada umat Islam secara percuma apabila mereka keluar untuk berperang (iaitu untuk melawan musuh-musuh Imam), kerana kamu dan harta anda adalah kepunyaan Imam (a.s) yang merupakan khalifah Allah , kedaulatan sebenar ke atas orang-orang yang beriman. Oleh itu, anda tidak boleh menjual apa yang kami berikan kepada anda melainkan kepada pemiliknya yang berhak. Allah SWT berfirman, {Dan demi sesungguhnya, kamu tetap datang kepada Kami dengan bersendirian, sebagaimana Kami jadikan kamu pada mulanya dan kamu tinggalkan di belakang kamu apa yang telah kami kurniakan kepada kamu}.[6] Imam adalah lebih berhak ke atas kehidupan anda daripada diri anda sendiri dan sekaligus amat berhak ke atas senjata atau wang anda sendiri. Oleh itu, menjual senjata kepadanya adalah dilarang, bahkan anda mesti berjuang untuknya dan menawarkan senjata yang anda miliki kepada saudara-saudara anda yang berjuang di sisinya, suatu perkara yang sudah tentunya tidak memerlukan Fatwa.
Manakala menjual senjata kepada musuh-musuh Imam, tidak memerlukan penjelasan dalam isu ini kerana ianya telah disebutkan dalam hadis: “Apabila keluarnya Al-Yamani, urusan jualbeli senjata akan diharamkan kepada manusia dan kepada setiap Muslimin.” Isu senjata adalah bergantung kepada keluarnya untuk berperang. Sepertimana yang jelas disebut dalam riwayat, seruan Al-Yamani untuk menyertai Imam Mahdi (a.s) adalah mendahului keluarnya untuk berperang. Justeru, menyeru orang ramai untuk menyokong Imam Al-Mahdi (AS) adalah satu keperluan dan ianya wajib ke atas (Al-Yamani) untuk menghimpun kaumnya dan menegaskan Hujjatnya (otoriti dan bukti) ke atas mereka. Imam (a.s) berkata, [Tidak dibenarkan Muslim untuk memberontak terhadapnya dan sesiapa yang berbuat demikian adalah tergolong di kalangan ahli neraka, kerana dia menyeru kepada kebenaran dan jalan yang lurus.]
Jelas kepada kita bahawa Al-Yamani adalah Hujjat Allah ke atas hamba-hamba-Nya dan mereka yang memberontak terhadapnya adalah yang derhaka kepadanya, dan akan dicampakkan ke dalam neraka. Hal sebegini hanya terbatas untuk peribadi maksum, yang bermaksud mereka yang memberontak terhadapnya dianggap sebagai terkeluar dari wilayah Keturunan Muhammad dan Hujjat dari kalangan mereka (a.s).
Diriwayatkan daripada Ali bin Musa Ar-Ridha (a.s), daripada Musa bin Jafar (a.s), daripada Jafar bin Muhammad (a.s), daripada Muhammad bin Ali (a.s), daripada Ali bin Al-Hussein (a.s), daripada Al-Hussein bin Ali (a.s), daripada Ali bin Abi Talib (a.s), daripada Rasulullah (sawas), daripada Jibril (a.s), daripada Mika'il (a.s), daripada Israfil (a.s), daripada Luh Mahfuz, dan daripada Qalam, berkata: Allah SWT berfirman, [Katakanlah, wilayah Ali bin Abi Talib adalah kubuKu yang menghindar kamu daripada azab. Barangsiapa yang memasukinya akan selamat dari api nerakaKu.][7]
Imam Ridha (a.s) berkata: Aku telah mendengar daripada ayahku Musa bin Jafar berkata, aku telah mendengar daripada bapaku Jafar bin Muhammad berkata, aku telah mendengar daripada bapaku Muhammad bin Ali berkata, aku telah mendengar daripada bapaku Ali bin Al-Hussein berkata, aku telah mendengar daripada bapaku Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib berkata, aku telah mendengar daripada Rasulullah (sawas) berkata, aku telah mendengar Allah swt berfirman, [Katakanlah, tidak ada Tuhan melainkan Allah, dia yang mengakui ini akan memasuki kubuKu dan selamat daripada azabKu. Telah berkata, apabila tunggangan kami berlalu pergi, Dia menyeru kepada kami: untuk menerima syarat pengakuan ini dan aku adalah syarat-syarat itu.][8]
Mereka yang memberontak terhadap Al-Yamani akan berakhir di dalam neraka. Oleh itu, memberontak terhadapnya adalah sama seperti berpaling dari kubu ini (wilayah) dan mengabaikannya, kerana ia adalah terkeluar dari wilayah Hujjat Allah pada zamannya. Dari segi lain, kubu Allah yang menghindari seseorang daripada azabNya adalah pengakuan keesaan-Nya dengan mengatakan “tiada Tuhan melainkan Allah.” Barangsiapa yang mengatakannya dengan sepenuh hati dan mematuhi Hujjat Allah pada zamannya, kerana dia dilantik oleh Allah. Oleh, itu mereka yang tidak mengiktiraf perlantikan Allah ini adalah tidak mengakui keesaan-Nya, walaupun dia mengakui dengan lisannya. Maka Imam Al-Mahdi (a.s) dan anaknya Mahdi pertama (a.s), serta anak-anaknya para Mahdi (a.s), kesemua mereka adalah dari syarat-syaratNya; Tiada lagi Hujjat (bukti dan otoriti Allah) di muka bumi ini selepas Nabi, Rasul, dan para Imam melainkan para Mahdi dari keturunan Imam Mahdi (a.s).
Wajib bagi Al Yamani yang merupakan Mahdi pertama dan yang pertama beriman untuk mengumumkan seruan beliau dan membuktikan beliau lebih berhak berbanding yang lainnya untuk mendapat sokongan, mempunyai ikatan kekeluargaan dan kedudukan di sisi Imam Mahdi (a.s).
Sebagai contoh, kelompok-kelompok Islam semasa rejim Saddam (Semoga Allah melaknatnya) saling berbalah antara satu sama lain. Mereka berbeza pendapat kerana tidak seorang pun daripada mereka yang percaya dengan kesempurnaan (ismah) pihak lain, dan mereka berjuang dengan cara yang mereka lihat terbaik. Walau bagaimanapun, pada masa itu, pemberontakan dan bangkangan mereka antara satu sama lain, tidak akan membawa mereka ke neraka, kerana tidak seorang pun daripada mereka adalah merupakan Hujjat ke atas yang lain dan kedua-duanya berjuang.
Manakala pemberontakan orang-orang yang menentang Al-Yamani, mereka akan dihumbankan ke dalam neraka kerana dia dilantik oleh Allah. Maka panji dari timur yang merangkumi Al-Yamani dan Al-Khurasani, Syuaib bin Saleh dan lain-lain adalah panji-panji yang akan berjuang untuk membuka jalan bagi kezuhuran Imam (a.s). Mereka semua berhimpun di bawah panji Al-Yamani atau sebaliknya mereka akan dihumbankan ke dalam neraka, kerana Imam Al-Baqir (a.s) berkata, [Tidak dibenarkan Muslim berpaling (memberontak} terhadapnya dan sesiapa yang berbuat demikian adalah dari kalangan ahli neraka, kerana dia menyeru kepada Kebenaran dan jalan yang lurus]. Jalan yang lurus adalah jalan yang membawa terus kepada Allah SWT, yang berfirman:
{Mereka berkata: Wahai kaum kami! Sesungguhnya kami telah mendengar Kitab (Al-Quran) yang diturunkan (oleh Allah) sesudah Nabi Musa, yang menegaskan kebenaran Kitab-kitab Suci yang terdahulu daripadanya, lagi memandu kepada kebenaran dan ke jalan yang lurus.}[9]
{Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus}.[10]
Jalan yang lurus itu adalah jalan wilayah iaitu jalan Ali bin Abi Talib. Allah SWT berfirman: {Allah berfirman: Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya}.[11] Tetapi siapakah yang mengikuti jalan Ali (a.s)? Allah SWT berfirman:
{Maka adakah orang yang berjalan (melalui jalan yang tidak betul, yang menyebabkan dia selalu jatuh) tersungkur di atas mukanya: Boleh mendapat hidayat atau orang yang berjalan tegak betul, melalui jalan yang lurus rata?}[12]
{Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati) dengan perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): Apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: Cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus}[13]
{Dan sesungguhnya (Isa) menjadi tanda kedatangan Saa’ah, maka janganlah kamu ragu-ragu tentangnya (Saa’ah) itu dan turutlah (petunjukKu); inilah jalan yang lurus}.[14] Saa’ah itu merujuk kepada Imam Mahdi (a.s), seperti yang dinyatakan dalam riwayat.
Penetapan di atas jalan kebenaran itu tidak dapat dicapai melainkan melalui Allah dan wakil-wakilNya. Dengan menyifatkan Al-Yamani sebagai [seorang yang menyeru kepada kebenaran dan jalan yang lurus], Imam (a.s) tidak memaksudkan pujian yang berlebih-lebihan, tetapi hanya mengaitkan kebenaran dalam semua maknanya. Walaupun begitu, makna tersebut tidak dapat disempurnakan melainkan oleh salah seorang Hujjat daripada Hujjat Allah dan peribadi maksum yang suci dari keturunan Nabi. Menurut riwayat, tidak wujud dari kalangan Ahlulbayt dan Hujjat-Hujjat Allah pada masa itu (kebangkitan Al Yamani) melainkan Imam Mahdi dan anaknya yang juga washi serta Mahdi pertama.
Disebabkan Al-Yamani bukanlah Imam Mahdi (a.s), jadi dia mestilah Mahdi pertama, kerana tidak wujud washi selain dia; dan begitu juga baki sebelas Mahdi yang lain adalah dari keturunan Mahdi pertama. Maka sudah semestinya Mahdi pertama adalah Al Yamani yang disebutkan oleh Imam Al-Baqir (a.s) sebagai: “Panji yang paling mendapat petunjuk adalah Al-Yamani. Ia adalah panji petunjuk kerana ia menyeru kepada pemilik kamu (Imam Mahdi a.s). Apabila keluarnya Al-Yamani urusan jualbeli senjata akan dilarang kepada manusia dan kepada setiap Muslimin. Apabila keluarnya Al Yamani, maka bersegeralah kepadanya kerana panjinya adalah panji petunjuk. Tidak dibenarkan bagi muslim untuk berpaling (memberontak) terhadapnya dan barangsiapa yang berbuat demikian adalah kalangan ahli neraka, kerana dia menyeru kepada kebenaran dan jalan yang lurus.”
Rasulullah (sawas) menuntut supaya berbaiah kepada Al-Yamani dalam beberapa riwayat, antaranya adalah seperti berikut:
Diriwayatkan daripada Thawban, Rasulullah (sawas) bersabda: [Panji hitam akan keluar dari timur seolah-olah berhati besi! Maka sesiapa yang mendengar kedatangan mereka, hendaklah bersegera berbai'ah kepada mereka walaupun terpaksa merangkak di atas salji.]
Dalam konteks ini, Rasulullah (sawas) bersabda: "Maka sesiapa yang mendengar kedatangan mereka, hendaklah bersegera berbaiah kepada mereka," iaitu baginda (sawas) menyeru manusia supaya berbaiah dan menjawab seruan beliau adalah wajib ke atas semua orang-orang yang mendengarnya. Seorang Maksum tidak pernah menyeru untuk berbaiah kepada seseorang selain daripada peribadi maksum yang dilantik oleh Allah. Selain itu, Rasulullah (sawas) tidak melantik Al-Yamani atau meminta untuk menyandarkan baiah kepadanya dengan kehendak dirinya sendiri; {yang demikian adalah sangkaan orang-orang yang kafir! Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang kafir itu dari azab Neraka}.[15]
{Dan dia tidak memperkatakan sesuatu menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri}.[16] Tidak pernah sama sekali mana-mana Rasul, Imam, atau washi, sama ada di masa lalu atau masa kini dan di masa depan, meminta orang ramai untuk berbaiah kepada seseorang selain daripada peribadi maksum. Malah, mereka sentiasa menganggap bahawa baiah, kedaulatan dan pelantikan adalah hak Allah, manakala pelantikan dan pemilihan oleh manusia adalah tuntutan Iblis. Di samping itu, baginda (sawas) amat menekankan keperluan baiah ini, tanpa ada pengecualian sama ada tua atau muda, lelaki atau perempuan, apabila baginda (sawas) bersabda: “Berbaiahlah kepadanya walaupun kamu terpaksa merangkak atas salji.” Baginda tahu bahawa mereka yang ingkar akan mengemukakan alasan tempang ini sebagai hujah, jadi tiada ruang lagi buat mereka mereka-reka alasan. Dalam konteks ini, saya mahu pembaca yang dikasihi bertanya kepada diri anda sendiri, samada anda adalah salah seorang dari orang-orang yang ingkar tersebut atau tidak? Tiada lagi alasan, walaupun anda terpaksa merangkak di atas salji. Hendaklah anda menuntut bela untuk Allah dan bukan untuk diri anda sendiri, jika tidak, anda akan berakhir bersama-sama dengan Syaitan di dalam Neraka.
Oleh kerana, sudah jelas kepada kita bahawa Al-Yamani adalah maksum dan sekaligus adalah Hujjat Allah ke atas manusia. Kita juga tahu bahawa Hujjat Allah adalah Nabi-nabi dan Muhammad (sawas adalah Nabi terakhir, serta para Imam yang kesemuanya telah wafat sekarang. Oleh itu, tidak wujud lagi maksumin pada zaman kezuhuran yang suci selain daripada Imam Mahdi (a.s) dan washi Imam Mahdi (a.s). Ditambah pula dengan fakta bahawa Al-Yamani (a.s) bukanlah Imam Mahdi Muhammad bin Al-Hassan (a.s) dan riwayat juga menyebutkan bahawa Al-Yamani adalah salah satu dari tanda-tanda pasti sebelum kemunculan Imam Mahdi (a.s), yang akan keluar dari timur. Manakala Imam Mahdi (a.s) akan muncul dari Mekah di antara Rukun dan Maqam Ibrahim dan bukan dari timur, seperti yang disebutkan dalam beberapa riwayat. Maka disimpulkan bahawa pemimpin panji dari timur, yang Allah dan RasulNya lantik sebagai washi adalah Mahdi pertama (Al-Yamani), kerana dia adalah washi (a.s) dan pelopor bapanya. Washi juga adalah maksum kerana mereka diamanahkan dengan wilayah Ilahi dan baiah, yang juga diberikan kepada Al-Yamani sepertimana yang dinyatakan dalam riwayat.
Oleh itu, Al-Yamani dan Mahdi pertama mestilah menjadi orang yang sama kerana Rasulullah (sawas) dan Ahlulbayt (a.s) tidak akan menyeru orang ramai untuk berbai'ah kepada dua orang berlainan pada masa yang sama di zaman kezuhuran yang suci.
Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, akan terdapat 24 Hujjat selepas Rasulullah (sawas) dan hanya dua di kalangan mereka yang akan menyaksikan zaman kezuhuran: iaitu Imam Mahdi (a.s) dan penyedia lapangannya, Mahdi pertama.
• Al-Sadiq (a.s) berkata: [Selepas Al-Qa'im (a.s), akan terdapat dua belas Mahdi dari kami, dari keturunan Al-Hussein (a.s)][17]
• Rasul Allah (sawas) bersabda: [Sekiranya kamu melihat panji hitam keluar dari Khurasan, bersegeralah kepada mereka walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji, kerana di di dalam nya khalifah Allah Al Mahdi.][18]
Khalifah Allah Al Mahdi adalah orang yang akan membawa panji dari timur dan khalifah-khalifah (pengganti) Al Mahdi adalah dari keturunan Imam Mahdi (a.s) yang berjumlah 12 orang Mahdi kesemuanya. Maka yang pertama dari mereka adalah pemimpin panji dari timur dan dia adalah Hujjat Allah dan maksum. Di samping itu, panji dari timur hanya boleh diketuai oleh peribadi maksum dan mereka yang berpaling daripadanya dan menderhaka kepadanya, adalah terkeluar dari wilayah dan akan dicampakkan ke dalam neraka. Oleh itu, dia mestilah maksum dan riwayat mengesahkan bahawa pemimpin panji Al Yaman adalah satu-satunya yang akan mengalahkan As-Sufyani.
Riwayat juga menegaskan bahawa pemimpin panji dari timur adalah khalifah Allah Al Mahdi dan Imam Mahdi (a.s) hanya akan berada di bawah satu panji sahaja. Riwayat juga menegaskan bahawa pemimpin panji tersebut adalah Al-Yamani yang tiada siapa berhak untuk memberontak terhadapnya. Beliau juga dari keturunan Muhammad (a.s) dan Muhammad (sawas) mempunyai asal dari Yaman sepertimana disebutkan sebelum ini di dalam hadis-hadis, yang mengatakan bahawa semua penduduk Mekah adalah dari Yaman kerana Mekah terletak di Tihamah; sekaligus ini bermakna bahawa keturunannya juga adalah dari Yaman. Walau bagaimanapun, peribadi yang kita cari adalah pembantu kanan (Al-Yamani) Imam Mahdi (a.s).
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Imam Al-Mahdi (AS) akan keluar dari Mekah selepas kedatangan kedua-dua As-Sufyani dan Al-Yamani, kerana mereka adalah dua tanda pasti sebelum kezuhuran baginda (a.s). Sehubungan itu, khalifah Allah Al Mahdi yang datang dari kalangan panji timur adalah Mahdi pertama dan panji timur adalah panji Al-Yamani, washi, pembantu dan ketua tentera Imam Mahdi (a.s). Walaupun penjelasan ini sudah mencukupi, namun masih ada sesuatu yang lebih menjelaskan hal ini iaitu pemimpin panji timur dan Mahdi pertama adalah dari keturunan Imam Mahdi (a.s) yang membawa nama yang sama.
________________________________
[1] Al Imamah wa Al Tabshirah, ms 128.
[2] Al Ghaybah, Muhammad bin Ibrahim An Nu’mani, ms 264.
[3] Al Haaqah: 44-46
[4] Mu’jam Ahadith Al Imam Al Mahdi (a.s), Syeikh Ali Kurani, jilid 3, ms 28. Al Kafi, jilid 1, ms 373. Thawab Al A’mal wa ‘Iqabuha, jilid 3, ms 255. Bihar Al Anwar, jilid 25, ms 112.
[5] Kitab Al Fitan, Na’im bin Hamaad, ms 165. Mu’jam Ahadith Al Imam Al Mahdi (a.s), jilid 1, ms 397.
[6] Al An’aam: 94
[7] Al Amili, ms 306.
[8] ‘Uyun Akhbar Al Ridha (a.s), ms 145.
[9] Al Ahqaaf: 30
[10] Al Haaj: 67
[11] Al Hijr: 41
[12] Al Mulk: 22
[13] Al Shuraa: 52
[14] Al Zukhruf: 61
[15] Shaad: 27
[16] An Najmu: 3
[17] Bihar Al Anwar, jilid 35, ms 148. Mukhtasar Bashair Darajat, ms 38.
[18] Ghayat Al Maram, Sayyed Hashim Al Bahrani, jilid 7, ms 103.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan