Dari Ansar Al Yamani January
11, 2013
Mana Lebih Utama? Tawalla Atau Tabbarra?
Telah diriwayatkan daripada
Ahlul Bayt (a.s):” Sesungguhnya, amalan yang paling baik adalah: Wilayah
(menerima otoriti dan mengikuti Ahlul Bayt a.s) dan Baraa’ah (mengisytiharkan
berlepas diri daripada musuh-musuh Ahlul Bayt a.s).” Maknanya, menyokong Aulia
Allah dari kalangan nabi dan wasi sebagai berautoriti ke atas beliau, dan
memusuhi musuh-musuh Allah kerana mereka adalah musuh-musuh para nabi dan wasi dan
musuh-musuh Syiah (pengikut) mereka. Jadi amalan mana satukah yang patut di
dahulukan sebelum yang lain, Wilayah atau mengisytiharkan berlepas diri [dari
musuh-musuh Allah]?
Jawapan Imam Ahmad Al Hasan
(a.s):
Baraa’ah [berlepas diri dari
musuh-musuh Allah] terkedahulu sebelum Wilayah, sebaliknya, Wilayah tidak
dapat dicapai melainkan dengan Baraa’ah [berlepas diri dari musuh-musuh Allah]. Dia
yang Maha Tinggi, berfirman: “Sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam)
dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut dan dia
pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada
simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus dan (ingatlah), Allah
Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”[Al Baqarah: 256] Jadi, Dia (swt)
telah mendahulukan supaya mengingkari Taghut sebelum mengimani Allah, Maha Suci
Dia. Mengingkari Taghut itu adalah: Berlepas diri dari musuh-musuh Allah. Dan
beriman kepada Allah adalah: Mengambil Aulia Allah (swt) sebagai mempunyai
autoriti ke atasnya.
Oleh itu, mempercayai Allah
(swt) dan benar-benar mengambil Aulia Allah sebagai berautoriti tidak akan
dicapai kecuali selepas seseorang berlepas diri dari musuh-musuh Allah dan
[dari] musuh Aulia Allah. Di akhir Surah Al-Mujadalah, Dia (swt) menekankan
maksud ini, kerana Dia yang Maha Tinggi berfirman yang membawa maksud: kamu
tidak akan mendapati orang-orang yang beriman kepada Allah dan akhirat,
mencintai orang-orang yang menentang Allah dan memusuhi Allah, RasulNya dan
para Imam, walaupun penentang-penentang ini adalah yang paling dekat dengan
mereka dalam persaudaraan. Dia yang Maha Tinggi, berfirman: Engkau tidak
akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak
berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya,
sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak
mereka atau saudara-saudara mereka ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia)
itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka dan telah menguatkan mereka
dengan semangat pertolongan daripadaNya dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam
Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di
dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat
pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah!
Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang
berjaya. [Surah Al-Mujadilah 58:22]
Dan ini adalah jalan Aulia
Allah itu sendiri, kerana mereka pertama mengisytiharkan diri mereka berlepas
diri dari Taghut, supaya mereka boleh menunjukkan bahawa berlepas diri dari
Taghut diletakkan lebih dahulu dan mendahului iman dan penyerahan kepada-Nya
(swt). Jika tidak, bagaimana seseorang akan menjadi seorang Muslim (menyerahkan
diri kepada Allah), jika dia memuji dan menyukai Taghut? Atau memuji dan
mengasihi seseorang yang menentang Allah dan RasulNya? Walaupun penentang ini
adalah dari kaum keluarganya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan