Soalan
16- Dari Kitab Mutasyabihat – Adakah Iblis
Dari Kalangan Jin Atau Malaikat
Petikan dari Kitab Al
Mutasyabihat karangan Imam Ahmad a.s
Soalan 16: Adakah Iblis Dari Kalangan Jin Atau Malaikat?
Iblis (laknat Allah ke
atasnya) adalah dari kalangan jin(1), namun hasil dari ibadahnya, darjat beliau
ditinggikan sehingga beliau menjadi sebahagian dari malaikat, sebagaimana Jin
akan ditinggikan darjatnya hasil dari ibadah dan ketaatan kepada Allah sehingga
mereka menjadi malaikat.
Namun kemudiannya, Iblis
(laknat Allah ke atasnya) mengingkari perintah Allah, kerana sifat “ana”, maka
beliau dihumbankan ke dasar neraka. Inilah sebabnya Quran kadangkala menyebut
Iblis sebagai malaikan(2) dan kemudian menyebutkan dia sebagai Jin di tempat
lain(3). Dan Amirul Mukminin a.s di dalam khutbah Al Qasia menyebut Iblis
sebagai malaikat(4).
Oleh itu, keduanya adalah
benar di peringkat perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dari segi di
tahap mana telah dicapai Iblis dan dari segi asal usul Iblis (laknat Allah ke
atasnya)
1. Jamil bin Al Darraj
meriwayatkan beliau bertanya kepada Abu Abdullah a.s: “Adakah Iblis adalah dari
kalangan malaikat? Adakah sampai kepadanya apa-apa berita dari urusan langit?”
Jadi beliau a.s menjawab: “Iblis bukan dari kalangan malaikat, dan tiada
apa-apa urusan langit yang sampai kepada beliau. Beliau bersama Jin dan juga
malaikat. Dan malaikat akan melihat beliau seolah-olah beliau adalah dari
kalangan mereka, namun Allah tahu beliau bukan dari kalangan mereka. Jadi
apabila Allah memerintahkan beliau bersujud, maka beliau melakukan apa yang
telah beliau lakukan. Bihar Al-Anwar Vol. 11 hal 119.
2. Allah swt berfirman, {Dan
(ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: “Tunduklah (beri hormat)
kepada Nabi Adam”. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan
Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.}.
Quran 2:34.
3. Allah swt berfirman, {lalu
mereka sujud melainkan iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia
menderhaka terhadap perintah Tuhannya}. Quran 18:50.
4. Imam Ali a.s bersabda:
“Ambillah pengajaran dari apa yang Allah telah lakukan pada Iblis. Dia telah
menolak usaha keras beliau dalam beramal, dan Iblis telah menyembah Allah
selama eman ribu tahun, dan tidak diketahui samada tahun itu adalah tahun dunia
atau akhirat. Jadi siapa lagi selepas Iblis boleh dianggap sebagai Muslim
apabila melakukan keengkaran seperti beliau? Tidak, sesungguhnya Allah swt
tidak akan mengizinkan seorang manusia memasuki syurga dengan melakukan dosa
yang menyebabkan malaikat ditendang keluar.”Nahjul Balaga, Khutbah 191,
dikenali sebagai khutbah Al Qasia
۞۞۞۞
Tiada ulasan:
Catat Ulasan