Isnin, 14 Oktober 2013

Nama Allah

Kalimah Allah

Soalan Borhanudin Hamdan: 

Assalamualaikum. Saya nak tanya tentang tentang pendapat Imam-Imam ahlul bait tentang kalimah Allah. Bagaimanakah pendirian yang sebenarnya?

Jawapan Muhammad Eshraq: Amirul Mukminin Ali as bekata: Pertama di dalam agama (Din) itu adalah makrifat tentangnya. Kesempurnaan makrifat tentangNya adalah dengan membenarkanNya (di dalam hati). Kesempurnaan membenarkanNya itu adalah dengan mentauhidkannya. Kesempurnaan mentauhidkanNya itu adalah dengan ikhlas kepadanya. Kesempurnaan ikhlas kepadaNya itu adalah dengan menafikan sifat-sifat daripadaNya untuk bersaksikan bahawa setiap sifat itu adalah tidak dapat disifatkan (digambarkan). Nahjul Balaghah, jilid 1, ms 39.

Muhammad Eshraq: Daripada Hisyam bin al-Hikam, bahawa dia telah bertanya kepada Aba Abdillah as (Imam Sadiq as) berkenaan nama-nama Allah dan pengambilan nama Allah daripada kalimah apakah Dia diambil?

Maka Imam Sadiq as menjawab: "Wahai Hisyam, (kalimah) Allah itu diambil daripada (kalimah) Ilah dan Ilah (Tuhan) itu menunjukkan yang dijadikan tuhan (ma'luhan), serta nama yang tidak dinamakan. BARANGSIAPA YANG MENYEMBAH NAMA TANPA MAKNA, MAKA DIA TELAH KAFIR. BARANGSIAPA YANG MENYEMBAH NAMA DAN MAKNA, MAKA DIA TELAH SYIRIK DAN MENYEMBAH KEDUANYA. DAN BARANGSIAPA YANG MENYEMBAH MAKNA TANPA NAMA, MAKA ITULAH TAUHID. Adakah kamu faham, wahai Hisyam?

Perawi berkata: Aku menjawab: "Tambahkan lagi (ilmu) buatku".

Imam as berkata: "Bagi Allah sembilan puluh sembilan nama. Jikalaulah nama itu dijadikan nama, maka bagi setiap nama itu adalah Ilah. Namun Allah adalah makna yang menunjukkan kepada nama-nama ini dan juga nama-nama selainNya. Wahai Hisyam, roti adalah nama bagi sesuatu yang dijadikan makanan, air adalah nama bagi sesuatu yang dijadikan minuman, baju adalah nama bagi sesuatu yang dijadikan pakaian dan api adalah nama bagi sesuatu yang dijadikan membakar. Wahai Hisyam, adakah kamu faham sebenar-benar faham yang kamu dapat bergantung dengannya dan dapat bermegah dengannya kepada musuh-musuh kami iaitu orang-orang yang meletakkan selainNya bersama Allah Azza wa Jalla."

Perawi berkata: "Ya".

Imam as berkata: "Wahai Hisyam, semoga Allah memberi manfaat kepada kamu tentangnya dan menetapkan jejakk langkah kamu dan berkata: Demi Allah aku tidak memaksakan seorang pun di dalam tauhid sehinggalah aku berdiri di kedudukanku ini." Al Kafi, jilid 1, ms 87, hadis 2.



Tiada ulasan: