Khamis, 17 Oktober 2013

Darjah Keakraban Al Yamani a.s Dengan Imam Mahdi (a.s):

Dikirim oleh Muhammad Eshraq

Darjah Keakraban Al Yamani a.s Dengan Imam Mahdi (a.s):

Riwayat berkaitan Mahdi-Mahdi telah menetapkan bahawa orang yang pertama beriman dengan Imam Al-Mahdi (a.s) akan menjadi washinya. Riwayat lain menyatakan bahawa seorang sahaja yang tahu di mana Imam Mahdi (a.s) berada dan dia adalah washi atau mawla yang memegang urusan selepas Imam (penggantinya).

• Diriwayatkan daripada Abu Abdullah (a.s), berkata: [Sesungguhnya bagi Shohibul Amr ini dua keghaibahan, salah satunya akan berlangsung begitu lama sehingga sebahagian manusia percaya dia telah mati, dan sebahagian lain mengatakan dia telah lenyap, sehinggakan tidak seorang pun dari sahabatnya yang tinggal melainkan beberapa orang. Tiada siapa dari kalangan anak keturunan dan orang lainnya yang tahu kedudukan sebenarnya melainkan mawla yang akan mengganti urusannya.][1]

• Diriwayatkan daripada Abu Abdullah Al-Hussein Bin Ali (a.s), [Shohibul Amr (Imam Mahdi a.s) ada dua keghaibahan, sala satunya akan berlangsung begitu lama sehingga sebahagian manusia percaya dia telah mati, dan sebahagian lain mengatakan dia telah lenyap. Tidak seoraang pun dari wali atau selainnya yang mengetahui kedudukan sebenarnya melainkan mawla yang menggantikan urusannya.][2]

Dua riwayat terdahulu jelas menunjukkan bahawa tidak seorang pun dari keturunan Imam Mahdi (a.s) akan tahu di mana kedudukan bapanya pada masa kezuhuran Imam (a.s), kecuali peribadi yang diamanahkan untuk menggantikan urusan dan memerintah selepas Imam (a.s), dia yang tidak dapat diragu dan disangkal lagi adalah washi, yang juga adalah Mahdi pertama.

• Diriwayatkan daripada Abd Al-A'la Al-Halabi, daripada Abu Jafar (a.s), berkata: [Apabila sampai (Al Qoim) ke Ath-Tha'labiyah, maka bangkitlah seorang lelaki dari tulang sulbi bapanya, yang kuat tubuh badannya dari manusia lainnya dan amat teguh hatinya semata-mata untuk Pemilik urusan ini, berkata: Wahai manusia, apa yang kamu sedang lakukan? Demi Allah, anda hanya menakut-nakutkan manusia seperti menakut-nakutkan ternakan. Apakah ini dengan perjanjian (Ahd) Rasulullah (sawas) atau apa? Maka berkatalah mawla yang mengiringi baiah: Demi Allah, seelok-eloknya kamu diam atau aku pecahkan kedua biji matamu. Al-Qa'im kemudian berkata kepadanya: Bertenanglah wahai si fulan. Sesungguhnya di sisiku janji (ahd) dari Rasulullah. Wahai si fulan ambilkan untuk aku dari dalam kotak dan dia membawa kepadanya. Lalu beliau (Al Qoim) membaca perjanjian Rasulullah (sawas). Maka lelaki tadi berkata: Jadikan diri saya tebusan untukmu; hulurkan saya kepalamu supaya saya dapat menciumnya, maka dihulurkan kepalanya dan dicium antara kedua matanya. Jadikan diri aku tebusan untuk mu, perbaharuilah baiah kami, maka dia memperbaharui baiah mereka.[3]

Manakala bagi Al-Yamani, dia adalah peribadi yang menyeru manusia untuk berbaiah kepada Imam Mahdi (a.s), sepertimana yang dinaskan di dalam riwayat Al-Baqir (a.s) serta dalam riwayat lainnya; [kerana dia menyeru kamu kepada pemilik kamu] dan dia dirujuk sebagai [khalifah Allah Al-Mahdi]. Dalam riwayat yang lain, beliau telah ditetapkan sebagai [pengganti (khalf) kepada pengganti (Al Khalaf)]; dan dalam satu riwayat yang berbeza [khalifah Allah Al Mahdi]. Riwayat-riwayat tersebut adalah seperti berikut:

• [Sekiranya kamu melihat panji hitam keluar dari Khurasan, bersegeralah kamu kepada mereka walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji, kerana di dalamnya Khalifah
ِAllah Al-Mahdi.][4]

• Amirul Mukminin (AS) berkata: [... sehinggalah apabila ghaib seseorang dari keturunanku dari penglihatan (orang) ... dan Syiah Ali dan musuhnya (Nawasib) menunaikan ibadah haji dalam tahun itu bagi tujuan semata-mata mencari dan mendapatkan maklumat tentang pengganti kepada pengganti (khalf al khalaf), tetapi sia-sia kerana dia tidak melihat apa-apa atau mendengar apa-apa berita dan tiada pengganti (khalf). Ketika itu Syiah Ali akan dikeji oleh musuh-musuh mereka sekeji-kejinya, kejahatan dan kefasikan menjadi lebih terserlah kerana tentangan mereka kepadanya (syiah Ali)...][5]

• Rasulullah (sawas) bersabda: [ Tiga orang akan berbunuhan antara satu sama lain di sisi harta kamu; kesemua mereka adalah anak-anak khalifah yang berbeza, namun tiada seorang pun akan menjadi penerima. Selepas itu, panji hitam akan keluar dari timur dan mereka akan melancarkan pertempuran yang sengit terhadap mereka. Rasulullah (sawas) kemudian menyebutkan sesuatu yang aku tidak mengingatinya dan kemudian bersabda, sekiranya kamu melihat ketua mereka, berbaiahlah kepadanya, kerana dia adalah khalifah
ِAllah Al-Mahdi.][6]

Yang mana satukah di antara kedua-dua mereka adalah khalifah? Adakah ia Mahdi pertama atau Al-Yamani? Jika mereka bukan orang yang sama, maka Al-Yamani perlu menjadi komander panji hitam dari timur, yang Rasulullah (sawas) tuntut supaya berbai'ah kepadanya. Manakala Mahdi pertama, washi Imam Al-Mahdi, juga adalah seorang yang diwajibkan berbai'ah kepadanya seperti yang termaktub dalam wasiat Rasulullah pada malam kewafatannya. Oleh itu, disimpulkan bahawa khalifah tersebut mestilah peribadi yang sama.

• Daripada Al Baqir (a.s):”Shohibul Amr (a.s) akan Ghaib selama beberapa tempoh generasi berlalu,” seraya menunjukkan tangannya kearah “Zee tuwa”. Kemudian Imam (a.s) berkata: “Sebelum dia (a.s) bangkit , mawlanya yang bersama-sama dengannya akan berjumpa dengan sebahagian sahabatnya dan bertanya: ‘Berapa ramai bilangan kamu di sana?’ Akan dijawabnya: ‘Kami seramai empat puluh orang’. Kemudian dia akan bertanya: ‘Bagaimanakah keadaan kamu sekiranya kamu melihat Pemilik kamu?’ Balas mereka: ‘Demi Allah, sekiranya gunung menentangnya sekalipun, kami akan menentang bersama-sama dengannya.’ Setelah itu, dia mendatangi mereka secara berdepan dan berkata: ‘Tunjukkan ketua-ketua atau sepuluh orang yang terbaik di kalangan kamu, lalu ditunjukkan mereka kepadanya.’ Kemudian mereka berpergian bersama sehingga berjumpa dengan Pemilik mereka, dan membawa mereka balik pada malam berikutnya.”[7]

Setelah menelusuri riwayat ini, maka jelas bahawa Imam Mahdi (a.s) ditemani oleh sosok peribadi yang akan mengetuai kumpulan pertama yang datang untuk menyokong Imam (a.s), kumpulan yang telah berbaiah kepada mawla (yang diamanahkan) yang menemani dan mendokong Imam Mahdi (a.s). Manusia tidak mungkin mengenali Imam mereka sendiri. Oleh itu, perkara pertama yang wajib dilakukan oleh orang-orang yang mencari-cari Imam adalah mengenali peribadi mawla yang bersama-sama dengan Imam (a.s), iaitu pengantara di antara mereka dan Imam (a.s). Dia hendaklah dikenali dengan panggilannya secara terbuka kepada orang ramai agar berbaiah kepada Imam Mahdi (a.s), disebabkan itu dia akan berucap kepada empat puluh lelaki supaya menunjukkan kepadanya sepuluh orang dari kalangan mereka. Sudah pastinya 40 orang itu juga datangnya daripada bilangan yang besar sebelumnya yang datang untuk menawarkan sokongan mereka. Jika tidak, bagaimana kita hendak menjelaskan kesanggupan mereka untuk melawan tanpa mengambilkira persenjataan dan bilangan musuh? Jika seseorang berpendapat bahawa kesediaan itu datang dari kesanggupan untuk mengorbankan kehidupan mereka demi Imam mereka walaupun bilangan mereka kecil, saya akan bertanya kepadanya: Adakah mereka juga bersedia untuk mengorbankan Imam sebelum menyempurnakan misinya, jika mereka hanya empat puluh orang dengan tidak ramai pengikut di belakang mereka?

______________________________________________________

[1] Bihar Al Anwar, jili2 52, ms 380.
[2] Muntakhab Al Anwar Al Mudhi’ah, ms 155.
[3] Al Mahdi Al Muntazhar, Al haj Hussein Al Shakiri, jilid 2, ms 436.
[4] Al malahim wa Al Fitan, Sayyid Ibn Thawoos, ms 52.
[5] Al Ghaybah li AnNu’mani, ms 144.
[6] Ghayat Al Maram, Sayyid Hashim Al Bahrani, jilid 7, ms 108.
[7] Ghaibah Al-Namani, P. 187, Tafsir Al-Ayashy, V. 2, P. 56, Bihar Al-Anwar, V. 52, P. 341, Muajim Ahadith Al-Imam Al-Mahdi, V. 5, P. 2.

Tiada ulasan: