Kiriman
oleh Muhammad Eshraq
SOLAT
DAN TAUHID
Solat adalah mi'raj (perjalanan naik ke langit) bagi orang mukmin dan ianya menggambarkan kaedah makrifat.
Solat adalah mi'raj (perjalanan naik ke langit) bagi orang mukmin dan ianya menggambarkan kaedah makrifat.
Jejak-jejak
makrifat,
·
pergerakan-pergerakan dan kata-kata yang
menggambarkan kaedah makrifat. Oleh itu,
·
gerakan solat yang dimulai dengan qiyam (berdiri),
·
ruku' dan seterusnya sujud adalah menggambarkan
tentang makrifat yang bersekali dengan penyingkiran daripada Ana (sifat
keakuan).
·
Daripada qiyam yang dia menghadapkan wajah,
·
kepada ruku' yang menggambarkan kerendahan dan
penyingkiran daripada Ana pada darjat tersebut,
·
sehinggalah kepada sujud yang menggambarkan
kerendahan serta ketundukan dan penyingkiran daripada Ana pada darjat yang
lebih tinggi.
·
Aku tegaskan bahawa kerendahan dan ketundukan
bertambah seiringan dengan pertambahan makrifat. Sebagaimana makrifat
bertambah dengan pertambahan ketundukan dan kerendahan.
Oleh itu, sebutan zikir
·
di dalam ruku' dan sujud adalah:
o Subhana
Rabbiyal Azhimi (Maha Suci Dia yang Agung) dan
o Subhana
Rabbiyal A'la (Maha Suci Dia yang Maha Tinggi)
·
menggambarkan dua martabat ketundukan dan
kerendahan, serta makrifat yang mengiringi kedua-dua martabat ini.
·
Di dalam ruku'
o tanzih
(menyucikan daripada kekurangan),
o tasbih
(mensucikan) dan
o taqdis
(mensucikan daripada sifat-sifat yang tidak layak) Zat Ketuhanan atau Allah.
·
Manakala di dalam sujud pula mentanzih, mentasbih
dan mentaqdiskan Hakikat dan Al Kunh (HUWA).
·
Sujud adalah martabat kerendahan lebih tinggi dan
lebih agung berbanding martabat kerendahan di dalam ruku',
·
bersesuaian dengan tasbih di dalam ruku' adalah
o Subhana
Rabbiyal Azhimi (Maha Suci Dia yang Agung) atau
o Subhana
Rabbiyal Aliyy (Maha Suci Dia yang Tinggi).
·
Manakala, tasbih di dalam sujud pula adalah
o Subhana
Rabbiyal A'la (Maha Suci Dia yang Maha Tinggi) atau
o Subhana
Rabbiyal A'zham (Maha Suci Dia yang Maha Agung).
·
Beza di antara al-Azhim (Agung) dan al-A'zham
(Maha Agung) adalah sangat jelas (1).
·
Perbezaan ini menerangkan dengan jelas bahawa
makrifat yang ditunjukkan di dalam sujud dan tasbihnya adalah lebih agung,
berbanding makrifat yang ditunjukkan di dalam ruku' dan tasbihnya.
·
Di dalam kedua-dua tasbih ini kita mensucikan Dia
yang Maha Suci daripada sebarang kekurangan,
·
seterusnya kita mensucikanNya daripada sebarang
makrifat yang melingkungiNya atau
·
mensucikanNya daripada kita mengenalnya dengan
makrifat yang sempurna di dalam kedua-dua martabat al-Azhim (Agung) dan
al-A'zham (Maha Agung), atau
·
Zat Ketuhanan (Lahoot) yakni Allah dan Hakikat
yakni HUWA. Di samping kita mengisbatkan dengan kata-kata kita ini bahawa kita
tidak mampu mengenal Zat Ketuhanan Mutlak (Lahoot Mutlak) dengan makrifat
sepenuhnya, apatah lagi
- Hakikat yakni HUWA yang kita menghadapkan wajah kepadaNya.
Kitab
at-Tauhid oleh Imam Ahmad Al Hassan as, halaman 62.
______________________________________
(1) Bukan hanya di dalam bahasa Arab sahaja, malahan di dalam bahasa-bahasa lainnya seperti bahasa Inggeris: great - greater - greatest
______________________________________
(1) Bukan hanya di dalam bahasa Arab sahaja, malahan di dalam bahasa-bahasa lainnya seperti bahasa Inggeris: great - greater - greatest
Tiada ulasan:
Catat Ulasan