Dikirim
oleh Rafiey Afif Ali
GANJARAN
PUASA SEBENAR ADALAH ALLAH...
SOALAN 13:
Apakah maksud Hadis Qudsi {الصوم لي وأنا اجزي به : "Puasa adalah untuk Ku (Allah) dan Aku adalah ganjaran untuknya"}. Al Kafi, jilid 4, ms 63, hadis 6.
JAWAPAN:
"Bacaan" Aku memberi ganjaran untuk itu "(أجزي به: Ajzi bihi) adalah salah kerana Allah SWT memberi ganjaran ke atas semua ibadat hambaNYA. Tidak dikhususkan hanya untuk puasa sepertimana bacaan salah yang diketengahkan.
Bacaan yang betul ialah: {أجزى به : Ujza bihi} bermaksud "Aku adalah ganjaran untuknya", dengan membaris hadapankan huruf hamzah (ء) dan menukar kepada Alif Maqshurah ((ى. Puasa yang dimaksudkan adalah puasa Mariam a.s dan lebih dari itu:
إِنِّى نَذَرۡتُ لِلرَّحۡمَـٰنِ صَوۡمً۬ا فَلَنۡ أُڪَلِّمَ ٱلۡيَوۡمَ إِنسِيًّ۬ا

Sesungguhnya aku bernazar untuk berpuasa kerana (Allah) Ar-Rahman; maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini. (Surah Maryam: 26)
Bermakna seseorang itu menjadi terasing daripada makhluk dan menikmati kebersamaan Allah (swt). Bahkan ini adalah permulaan dan pengakhiran yang hasilnya ialah Allah sebagai ganjaran bagi puasa itu iaitu puasa dari Ego (Keakuan). Apabila seorang hamba itu berjalan di atas jalan yang lurus, mengetahui, meyakini serta menyaksikan bahawa kewujudannya adalah pinjaman dan keberadaannya yang disangkakan adalah disebabkan oleh ketiadaan dan kegelapan yang bercampur dengan cahaya. Ini adalah dosa yang tidak pernah lekang dari seorang hamba. Dia adalah hamba pada masa lalu, sekarang dan di masa hadapannya. Jika hamba ini menahan diri dari Ego dan dengan ikhlas meminta untuk menyingkirkan lembaran kegelapan dan ketiadaan tersebut, lalu Allah SWT memperkenankan doanya. Maka tiada apa lagi yang kekal melainkan Allah yang Satu lagi Maha Pemaksa (Al Qahar) serta disinari bumi dengan cahaya Tuhannya, didatangkan al Kitab dan dikatakan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Petikan dari kitab Al Mutasyabihat karangan Imam Ahmad Al Hassan a.s, ms 32-33.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan