Selasa, 15 Oktober 2013

Keterikatan kita kepada hujjah Allah

Dikirim (Post by) Rafiey Afif Ali 

Keterikatan kita kepada hujjah Allah bergantung kepada keterikatan kita kepada Allah,dan sejauh mana kita sedar bahawa,Allahlah pemilik segala sesuatu,Yang Esa Yang Maha Menguasai.

1- Tentang jawapan Imam Ahmad a.s tentang sahabat di dalam gua,
"Adapun bagi mereka yang meyakini bahawa kata-kata Rasulullah (sawa) untuk sahabatnya {Janganlah kamu berdukacita, kerana Allah bersama kita} adalah pujian buat sahabat itu, maka ianya jauh dari kebenaran yang dimaksudkan dengan kata-kata tersebut, dan lihatlah kepada firmanNya: {Tidakkah kamu perhatikan, bahwa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi? Tiada pembicaraan rahsia antara tiga orang, melainkan Dia-lah yang keempatnya. Dan tiada [pembicaraan antara] lima orang, melainkan Dia-lah yang keenamnya. Dan tiada [pula] pembicaraan antara [jumlah] yang kurang dari itu atau lebih banyak, melainkan Dia ada bersama mereka di manapun mereka berada. Kemudian Dia akan memberitakan kepada mereka pada hari kiamat apa yang telah mereka kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.} [Surah Al-Mujadilah 58:7].

Ini menjelaskan kepada kamu bahawa Allah bersama semua orang, sama ada mereka memberi perhatian atau tidak, {Dan tiada [pula] pembicaraan antara [jumlah] yang kurang dari itu atau lebih banyak, melainkan Dia ada bersama mereka di manapun mereka berada}. Hakikat ini adalah pasti diketahuinya oleh orang-orang yang yakin beriman. Seterusnya menjelaskan bahawa sahabat di dalam gua itu adalah seorang yang alpa, dan kerana itulah Rasulullah (sawas) mengingatkan dia hakikat ini, agar dia kembali sedar. Tetapi keseluruhan ayat menunjukkan bahawa dia tidak sedar akan hakikat ini, dan langsung tidak memberi perhatian kepada kealpaannya. Oleh sebab itu, ketenangan itu tidak diturunkan kepadanya, sebaliknya ia telah diturunkan pada Rasulullah (sawas) seorang sahaja. Begitu juga bantuan tentera (yang tidak dapat dilihat) hanya dikhususkan untuk Rasulullah (sawas) sahaja. Dengan ini jelas bahawa tidak ada mana-mana orang beriman di dalam gua kecuali Rasulullah (sawas)".

2- Ya Allah,engkaulah pemilik segala sesuatu,betapa nistanya diriku memandang adanya aku,sedang aku melupai Engkau di balik itu,Ya Allah kurniakanlah Aku pandanganMu,agar aku keluar dari kesalahan ini.Engkaulah,segalanya,aku tidak ada,engkaulah yang ada,aku mati,engkaulah yang hidup,aku hina engkaulah yang mulia.Aku faqir,engkau yang memberi.Ya Allah betapa berdosanya aku selama ini,betapa aku telah rakus dan angkuh akan wilayahMu.Kekuasaanmu dan kemuliaanmu.Ampunlah daku,ampunlah daku...

3- "sungguhnya aku bernazar untuk berpuasa kerana (Allah) Ar-Rahman; maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini. (Surah Maryam: 26) Bermakna seseorang itu menjadi terasing daripada makhluk dan menikmati kebersamaan Allah (swt). Bahkan ini adalah permulaan dan pengakhiran yang hasilnya ialah Allah sebagai ganjaran bagi puasa itu iaitu puasa dari Ego (Keakuan). Apabila seorang hamba itu berjalan di atas jalan yang lurus, mengetahui, meyakini serta menyaksikan bahawa kewujudannya adalah pinjaman dan keberadaannya yang disangkakan adalah disebabkan oleh ketiadaan dan kegelapan yang bercampur dengan cahaya. Ini adalah dosa yang tidak pernah lekang dari seorang hamba. Dia adalah hamba pada masa lalu, sekarang dan di masa hadapannya. Jika hamba ini menahan diri dari Ego dan dengan ikhlas meminta untuk menyingkirkan lembaran kegelapan dan ketiadaan tersebut, lalu Allah SWT memperkenankan doanya. Maka tiada apa lagi yang kekal melainkan Allah yang Satu lagi Maha Pemaksa (Al Qahar) serta disinari bumi dengan cahaya Tuhannya, didatangkan al Kitab dan dikatakan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. "

Petikan dari kitab Al Mutasyabihat karangan Imam Ahmad Al Hassan a.s, ms 32-33.



Tiada ulasan: