BICARA
FACEBOOK TERKINI IMAM AHMAD AL HASSAN A.S: Saluran Radio Ansar Iraq
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Suruhanjaya Telekomunikasi dan Media yang terdapat di Iraq dikuasai oleh kelompok penyembah Marajik. Sejak sekian lama para Ansar Imam Mahdi telah mengemukakan permohonan bagi mendapatkan kelulusan rasmi untuk melancarkan saluran radio di Iraq. Mereka memberitahu saya bahawa mereka telah membeli peralatan dan memasang sebuah menara penyiaran. Walau bagaimanapun, suruhanjaya ini enggan memberikan kelulusan bagi melancarkan saluran radio tersebut disebabkan para ulama mereka berasa lemah untuk mematikan bukti-bukti dakwah Mahdawiyah yang diberkati dan mereka tidak mampu menyangkalnya secara ilmiah .
Oleh itu, mereka bergantung kepada saluran-saluran marajik mereka yang sedia ada untuk merakamkan kemenangan mereka dengan menyiarkan pembohongan-pembohongan dan pemalsuan-pemalsuan terhadap dakwah Mahdawiyah yang penuh barakah ini, di samping menipu orang-orang miskin lagi tertindas serta jahil. Tanpa membenarkan sebarang bentuk kenyataan balas atau penjelasan daripada pihak yang disiarkan pembohongan ke atas mereka, kerana mereka takut dan gentar dengan mana-mana radio, saluran televisyen atau saluran media yang menyiarkan bukti-bukti dakwah yang diberkati, yang dapat membuka pintu perbincangan dan perbahasan untuk menjelaskan kebenaran daripada kepalsuan.
Sudah tentu, saluran radio atau televisyen seperti ini akan menunjukkan kejahilan orang-orang yang berhadapan dengan seruan dakwah ini dan kekosongan ideologi mereka. Melainkan, jika mereka mempunyai keupayaan untuk berhadapan dan berhujah berdasarkan dalil dengan dalil dan hujah dengan hujah, nescaya mereka tidak akan menghalang Ansar Imam Mahdi daripada melancarkan saluran radio atau televisyen sendiri.
Saya katakan ini supaya sejarah merekodkan penindasan oleh kerajaan marajik di Iraq terhadap akidah kebenaran yang kami bawakan dan agar mereka tahu bahawa ulama mereka tidak mampu berhadapan dengan dakwah ini secara ilmiah. Kami meletakkan tanggungjawab penindasan intelektual ini sepenuhnya ke atas Perdana Menteri Nouri al-Maliki, melainkan jika beliau menolak penindasan intelektual tersebut dan melaksanakan kewajipan bertindak mengikut batas undang-undang yang termaktub dalam perlembagaan mereka.
Ahmad Al Hassan
19 Ogos 2013 bersamaan 11 Syawal 1434 Hijriah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan