Adakah Iblis Dari Kalangan Jin Atau
Malaikat
Dikirim oleh Ibnu Azmi
Petikan dari Kitab Al Mutasyabihat
karangan Imam Ahmad a.s
Iblis (laknat Allah ke atasnya)
adalah dari kalangan jin(1), namun hasil dari ibadahnya, darjat
beliau ditinggikan sehingga beliau menjadi sebahagian dari malaikat,
sebagaimana Jin akan ditinggikan darjatnya hasil dari ibadah dan ketaatan
kepada Allah sehingga mereka menjadi malaikat.
Namun kemudiannya, Iblis (laknat
Allah ke atasnya) mengingkari perintah Allah, kerana sifat “ana”, maka beliau
dihumbankan ke dasar neraka. Inilah sebabnya Quran kadangkala menyebut Iblis
sebagai malaikan(2) dan kemudian menyebutkan dia sebagai Jin di
tempat lain(3). Dan Amirul Mukminin a.s di dalam khutbah Al Qasia
menyebut Iblis sebagai malaikat(4).
Oleh itu, keduanya adalah benar di
peringkat perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dari segi di tahap mana
telah dicapai Iblis dan dari segi asal usul Iblis (laknat Allah ke atasnya)
1. Jamil bin Al Darraj meriwayatkan
beliau bertanya kepada Abu Abdullah a.s: “Adakah Iblis adalah dari kalangan
malaikat? Adakah sampai kepadanya apa-apa berita dari urusan langit?” Jadi
beliau a.s menjawab: “Iblis bukan dari kalangan malaikat, dan tiada apa-apa
urusan langit yang sampai kepada beliau. Beliau bersama Jin dan juga malaikat.
Dan malaikat akan melihat beliau seolah-olah beliau adalah dari kalangan
mereka, namun Allah tahu beliau bukan dari kalangan mereka. Jadi apabila Allah
memerintahkan beliau bersujud, maka beliau melakukan apa yang telah beliau
lakukan. Bihar Al-Anwar Vol. 11 hal 119.
2. Allah swt berfirman, {Dan
(ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: “Tunduklah (beri hormat)
kepada Nabi Adam”. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan
Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.}.
Quran 2:34.
3. Allah swt berfirman, {lalu mereka
sujud melainkan iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka
terhadap perintah Tuhannya}. Quran 18:50.
4. Imam Ali a.s bersabda: “Ambillah
pengajaran dari apa yang Allah telah lakukan pada Iblis. Dia telah menolak
usaha keras beliau dalam beramal, dan Iblis telah menyembah Allah selama eman
ribu tahun, dan tidak diketahui samada tahun itu adalah tahun dunia atau
akhirat. Jadi siapa lagi selepas Iblis boleh dianggap sebagai Muslim apabila
melakukan keengkaran seperti beliau? Tidak, sesungguhnya Allah swt tidak akan
mengizinkan seorang manusia memasuki syurga dengan melakukan dosa yang
menyebabkan malaikat ditendang keluar. ”Nahjul
Balaga, Khutbah 191, dikenali sebagai khutbah Al Qasia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan