Khamis, 17 Oktober 2013

Belas Ihsannya Dengan Manusia Dan Seruan Kami Agar Bergaul Dengan Mereka Menurut Zahir Luaran Mereka

Dikirim oleh Muhammad Eshraq

Belas Ihsannya Dengan Manusia Dan Seruan Kami Agar Bergaul Dengan Mereka Menurut Zahir Luaran Mereka.

Seorang yang mencari kebenaran telah meminta pertolongan daripada sebahagian ansar dan kami berasa ragu-ragu dalam membantunya, hanya kerana takutkan sekiranya dia ada tujuan tertentu sepertimana menjadi kebiasaan yang dilakukan oleh ahli kebatilan terhadap kebenaran dan ahlinya. Maka saya telah mengkhabarkan hal yang demikian itu kepada Abdus Soleh (a.s).

Lantas (a.s) berkata: Secara keselurahannya kalian tidak berbuat melainkan kebaikan, kejujurannya dan ketidakjujurannya tidaklah memudaratkan kalian. Bahkan dia hanya memudaratkan dirinya sendiri, sekiranya dia tidak jujur. Paling maksimum pun kalian hanya kerugian punca harta kewangan, adapun dia akan rugi kemuliaannya sekiranya dia tidak berlaku jujur.

Hendaklah kalian sentiasa bergaul dengan manusia menurut zahir luaran mereka. Hattakan para Anbiya', Allah tidak pernah memerintahkan mereka bergaul dengan manusia menurut batin dalaman mereka. Barangsiapa yang meminta pertolongan dan mengatakan bahawa dia di dalam kesusahan serta kebahayaan sepertimana yang diungkapkan, maka kami bantui dia samada dia jujur atau tidak.

Kemudian (a.s) berbalik semula kepada soalan yang ditanyakan kepadanya dan berkata: Amirul Mukmin (a.s) telah berkata: Jikalau si peminta adalah benar, maka binasalah orang yang diminta. Maka bergaullah dengan manusia menurut zahir luaran mereka dan Allah jualah yang menghisab manusia di hari kiamat. Demi Allah, aku amat senang dikatakan ke atasku seribu dan seribu kali bahawa aku tidak tahu dan jahil serta seseorang memperdayakanku dengan dua kalimah tersebut, berbanding aku berjumpa Allah pada hari Kiamat dengan menzalimi salah seorang dari hamba-hambaNYA.

Diceduk dari kitab Ma'al Abdus Soleh oleh Imam Ahmad Al Hassan a.s, ms108.

Tiada ulasan: