Selasa, 15 Oktober 2013

MALAM AL QADAR DAN QADHA' SOLAT?

APAKAH JAWAPAN IMAM AHMAD AL HASSAN TENTANG MALAM AL QADAR DAN QADHA' SOLAT?

تَنَزَّلُ ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةُ وَٱلرُّوحُ فِيہَا بِإِذۡنِ رَبِّہِم (بكُلِّ أَمۡرٍ۬)

Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara.

Bacaan yang betul adalah (
بكل أمر), beginilah bacaan Nabi Muhammad (sawas) dan para Imam selepas baginda (a.s). Sekiranya manusia tidak membantah 7 bacaan (qiraat) yang saling berbeza di kebanyakan tempat di dalam Al Quran, yang sekaligus mengubah makna dengan perubahan bacaan, kerana 7 bacaan tersebut adalah dari orang-orang yang tidak maksum. Maka, adalah lebih utama bagi manusia untuk menerima bacaan yang dinyatakan oleh para Imam (a.s), kerana mereka adalah peribadi maksum yang suci. Bacaan (بكل أمر) diriwayatkan daripada mereka (a.s), oleh itu, rujukilah semula riwayat-riwayat mereka dan bacalah sepertimana bacaan Muhammad (sawas) dan tidak perlulah kalian mengambil kesesatan daripada kesesatan, sesungguhnya kebanyakan manusia itu tidak mempunyai akal.

Dinyatakan dalam tafsir surah Al-Qadr bahawa Fatimah (a.s) adalah malam al-Qadar, apakah yang dimaksudkan dengan hadis daripada mereka (a.s) ini?

Terdahulu saya telah bentangkan di dalam tafsir surah Al-Fatihah dan kitab Al Mutasyabihat, bahawa Fatimah adalah pintu kota yang tersembunyi (batin), Ali (a.s) adalah pintu kota yang nyata (zahir), dan Mohammad (sawas) adalah kota. Bertepatan dengan tiga Nama Ketuhanan iaitu: (Ar Rahim, Ar Rahman dan Allah). Mereka (selawat Allah ke atas mereka) adalah tiga Tonggak Petunjuk (Arkaan al Huda) dan manifestasi tiga Tonggak Nama Teragung: Allah, Ar Rahman, Ar Rahim.

Ilmu itu keseluruhannya adalah di dalam kota. Jika saya ingin memuat turunnya, maka hendaklah melalui pintunya, iaitu pertamanya mesti melalui pintu batin dan diikuti kemudiannya melalui pintu zahir kepada makhluk. Oleh itu, penurunan (ilmu) adalah pada Fatimah (selawat Allah ke atasnya)iaitu pintu batin dan dia adalah bejana ilmu batin (tersembunyi). Ilmu dan segala apa yang terkandung di dalam kota (Rasulullah atau al Quran) itu diturunkan padanya, sepertimana yang dinyatakan sebelum ini dalam kitab Al Mutasyabihaat, sila rujuk.

Oleh itu, Al-Quran diturunkan pada malam al Qadar, Al-Quran itu turun pada Fatimah dan malam al Qadar itu adalah Fatimah, sepertimana kata-kata mereka (a.s): (Kami adalah Hujah Allah dan Fatimah adalah Hujah Allah ke atas kami), dan juga sebagaimana mereka berkata: (Fatimah adalah ibu kepada ayahnya). Seorang ibu itu adalah umpama bejana dan Fatimah (atau pintu batin) adalah sebuah bejana yang diturunkan Al-Quran di dalamnya, dan Al-Quran itu adalah Muhammad. Ini adalah makna tersembunyi (batin) kedua bagi hadis ini: daripada Rasulullah, daripada Allah di dalam Hadis Qudsi: "Jika bukan kerana kamu, nescaya aku tidak akan menciptakan tempat peredaran bintang-bintang (aflak), dan jika tidak kerana Ali, nescaya tidak aku ciptakan kamu, dan jika tidak kerana Fatimah, nescaya tidak aku ciptakan kedua-dua kamu."

Fatima adalah bejana penurunan al-Quran dan dia adalah pintu kota yang tersembunyi (batin), yang daripadanya melimpahi ke atas semua makhluk. Oleh itu, kewujudannya adalah satu keperluan dan dengan kehilangannya, maka aturan makhluk menjadi tidak tetap kerana dia adalah salah satu tonggak daripada tiga tonggak dan dia adalah bejana penurunan al-Quran.

Soalan: Bilakah malam al-Qadar dan bilakah waktu yang disyariatkannya bermula setelah terbenam matahari serta pengakhirannya?

Malam al-Qadar adalah malam ke-23 Ramadan dan batas waktunya adalah daripada terbenam matahari sehingga terbit fajar sadik (subuh).

Malam al-Qadar, yang bersangkutan dengan beberapa hukum-hakam syariat adalah malam ke-23 Ramadan dan batas waktunya adalah sehingga terbit fajar (subuh), tetapi dengan syarat ia ditentukan oleh pemerintah iaitu Imam yang adil.

Barangsiapa yang ingin mengqadha' solatnya dan solat kedua ibu-bapanya, maka Allah memberikan kemudahan bagi orang yang mempunyai tanggungan qadha' dan berkesempatan sampai pada malam lailatul qadar. Bagi qadha' solat, maka hendaklah diqadha'kan pada malam 23 Ramadhan yang menyamai seribu bulan. Jika di dalam tanggungan seseorang itu qadha' solat selama setahun atau sepuluh tahun contohnya, atau bahkan seribu sebulan sekalipun. Oleh itu, memadai baginya mengqadha'kan satu hari solat (lima waktu) di malam al-Qadar.



Anda boleh mengikuti amalan-amalan yang dilakukan pada malam al-Qadar di laman khusus Ramadhan kami. Semoga Allah menerima amal ketaatan anda.
http://theyamani.net/ramadan/worship_of_the_twentythird_day_and_night_of_ramadan

Ahmad Al Hassan
Kitab Al Mutasyabihaat
Kitab Al Jawab Al Munir Ibra Al Athir, jawapan fiqh - kitab puasa.

Tiada ulasan: