Rabu, 20 Mei 2015

Tujuan penciptaan

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

الْحَمْدُ لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat (sanjungan)  Allah atas Muhammad dan keluarga baginda, para Imam dan Mahdi- Mahdi dan Salam pengiktirafan sebanyak-banyaknya.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  
Salam ke atas tuan-tuan dengan rahmat Allah dan keberkatanNya.


Allah Subhanahu Wa Ta3ala menciptakan penciptaanNya yang mengaitkan kita manusia seluruhnya dan jin makhluk lainnya. Dengan tujuan menguji penciptaanNya dalam mengenalNya melalui sifat hamba yang diciptaNya.

﴿وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ﴾

Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku. [Al-Zhariaat 51:56] 

Dialah Allah yang memberi amanah AgamaNya melalui para MalaikatNya menurunkan Kitab-kitab (Risalah) kepada para RasulNya sebagai panduan untuk umat manusia.

﴿آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ  كُلٌّ آمَنَ بِاللَّـهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ  وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا  غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ ﴾

Rasul telah beriman dengan apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (Mereka mengatakan): "Kami tidak membeda-bedakan antara seseorangpun dari rasul-rasul-Nya", dan mereka mengatakan: "Kami dengar dan kami taat". (Mereka berdoa): "Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali".[Al-Baqarah 2:285] 

Jin dan manusia mesti mendengar dan mentaati rasul-rasul sebagai utusan-Nya.

Pemilik bahtera besar di lautan melantik seorang Nakhoda untuk memegang amanah, menjaga dan melayarkan bahteranya dengan selamat di samudera luas.

Pemilik perusahaan atau kilang akan melantik Pengurus yang akan menjalankan operasi kilangnya yang mempunyai sifat mengikut keinginanya.

Apatah lagi Allah Rabb Al-Alamin akan melantik Khalifah (Pengganti atau Penguasa)-Nya sendiri yang menggalang ganti Alam seluruhnya,

Telah berlalu perjalanan manusia ini ribuan tahun, sehinggalah di utus seorang rasul pembawa Agama akhir, Agama Islam, iaitu Muhammad (S). Selain dari ajaran Islam berupa Akidah dan Syari’ah, Muhammad Rasulullah (S) memberikan Khabar tentang penggantinya (Khalifah Rasulullah) yang akan mengajarkan Agama Allah kepada manusia. Antara Khalifahnya yang paling dinanti-nantikan adalah Khalifah Allah Al-Mahdi:

Muslim meriwayatkan dalam Shahihnya, dan Ahmad di dalam Musnadnya, dari Abi Qalabah, dari Tsaubaan: Rasulullah (Shalla Allahu 3alaihi wa Aalihi wa sallam) bersabda:

وإذا رأيتم الرايات السود قد جاءت من قبل خراسان، فأتوها فانّ فيها خليفة اللّه المهدي

(Jika kamu melihat panji-panji hitam datang dari arah Khurasan, datanglah kepadanya kerana di sana ada Khalifah Allah Al-Mahdi) [12].[12] - Shahih Muslim: 8 | 171, Bab kemusnahan Umat ini, sebahagian daripada sebahagian mereka, Kitab Al-Fatan.Musnad Ahmad: 5 | 277.

Ada terlalu banyak hadits-hadits seperti ini, dan saya tidak berniat untuk menyenaraikannya, kerana khabar ini telah diketahui oleh umat Islam pada semua aliran dan golongan. Ia adalah mengenai Khalifah Allah Al-Mahdi.

Berita Besar


Telah menjadi sunnah Allah berita kedatangan Khalifah Allah adalah berita besar dan menjadi persoalan antara manusia:

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
﴿عَمَّ يَتَسَاءَلُونَ * عَنِ النَّبَإِ الْعَظِيمِ * الَّذِي هُمْ فِيهِ مُخْتَلِفُونَ * كَلَّا سَيَعْلَمُونَ * ثُمَّ كَلَّا سَيَعْلَمُونَ﴾

Tentang apakah mereka saling bertanya-tanya? * Tentang berita yang besar, * yang mereka perselisihkan tentangnya. * Sekali-kali tidak; kelak mereka akan mengetahui, * kemudian sekali-kali tidak; kelak mereka akan mengetahui. [Al-Nabaa’ 78:1-5] 

Berita kedatangan Nabi Besar Muhammad (S) sangat dinanti-nantikan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani, sehinggakan merekalah (orang-orang Yahudi) telah membina Bandar Yathrib berdasar tanda-tanda yang diajarkan kepada mereka, akhirnya mereka ditemani kaum Arab yang dititipkan oleh Raja Yaman dengan Bani Aus dan Khazraj. Mereka (orang-orang Yahudi) mengenal Muhammad (S) seperti mengenal anak mereka sendiri:

﴿الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْرِفُونَهُ كَمَا يَعْرِفُونَ أَبْنَاءَهُمْ  وَإِنَّ فَرِيقًا مِّنْهُمْ لَيَكْتُمُونَ الْحَقَّ وَهُمْ يَعْلَمُونَ 

Orang-orang yang telah Kami beri Al Kitab mengenalnya (Muhammad) seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian diantara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui. [Al-Baqarah 2:146] 

﴿الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْرِفُونَهُ كَمَا يَعْرِفُونَ أَبْنَاءَهُمُ  الَّذِينَ خَسِرُوا أَنفُسَهُمْ فَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ﴾

Orang-orang yang telah Kami berikan kitab kepadanya, mereka mengenalnya (Muhammad) seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. Orang-orang yang merugikan dirinya, mereka itu tidak beriman. [Al-An3aam 6:20] 

Umat Nabi Isa (as) diberikah Nama Ahmad walaupun nabi yang keluar bernama Muhammad:

﴿وَإِذْ قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ إِنِّي رَسُولُ اللَّـهِ إِلَيْكُم مُّصَدِّقًا لِّمَا بَيْنَ يَدَيَّ مِنَ التَّوْرَاةِ وَمُبَشِّرًا بِرَسُولٍ يَأْتِي مِن بَعْدِي اسْمُهُ أَحْمَدُ ۖ فَلَمَّا جَاءَهُم بِالْبَيِّنَاتِ قَالُوا هَـٰذَا سِحْرٌ مُّبِينٌ﴾

Dan (ingatlah) ketika Isa ibnu Maryam berkata: "Hai Bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab sebelumku, yaitu Taurat, dan memberi khabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad.". Maka tatkala rasul itu datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, mereka berkata: "Ini adalah sihir yang nyata".[Al-Shaaf 61:6] 


Berita Kedatangan Al-Mahdi



Demi Allah, saya (Penulis) seorang hamba Allah yang amat menantikan kedatangannya, malah menyelidik untuk mengenal Berita kedatangan Khalifah Allah Al-Mahdi telah mendapati bahawa panji-panji hitam itu datang dari arah Khurasan, saya telah mendatanginya (berbai’ah dengannya) kerana di sana ada (dia) Khalifah Allah Al-Mahdi. Saya tidak mahu menjadi orang-orang menyembunyikan kebenaran seperti ayat di atas,

﴿وَإِنَّ فَرِيقًا مِّنْهُمْ لَيَكْتُمُونَ الْحَقَّ وَهُمْ يَعْلَمُونَ

Dan sesungguhnya sebahagian diantara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui.

Dan saya tidak mahu menjadi
         
﴿الَّذِينَ خَسِرُوا أَنفُسَهُمْ فَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ﴾


Orang-orang yang merugikan dirinya, (kerana) mereka itu tidak beriman.

Kerana dia datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan bukan sihir yang membutakan mata.
                                

Dia Ahmad Al-Hassan datang dari arah timur Khurasan dari Basrah dan mengibarkan panjinya di Najaf Iraq.

….. Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) pergi ke Basrah dan mengorbankan haiwan untuk anak saya dan kemudian kembali ke Najaf hanya untuk anak saya. Kemudian Al-Syed berkata sebelum pembinaan Hussainiyah (Masjid) di Najaf bahawa beliau telah membuat persiapan untuk perarakan di Najaf. Untuk yang pertama kali bagi ansar-ansar yang datang ke rumah saya dan Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) berbicara kepada mereka dan kepada kami pada malam itu, "Kita tidak tahu apa yang akan terjadi esok maka jika kamu mahukan dunia, janganlah bersama saya esok."

Keesokan harinya adalah hari yang ketiga belas Bulan Rajab, hari kelahiran Amirul Mukminin Ali (as), jadi kami berarak ke Masjid Al-Kufah, Makam Imam Ali (as). Bilangan kami adalah lebih kurang tujuh puluh dua orang atau tujuh puluh tiga seperti di Karbala pada hari Asyura. Al-Syed membawa kami dengan sosok tubuhnya yang tinggi dan tampan. Kami mengatakan  “telah datang kebenaran” dan mula melaungkannya dengan kuat. Ini adalah di sekitar tahun 2003/2004, sehinggalah kami sampai ke Jalan Al-Rasul di mana Sistani mempunyai pengaruh yang besar di sini dan kami dapati Failak Badir membuat sekatan jalan raya bersama senjata bersedia untuk menembak kami. Kami semua berdiri teguh dan tidak menoleh ke belakang, kami bertakbir Allah Akbar!, bertahlil La Ilaha Illa Allah (tiada tuhan melainkan Allah) dan lain-lain zikir untuk menakut-nakutkan mereka. Al-Syed melaungkan Allah Akbar! sebanyak 7 kali dan mereka segera membuka jalan, mereka tidak dapat menghalang beliau (as).
         
Setelah tiba di makam Imam Ali (as), kami belok ke arah Kufah, para ulamak (yang ada di tepi jalan) telah meludah pada kami dan mengutuk kami dengan bahasa kesat, sehinggalah kami tiba di makam Muslim bin Aqil (as). Mereka kini mula membaling batu pada kami tetapi tiba-tiba kami melihat seorang wanita memegang tulang rusuknya dari jauh [1], kalian mengenali siapa dirinya, dan kami mula berpecah ketika direjam. Mereka menghantar polis di belakang kami dan orang Amerika untuk menakutkan kami, tetapi kami bertekad untuk tidak berasa takut. Haidar Mishatat - si munafik - telah meninggalkan kami - dan akhirnya kami sampai ke Masjid Al-Kufah. Kami semua tercedera namun dalam masa yang sama berasa gembira…. [2],
________________________
[1] - kerana melihat para nabi dalam perjalanan dan melihat Fatimah (as) memanggil kami dan menggalakkan kami. Imam (as) di tengah-tengah kami tenang dan berzikir kepada Allah tidak pernah lekang dari lidahnya.
[2] – Sebahagian dari riwayat yang mengesahkan Perarakan [Panji-panji] oleh Syeikh Hazim Al-Mukhtar dalam Buku “Riwayat Dalam Riwayat Kehidupan Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as)” – sebuah laporan yang dipindahkan dari bilik bicara (Paltalk) di Internet.




Saya ulangi: Dia bernama Al-Syed Ahmad Al-Hassan yang datang dari arah timur Khurasan, dari Basrah dan mengibarkan panjinya di Najaf Iraq. Dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi, dia memulakan seruan dakwahnya sejak penghujung tahun 1999.

Dia dibai’ah buat kali pertama bukan atas permintaannya tetapi ramai orang-orang Islam yang mendapat berita melalui, rukya (mimpi benar), hidayah kasyaf (penglihatan dari Allah) dan hidayah bentuk lain, lalu mendatanginya dan berbai’ah dengannya sebagai Mahdi yang dijanjikan atau Khalifah Allah Al-Mahdi. Seperti biasa (sunnah Allah) orang-orang yang berbai’ah dengannya ini diuji di zaman pemerintah penzalim Saddam Hussein, akhirnya mereka berundur dan yang tinggal hanya segelintir. Lalu beliau (as) beruzlah di rumah menghadap Tuhannya. Kemudian dibai’ah kali kedua. ujian dan pengunduran berlaku sekali lagi. Akhirnya dia dibai’ah buat kali ketiga, maka seruan dakwahnya mula tersebar ke seluruh dunia. Dia bukan sahaja dibai’ah oleh umat Islam Syi’ei dan Sunni, malah dari penganut agama lain dari berbagai negara.

Ramai umat Islam tidak menyedarinya, tidak berbai’ah kepadanya malah ada di antara ulamak Syi’ah menjatuhkan hukuman bunuh kepadanya. Tetapi sejak tahun 2011, dakwahnya menjadi begitu bersungguh dengan seruan-seruan dan dengan menjawab ratusan soalan-soalan melalui internet dan dengan sokongan dakwah ansarnya (pendokongnya). Dakwahnya diberkati Allah. Puluhan kitab tulisannya dan tulisan ansar-ansar telah diterbitkan. Ia berjalan hingga ke hari ini.

Dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi, oleh itu adakah dia bertepatan dengan berita (khabar) dari Rasulullah? Adakah dia Khalifah Allah Al-Mahdi yang memenuhi syarat sebagai seorang Khalifah Allah? Bukankah telah berlalu Khalifah Allah sejak Khalifah pertama dilantik oleh Allah di BumiNya.


Ini perlu penjelasan. Dan hakikatnya ia adalah Hakikat Agama Allah itu sendiri. 



Apakah Syarat Menjadi Seorang Khalifah Allah?


Syarat Pertama: Dia dilantik oleh Allah terus seperti nabi Adam atau melalui Khalifah sebelumnya, Firman Allah SWT

﴿وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً﴾

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi".[Al-Baqarah 2:30] 

Syarat Kedua: Dia memiliki Ilmu dan Hikmah dari Allah:

﴿وَعَلَّمَ آدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا﴾
Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama seluruhnya, [Al-Baqarah 2:31] 

Syarat Ketiga: Menyeru kepada Bai’atu Lillah – Berjanji setia kepada Allah melalui Khalifah Allah. Atau tunduk dan taat kepada Allah melalui Khalifah Allah

﴿وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ أَبَىٰ وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ﴾

Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir. [Al-Baqarah 2:34] 


Syarat Pertama: Dilantik Oleh Allah



Berdasarkan kepada ayat di atas sudah tentulah dia mesti menunjukkan dia dilantik oleh Rasulullah (S) kerana ini sahaja bukti yang boleh diterima oleh umat Islam khususnya. Dan Firman dari Allah:

﴿كُتِبَ عَلَيْكُمْ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ إِن تَرَكَ خَيْرًا الْوَصِيَّةُ لِلْوَالِدَيْنِ وَالْأَقْرَبِينَ بِالْمَعْرُوفِ ۖ حَقًّا عَلَى الْمُتَّقِينَ 

Diwajibkan atas kamu, apabila seorang di antara kamu kedatangan maut, jika ia meninggalkan kebaikan, berwasiat untuk ibu-bapa dan karib kerabatnya secara ma'ruf, (ini adalah) kewajiban atas orang-orang yang bertakwa. [Al-Baqarah 2:180] 


Sudah tentu lantikan itu melalui Wasiat Baginda Rasulullah (S).


Syarat Kedua: Memiliki Ilmu dan Hikmah


Sebagaimana Rasulullah (S)  diutuskan dengan ilmu dan kebijakan, begitulah juga halnya dengan pemegang wasiat di akhir zaman tersebut. firman Allah SWT: 

﴿هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ رَسُولًا مِّنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِن كَانُوا مِن قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُّبِين﴾

“Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang Arab (Ummiyyin), seorang Rasul (Nabi Muhammad) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah dan membersihkan mereka, serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah, dan sesungguhNya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata”. (Al-Jumu’ah 62:2)

Rasul dalam ayat di atas adalah ditujukan kepada Muhammad bin Abdullah (S)  yang diutuskan di permulaan umat ini, setelah itu Allah berfirman lagi dalam ayat berikutnya:

﴿وَآخَرِينَ مِنْهُمْ لَمَّا يَلْحَقُوا بِهِمْ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ﴾

“Dan juga yang lain dari mereka, yang masih belum (datang lagi dan tetap akan datang) menghubungi mereka; dan (ingatlah), Allah jualah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”. (Al-Jumu’ah 62:3)

Rasul yang dimaksudkan dengan (وأخرين منهم) iaitu “yang lain dari mereka” adalah Mahdi pertama daripada anak Imam Mahdi Muhammad bin Hassan Al-Askari (as), yang juga utusannya. Diajarkan juga kepada mereka Al-Kitab dan hikmah sebagaimana Rasulullah (S) . Nama baginda (S)  di langit adalah Ahmad, manakala Mahdi pertama namaNya di dunia adalah Ahmad dan namaNya di langit adalah Muhammad. Dia (as) adalah gambaran kepada Rasulullah (S)  iaitu diutuskan sepertimana diutuskan Muhammad (S) , dan melalui jalan dakwah sepertimana dilalui Muhammad (S) . Di sana pasti akan wujudNya Quraish serta pemimpin-pemimpinnya, ummul Qura (Mekah), hijrah, Madinah dan setiap perkara yang mengiringi dakwah Rasulullah (S) . Cuma situasiNya sahaja yang berbeza manakala prinsip utamaNya adalah sama.

Laporan awal dakwahnya telah diceritakan oleh ansar awal yang beriman dengannya dan mereka telah meriwayatkan dalam Buku Riwayat Dalam Riwayat Kehidupan Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as)

Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) Al-Mahdi yang dijanjikan telah

1.    Mengajak untuk berdebat terbuka kepada semua Ulamak Islam (Sunni dan Syi’ei), Ulamak Kristia dan Ulamak
2.    Menerbitkan kitab-kitab mengenai Akidah dan Syari’ah dan penyelewengan umat Islam, Kristian dan Yahudi (Sebahagian Terjenahan Melayunya di sini)
3.    Menerbitkan buku/kitab menjawab Delusi Atheisme dan terus membacanya di sini.
5.    Menjawab soalan-soalan dari seluruh dunia melalui Internet (Sebahagian Terjenahan Melayunya di sini)
6.    Memecah pelbagai Misteri misalnya Alam Malakut, Jabarut dan Lahut ...
8.    Soalan Pengarang Kajian Tentang Imam Al-Mahdi As Bertajuk: (Bermulanya Perang Amerika Terhadap Imam Al-Mahdi as dan Ramalan Nostradamus),



Syarat Ketiga: Bai’atu Lillah (Janji setia Untuk Allah



Bagaimana Seseorang Tahu Khalifah Allah Di Buminya Pada Setiap Zaman,
Kerana seorang Khalifah Allah hanya mengajak manusia untuk taat Kepada Allah.  Para nabi itu sendiri diambil persetiaannya oleh Allah

وَإِذْ أَخَذَ اللَّـهُ مِيثَاقَ النَّبِيِّينَ لَمَا آتَيْتُكُم مِّن كِتَابٍ وَحِكْمَةٍ ثُمَّ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مُّصَدِّقٌ لِّمَا مَعَكُمْ لَتُؤْمِنُنَّ بِهِ وَلَتَنصُرُنَّهُ قَالَ أَأَقْرَرْتُمْ وَأَخَذْتُمْ عَلَىٰ ذَٰلِكُمْ إِصْرِي قَالُوا أَقْرَرْنَا قَالَ فَاشْهَدُوا وَأَنَا مَعَكُم مِّنَ الشَّاهِدِينَ

Dan (ingatlah), ketika Allah mengambil persetiaan dari para nabi: "Sungguh, apa saja yang Aku berikan kepadamu berupa kitab dan hikmah kemudian datang kepadamu seorang rasul yang membenarkan apa yang ada padamu, niscaya kamu akan sungguh-sungguh beriman kepadanya dan menolongnya". Allah berfirman: "Apakah kamu mengakui dan menerima perjanjian-Ku terhadap yang demikian itu?" Mereka menjawab: "Kami mengakui". Allah berfirman: "Kalau begitu saksikanlah (hai para nabi) dan Aku menjadi saksi (pula) bersama kamu".[Aali Imran 3:81]

وَاذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّـهِ عَلَيْكُمْ وَمِيثَاقَهُ الَّذِي وَاثَقَكُم بِهِ إِذْ قُلْتُمْ سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا وَاتَّقُوا اللَّـهَ إِنَّ اللَّـهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ 
                                                                                              
Dan ingatlah kurnia Allah kepadamu dan persetiaan-Nya yang telah diikat-Nya dengan kamu, ketika kamu mengatakan: "Kami dengar dan kami taati". Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengetahui isi hati(mu). [Al-Maidah 5:7] 

Imam Ahmad Al Hassan (as):menjawab soalan Rita George Seorang Wanita Kristian 16/Safar/1426 H (2005)

Soalannya:

Dengan nama Bapa dan Anak dan Roh Kudus, apakah kandungan dan matlamat seruan (dakwah) kamu?
     

Jawapan:

Kata Isa (as): (Bukanlah dengan makanan sahaja anak Adam hidup, tetapi dengan Kalimah Allah), dan saya Abdullah (hamba Allah) mengatakan pada mu bahawa dengan makanan matinya anak Adam dan, namun dengan Kalimah Allah. hidupnya anak Adam itu.
           
Seruan ku adalah seperti seruan Nuh (as) dan seruan Ibrahim (as), dan seruan Musa (as) dan Seruan Isa (as) dan seruan Muhammad (S).

Menyebarkan Tauhid ke setiap penjuru bumi ini, dan matlamat para Nabi dan Aushiak adalah matlamatku, dan untuk menerangkan Al-Taurat, Al-Injil dan Al-Quran serta segala perkara yang kalian perselishkan di dalamnya. Dan juga untuk memerangkan penyelewengan Ulamak Yahudi, Ulamak Nasrani dan Ulamak Muslimin yang mengeluarkan mereka dari Syariat Ilahiyah dan penyelewengan mereka dari yang diwasiatkan kepada para nabi (as).

Keinginan ku adalah kehendak Allah SWT dan melaksanakan kehendakNya tanpa soal, supaya penduduk bumi tidak inginkan sesuatu melainkan apa yang dikehendaki Allah SWT, iaitu agar bumi ini dipenuhi dengan kesaksamaan dan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan, untuk mengenyangkan yang lapar dan agar tiada orang miskin yang tinggal tidak berbumbung, agar anak yatim menjadi gembira setelah kesedihan yang lama dan agar seorang balu dapat memenuhi keperluan hidup (kebendaan) mereka dengan maruah dan kemuliaan….. dan supaya.....dan supaya.....dan supaya melaksanakan kepentingan yang ada dalam syariat yang adil, belas kasihan dan kejujuran,
.
Dan aku berharap kamu dapat menerangkan kepercayaan kamu tentang Isa ibn Maryam (as) kepada ku dengan penuh kejujuran, dan dokonglah kepercayaan kamu dengan ayat-ayat dari Injil, agar dapat aku terangkan kebenaran kepada kamu dan semua orang yang mencarinya dan takut akan dua kebangkitan, yang kecil dan yang besar, serta takutlah Allah SWT

Ahmad Al-Hassan


Untuk keterangan lebih lanjut Bagaimana Mengenal Khalifah Allah diambil dari Kitab 'Jihad Pintu Ke Syurga’ oleh Imam Ahmad Al Hassan (as):


Menguji Ketepatan (Keabsahan) Akidah dan Ibadah (Syari,at) dari Hujjah Allah.


Kita umat Islam hadir ke dunia ini dan menganut Agama Islam berdasarkan anutan kedua ibu bapa kita. Kebenaran Akidah dan ketepatan Syari’ah tidak dapat kita pastikan jika kita hanya menjadi penganut Agama Islam ikut-ikutan. Atau kita faqih dengan Agama Islam tetapi kefaqihan (alim) kita itu menurut aliran (Mazhab), fahaman, atau berpergerakan yang bersandarkan kepada Agama Islam sehinggakan ada yang bergerak dalam kumpulan nanyian selawatan.

Hakikatnya:

1.   Ada berbagai Mazhab Al-Sunnah (Al-Asy’ariy - Hanbali, Maliki, Hanafi, Syafi’ei...Wahhabiy...Ahbasy...) yang di lazimi
2.   Ada berbagai Mazhab Al-Syi’ah (Ja’fariy, Zaidiy, Isma’eiliy ...) yang di lazimi
3.   Ada berbagai Thariqah Sufiyah (Irfaniyah) yang dipegang dan diamalkan
4.   Ada berbagai Parti Siasah (Politik) yang diperjuangkan.
5.   Dan...dan...dan....

Akibatnya:


﴿وَلَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ تَفَرَّقُوا وَاخْتَلَفُوا مِن بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْبَيِّنَاتُ  وَأُولَـٰئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ﴾

Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang mendapat siksa yang berat, [Aali Imran 3:105] 

Ada terlalu banyak peringatan seperti ini dari Allah SWT.

﴿شَرَعَ لَكُم مِّنَ الدِّينِ مَا وَصَّىٰ بِهِ نُوحًا وَالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ وَمَا وَصَّيْنَا بِهِ إِبْرَاهِيمَ وَمُوسَىٰ وَعِيسَىٰ ۖ أَنْ أَقِيمُوا الدِّينَ وَلَا تَتَفَرَّقُوا فِيهِ ۚكَبُرَ عَلَى الْمُشْرِكِينَ مَا تَدْعُوهُمْ إِلَيْهِ ۚ اللَّـهُ يَجْتَبِي إِلَيْهِ مَن يَشَاءُ وَيَهْدِي إِلَيْهِ مَن يُنِيبُ﴾

Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa yaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik agama yang kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada agama itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada-Nya orang yang kembali (kepada-Nya). [Al-Syuraa 42:13] 

Hadits Rasulullah mengingatkan

وَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ فَسَيَرَى اخْتِلاَفًا كَثِيرًا فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِى وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيِّينَ عَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ
“Sesungguhnya siapa saja yang hidup di antara kalian sepeninggalanku akan melihat perselisihan yang banyak, maka hendaknya kalian berpegang teguh kepada sunnahku dan sunnah Khalifah-khalifah yang lurus bijaksana (dilandasan yang betul) orang-orang yang mendapat hidayah (Al-Mahdiyin), gigitlah padanya dengan geraham.” (Al-Tirmidzi; Shahih)

Sebab itulah, Al-Mahdi akan keluar setelah bumi ini dipenuhi dengan kezaliman dan kerosakan:

.
Rasulullah (S) bersabda:

لَتُمْلأَنَّ الأَرْضُ جَوْراً وَظُلْماً ، فَإِذَا مُلِئَتْ جَوْراً وَظُلْماً يَبْعَثُ الله رَجُلاً مِنِّي اسْمُهُ اسْمِي ، وَاسْمُ أَبِيهِ اسْمُ أَبِي فَيَمْلَؤُهَا عَدْلاً وَقِسْطاً كما مُلِئَتْ جَوْراً وَظُلْماً
                                             
“Sungguh bumi ini akan dipenuhi dengan wewenang (kerosakan) dan kezaliman. Dan apabila dipenuhi wewenang (kerosakan) dan kezaliman, maka Allah akan mengutus seorang laki-laki dariku, namanya seperti namaku, dan nama bapaknya seperti nama bapakku. Maka ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana telah dipenuhi sebelum itu oleh kezaliman dan kesemena-menaan.” (Shahih Al-Jami: hadits No 5073; Shahih).
     
Agama Islam adalah agama Tauhid, para khalifah Allah, Nabi-nabi, Rasul-rasul sahaja yang mempunyai hak memegang agama Tauhid. Mereka adalah orang-orang yang dilantik oleh Allah melalui lisan Khalifah sebelumnya. Perhatikan firman Allah di atas:

Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh

Nuh adalah pemegang wasiat (Washiy) nabi sebelumnya yang membawa Syari’at Allah tentang Agama Allah

﴿وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا نُوحًا وَإِبْرَاهِيمَ وَجَعَلْنَا فِي ذُرِّيَّتِهِمَا النُّبُوَّةَ وَالْكِتَابَ  فَمِنْهُم مُّهْتَدٍ  وَكَثِيرٌ مِّنْهُمْ فَاسِقُونَ﴾ 

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh dan Ibrahim dan Kami jadikan kepada keturunan keduanya kenabian dan Al Kitab, maka di antara mereka ada yang menerima petunjuk dan banyak di antara mereka fasik. [Al-Hadid 57:26] 
           
﴿وَإِنَّ مِن شِيعَتِهِ لَإِبْرَاهِيمَ﴾

Dan sesungguhnya Ibrahim benar-benar termasuk pengikutnya (syi’atuhu - (Nuh)). [Al-Shaafaat 37:83] 


﴿إِنَّ اللَّـهَ اصْطَفَىٰ آدَمَ وَنُوحًا وَآلَ إِبْرَاهِيمَ وَآلَ عِمْرَانَ عَلَى الْعَالَمِينَ﴾

Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga 'Imran melebihi seluruh alam, [Aali Imran 3:33] 

Adam
Nuh
Ibrahim
Isma’eil
Ishaq
…..
Ya’qub (Israel)
…..
Imran
…..
Musa
…..
Isa
Bani Hashim

Abdul Muthalib

Muhammad

12 Khalifah Al-Rasyidin

12 Al-Mahdiyin


Nabi Musa (as) bergandingan dengan Harun (as) dalam menentang Firaun di Mesir dan menyelamatkan Bani Israel (Bani Ya’kub). Setelah menyeberangi Laut Merah. Musa (as) bergandingan Yusyaq bin Nun (as) untuk memasuki Palestin. Bani Israel disesatkan di padang pasir selama 40 tahun barulah dapat memasuki Palestin di bawah pimpinan Yusyaq bin Nun (as).  Sebab itu Rasulullah bersabda:

Yahudi berpecah kepada tujuh puluh satu kumpulan. Tujuh puluh kumpulan ke Neraka dan satu kumpulan ke Syurga iaitu kumpulan yang mengikuti Yusya’ bin Nun, washiy Musa. [x]

Nabi Musa (as) dan Bani Israel banyak diberitakan di dalam Al-Quran. Bani Israel dan ulamak Yahudi telah membunuh nabi-nabi seperti Zakariya (as) ketika akan terutusnya (as). Ulamak Yahudilah yang bersekongkol dengan Kaisar Rom dan telah menangkap dan menyalib Isa (as) (yang diserupakan oleh Allah) yang hanya baharu lebih kurang 2 tahun menyampaikan risalah Allah. Tugas menyampaikan risalah Allah SWT disambung oleh washiynya Syam‘un. Sebab itu Rasulullah bersabda:

Nasara telah berpecah kepada tujuh puluh dua kumpulan. Tujuh puluh satu kumpulan ke Neraka dan satu kumpulan ke Syurga iaitu kumpulan yang mengikuti Syam‘un, washiy ‘Isa. [x]

Setelah lebih kurang 300 tahun Agama Allah yang dibawa oleh Isa (as) hampir lenyap dari muka bumi [x]. Seteleh itu Nasara (Orang Keristian) mengikut fahaman olahan paderi-paderi dan pendita-pendita mereka:

﴿اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِّن دُونِ اللَّـهِ وَالْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا إِلَـٰهًا وَاحِدًا  لَّا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ  سُبْحَانَهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ﴾

Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah dan Al Masih putera Maryam, padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan yang Esa, tidak ada Tuhan selain Dia. Maha suci Allah dari apa yang mereka persekutukan. [Al-Taubah 9:31] 

Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan bukan seperti penyembah patung berhala, tetapi mereka (paderi-paderi dan pendita-pendita) mengolah Agama Allah mengikut dengan fahaman mereka sendiri. Mereka mengguna istilah-istilah keramat untuk membenarkan fahaman mereka dalam mencampuri Hakimiyah Allah dan mula melaksanakan Hakimiyah Al-Nas (Ketuanan – Hukum hakam manusia). Mereka tulis dengan tangan mereka kemudian seolah-olah mereka mengatakan: Ini dari Allah dan ia satu contoh (جَوْراً وَظُلْماً) wewenang (kerosakan) dan kezaliman yang dilakukan terhadap Agama Allah.


Bagaimana Dengan Kita??!!



Ingatlah firman Allah:


﴿  يَوْمَ تُقَلَّبُ وُجُوهُهُمْ فِي النَّارِ يَقُولُونَ يَا لَيْتَنَا أَطَعْنَا اللَّـهَ وَأَطَعْنَا الرَّسُولَا*  وَقَالُوا رَبَّنَا إِنَّا أَطَعْنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَاءنَا فَأَضَلُّونَا السَّبِيلا﴾

Pada hari ketika muka mereka dibolak-balikan dalam neraka, mereka berkata: "Alangkah baiknya, andaikata kami taat kepada Allah dan taat (pula) kepada Rasul".*  (Dan mereka berkata: "Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (Engkau).). [Al-Ahzab 33:65-66] 

Janganlah kita diperdayakan oleh mereka yang faqih, begitu juga dengan sekutu-sekutu mereka. Kerana mungkin mereka terjangkit dengan kesesatan. Bacalah, renunglah, amatilah, belajarlah dan kajilah untuk mengenali kebenaran dengan diri kita sendiri. Jangan percaya kepada sesiapa kerana kita yang mesti membuat keputusan untuk akhirat kita, Kerana penyesalan esok nanti tidak berguna lagi bagi kita.

﴿لَوْلَا يَنْهَاهُمُ الرَّبَّانِيُّونَ وَالْأَحْبَارُ عَن قَوْلِهِمُ الْإِثْمَ وَأَكْلِهِمُ السُّحْتَ  لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَصْنَعُونَ﴾

Mengapa orang-orang alim (Al-Rabbaniyun – ahli agama Tuhan) mereka, pendeta-pendeta mereka tidak melarang mereka mengucapkan perkataan bohong dan memakan yang haram? Sesungguhnya amat buruk apa yang telah mereka kerjakan itu. [Al-Maidah 5:63] 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ كَثِيرًا مِّنَ الْأَحْبَارِ وَالرُّهْبَانِ لَيَأْكُلُونَ أَمْوَالَ النَّاسِ بِالْبَاطِلِ وَيَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ اللَّـهِ وَالَّذِينَ يَكْنِزُونَ الذَّهَبَ وَالْفِضَّةَ وَلَا يُنفِقُونَهَا فِي سَبِيلِ اللَّـهِ فَبَشِّرْهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍ ﴿٣٤

Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya sebahagian besar dari orang-orang alim dan rahib-rahib benar-benar memakan harta orang dengan jalan batil dan mereka menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah. Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka, (bahwa mereka akan mendapat) siksa yang pedih, [Al-Taubah 9:34] 

Hadits Rasulullah mengingatkan


وَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ فَسَيَرَى اخْتِلاَفًا كَثِيرًا فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِى وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيِّينَ عَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ

“Sesungguhnya siapa saja yang hidup di antara kalian sepeninggalanku akan melihat perselisihan yang banyak, maka hendaknya kalian berpegang teguh kepada sunnahku dan sunnah Khalifah-khalifah Al-Rasyidin lagi Al-Mahdiyin (yang lurus bijaksana dilandasan yang betul yang mendapat hidayah), gigitlah padanya dengan geraham.” (Al-Tirmidzi; Shahih)
                                                                                 
Sebab itulah, Al-Mahdi akan keluar setelah bumi ini dipenuhi dengan kezaliman dan kerosakan:
     
.
Rasulullah (S) bersabda:

لَتُمْلأَنَّ الأَرْضُ جَوْراً وَظُلْماً ، فَإِذَا مُلِئَتْ جَوْراً وَظُلْماً يَبْعَثُ الله رَجُلاً مِنِّي اسْمُهُ اسْمِي ، وَاسْمُ أَبِيهِ اسْمُ أَبِي فَيَمْلَؤُهَا عَدْلاً وَقِسْطاً كما مُلِئَتْ جَوْراً وَظُلْماً
                                             
“Sungguh bumi ini akan dipenuhi dengan wewenang (kerosakan) dan kezaliman. Dan apabila dipenuhi wewenang (kerosakan) dan kezaliman, maka Allah akan mengutus seorang laki-laki dariku, namanya seperti namaku, dan nama bapaknya seperti nama bapakku. Maka ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana telah dipenuhi sebelum itu oleh kezaliman dan kesemena-menaan.” (Shahih Al-Jami: hadits No 5073; Shahih).


Untuk menentukan adakah kita menganut Islam atau faqih dalam Islam salah satu agama dari Agama Allah yang kita anuti bertepatan dengan Hujjah Allah (Ilmu Allah) yang diamanahkan kepada rasul-rasul pembawa risalahNya, marilah kita melihat sirah perjalanan hidup Rasulullah dan umat Islam.


1.   Bagaimanakah dakwah Rasulullah peringkat awal di Mekah?
2.   Mengapa perlu Hijrah ke Habasyah dan dakwah di musim haji sehingga membawa bai’ah ansar dari Madinah dan hijrah ke 2?.
3.   Peperangan yang dihadiri oleh Rasulullah. Siapakah panglima perang baginda? Perang akhir yang disertai Rasulullah. Siapa Pengganti Rasulullah di Madinah?
4.   Mengapa ketika gering Rasulullah masih menghantar ketumbukan tentera (untuk Perang Mu’tah). Mengapa Panglima Perang terlalu muda (Usamah bin Zaid)? Mengapa semua sahabat di senaraikan kecuali Ali bin Abi Talib? Mengapa mereka masih berkhemah di Al-Jarf (15 km dari Madinah), walaupun Rasulullah sendiri yang mengikat panji perang dengan tangan baginda yang mulia
5.   Apakah semua mereka (para sahabat Rasulullah) taat dengan Rasulullah (S) terutama di saat akhir kehidupan Rasulullah?
6.   Mengapa ada sahabat yang tidak membenarkan Rasulullah menuliskan wasiat? – Tragedi Hari Khamis yang menyayat hati!!
7.   Sebelum jasad Rasulullah yang mulia dikebumikan ansar dan muhajirin berebut melantik khalifah (Rasulullah) pilihan mereka sendiri. Apakah Rasulullah tidak pernah menyebut tentang masalah Khalifah Baginda?
8.   Mengapa setelah begitu banyak dalil-dalil tentang Khalifah Allah (Khalifah Rasulullah) umat Islam salaf dan khalaf menidakkan perlantikan peribadi Rasulullah terhadap Khalifah Allah itu.
9.   Mengapa umat Islam berperang sesama sendiri? Mengapa terjadi perang Jamal dan Sifffin. Apakah Allah tidak pernah menegurnya dalam Al-Quran?
10.               Apa yang terjadi dengan keluarga Rasulullah (Ahli Al-Bait) sehingga sebahagian besar umat Islam tidak mengenali mereka. Tetapi umat Islam begitu terbiasa dengan Kerajaan Bani Umaiyah dan Abbasiyah, begitu mengenal nama-nama faqih umum daripada Ahli Bait Rasulullah?

Khalifah Awal Rasulullah (S) Adakah Khalifah Allah


Semua khalifah awal umat Islam (Khalifah pertama, kedua dan ketiga) setelah kematian Rasulullah (S) bukanlah Khalifah Allah kerana dia tidak dilantik atau diwasiatkan oleh Rasulullah (S). Segelintir sahabat Rasulullah (S) yang inginkan jawatan tersebut membuatkan umat Islam berantakan. Mari kita lihat apa yang berlaku sebelum semasa dan selepas Kematian Rasulullah, berdasarkan ayat lantikan Khalifah Allah, Al-Baqarah 2:30-34):

﴿وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ * قَالُوا سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَا إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا  إِنَّكَ أَنتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ * قَالَ يَا آدَمُ أَنبِئْهُم بِأَسْمَائِهِمْ فَلَمَّا أَنبَأَهُم بِأَسْمَائِهِمْ قَالَ أَلَمْ أَقُل لَّكُمْ إِنِّي أَعْلَمُ غَيْبَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَأَعْلَمُ مَا تُبْدُونَ وَمَا كُنتُمْ تَكْتُمُونَ*  وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ أَبَىٰ وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ﴾


Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".* Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama-namanya itu jika kamu mamang benar orang-orang yang benar!" * Mereka menjawab: "Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana". * Allah berfirman: "Hai Adam, beritahukanlah kepada mereka nama-nama ini". Maka setelah diberitahukannya kepada mereka nama-nama benda itu, Allah berfirman: "Bukankah sudah Ku-katakan kepadamu, bahawa sesungguhnya Aku mengetahui rahasia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan?" * Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir.

Para Malaikat telah membuat bantahan terhadap perlantikan Allah terhadap Adam sebagai khalifah Allah di muka bumi dengan alasan dan pengetahuan yang mereka sangka sebagai kelemahan Adam. Allah telah menempelak para Malaikat dengan Hujjah (Ilmu) Allah kepada Adam. Para Malaikat bertaubat. Allah menguji semua makhluk supaya sujud kepada Adam sebagai khalifah Allah, maka malaikat yang bertaubat itu sujud. Ada sejenis makhluk lagi yang membantah untuk sujud dengan alasan kelemahan kejadian Adam dengan berkias Adam dari tanah dia (Iblis) dari api dan api lebih mulia dari tanah. Iblis terus ingkar (enggan sujud) malah berjanji untuk menyesatkan semua makhluk lain.

Perhatikan betul-betul bahawa setiap lantikan Allah terhadap sesiapa sahaja sebagai khalifah Allah di bumiNya pasti dibantah oleh makhluk walaupun mungkin hanya di hati kecilnya (dhamir). Allah mengingatkan kita: Aku sendiri (Jalla Jalaalah) yang melantiknya atau Aku melantiknya melalui lisan RasulKu. Oleh itu makhluk akan sedar dan bertaubat lalu sujud (membai’ah) khalifah Allah itu.

Atau setelah membantah kita terus berdegil dan beralasan untuk tidak bertaubat dan sujud (berbai’ah) kepada khalifah Allah itu. Malah mempengaruhi orang lain untuk tidak bertaubat dan sujud (berbai’ah) kepada khalifah Allah itu sehingga amalan itu membuat ramai generasi kemudian turut sama menerima padah kesesatan seperti tekad Iblis (la).

Apakah alasan para sahabat Rasulullah (S) melantik sendiri khalifah Rasulullah (S) itu dengan melupakan perlantikan Rasulullah (S) semasa hayatnya?

Saya hanya akan membawa satu dalil dari begitu banyak dalil-dalil lantikan Rasulullah (S) semasa hayat baginda:

Sebab turunnya Ayat-ayat pembukaan Surah Al-Ma’aarij (70) ayat 1-3, sehinggakan diturunkan azab di dunia ini atas permintaan salah seorang daripada mereka yang menafikan lantikan Imam 'Ali (as) sebagai Khalifah Rasulullah (Al=Wilayah) dihukum dan mati serta merta seperti yang dinyatakan dalam ayat pertama.


Diriwayatkan oleh Al-Nasaei dan Ibnu Abi Hatim, yang bersumber dari Ibnu ‘Abbas bahawa Firman Allah,
         
سَأَلَ سَائِلٌ بِعَذَابٍ وَاقِعٍ ﴿١﴾ لِّلْكَافِرِينَ لَيْسَ لَهُ دَافِعٌ ﴿٢﴾ مِّنَ اللَّـهِ ذِي الْمَعَارِجِ ﴿٣

Seseorang (peminta) telah meminta supaya azab dijatuhkan, * bagi orang-orang yang kafir (ingkar), yang tidak seorangpun dapat menolaknya, * (yang datang) dari Allah, Yang mempunyai tempat-tempat pendakian. [Al-Ma’aarij 70:1-3] 

Ia diturunkan kepada Al-Nadlr bin Al-Harits yang berkata dengan sinis: “Ya Allah, sekiranya (ucapan Muhammad untuk mengutamakan ‘Ali lebih daripada kami) itu benar-benar dari-Mu, turunkanlah kepada kami hujan batu dari langit.”


Allahyarham 'Allamah Amini (rahimahu Allah), dalam tulisan yang tidak ternilai bertajuk Al-Ghadir, telah menyenaraikan tiga puluh pentafsir Al-Quran yang terkenal dan hadits terkemuka pada abad ke 3 H / ke 9 Masehi dan ke 4 H/ ke 10 Masehi yang mengemukakan bahawa sebab turunnya Ayat 1 adalah mengenai seorang lelaki yang menemui Nabi Muhammad (S) dan berkata:

"Engkau perintahkan kami untuk menunaikan tanggungjawab kami mengerjakan haji ke Mekah, berpuasa, dan membayar zakat kemudian pada hari Ghadir kami memberi persetujuan, tetapi engkau tidak berpuas hati lagi kerana engkau melantik sepupu-mu untuk memerintah ke atas kami."

Kemudian, dia menambah:

"Ya Allah, jika pelantikan itu adalah benar, turunkan batu dari langit [sehingga kami dimusnahkan dan tidak menyaksikan hari itu].

Batu telah dijatuhkan, dan membunuhnya.

Kemudian turun ayat 1 dan diikuti dengan ayat 2 dan 3

Lihatlah kesannya hari ini, umat Islam hingga ke hari ini tidak mengetahui makna Khalifah Allah dan Khalifah Rasulullah. Dan lebih dahsyat lagi umat Islam berpecah-pecah.

Mereka mempertahankan sahabat Rasulullah (S) yang merampas hak Ahl Al-Bait Rasulullah (S). Mereka mempertahankan keadilan (udul) sahabat Rasulullah (S) berbanding kemaksuman Ahl Al-Kisaa’ atau Ahl Al-Bait Rasulullah (S) yang disucikan Allah (Al-Ahzab 33:33) dan yang paling dahsyat umat Islam terbiasa dengan mentakwil ayat Allah dan Sunnah Rasulullah (S) sehingga banyak betul sunnah Rasulullah (S) diganti dengan sunnah sahabah yang berlainan kalaupun tidak bertentangan.

Contohnya, jumhur ulamak mengatakan penentangan Muawiyah bin Abi Sufian terhadap Ali bin Abi Talib adalah salah, tetapi Muawiyah tetap mendapat pahala, kerana ijtihad sahabat (benar dapat 2 pahala jika salah dapat 1 pahala) sahabat selalu benar (udul) dan kemudian menutup pintu ijtihad. Begitu mudah mempermainkan Agama Allah. Gabenor Syam Lantikan lantikan khalifah Utsman memerangi Ali. Pada hal Firman Allah:

﴿وَإِن طَائِفَتَانِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ اقْتَتَلُوا فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا  فَإِن بَغَتْ إِحْدَاهُمَا عَلَى الْأُخْرَىٰ فَقَاتِلُوا الَّتِي تَبْغِي حَتَّىٰ تَفِيءَ إِلَىٰ أَمْرِ اللَّـهِ ۚفَإِن فَاءَتْ فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا بِالْعَدْلِ وَأَقْسِطُوا ۖ إِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ﴾

Dan kalau ada dua golongan dari mereka yang beriman itu berperang hendaklah kamu damaikan antara keduanya! Tapi kalau yang satu melanggar perjanjian terhadap yang lain, hendaklah yang melanggar perjanjian itu kamu perangi sampai surut kembali pada perintah Allah. Kalau dia telah surut, damaikanlah antara keduanya menurut keadilan, dan hendaklah kamu berlaku adil; sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil [Al-Hujuraat 49:9] 


Apabila Rasulullah (S) mengatakan Ada 12 Imam-imam (Khalifah-khalifah) selepasku tetapi majority Umat Islam memeliki lebih dari 12 Imam-imam (Khalifah-khalifah) malah terlalu banyak bilangannya:

Tetapi yang menjadi pengikut (syi’ah) Ali terlalu sedikit dan sentiasa dimomokkan sebagai golongan sesat dan dengan berbagai gelaran lain. Apa terjadi dengan umat Islam dan apa terjadi dengan Agama Islam. Mereka tidak mengikut Khalifah Lantikan Rasulullah, mereka tidak mengikut Khalifah-khalifah pilihan Allah dari keluarga terpilih pilihan Allah. Akhirnya mereka meraba-raba dalam menentukan hukum-hakam, Syariat dan Akidah Islam malah dalam ibadah wudhuk mereka berbeda walaupun telah disebut dalam Al-Quran. Syariat Islam berpecah sekurang-kurangnya kepada 4 rujukan fuqaha’ yang bukan khalifah, kerana khalifah mereka memimpin Negara, dan masalah akidahnya ada rujukan pasti setelah 3 atau 4 abad kematian Rasulullah (S) oleh 2 orang faqih lain.

Adakah Agama Islam aliran (mazhab) ini yang akan kita beramal dengannya yang kita jadikan ikutan. Apakah bezanya dengan orang-orang Kristian yang akur dan mengikut Rahbar (ahli agama) dan Ruhban (pendita agama) dalam menyelewengkan Agama Allah dan kemudian akan kita persembahkan ke hadapan Allah di akhirat nanti?

Ada terlalu banyak ayat-ayat Allah SWT yang mengingatkan kita tentang perpecahan dan perselisihan untuk kita jadikan iktibar:

﴿وَلَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ تَفَرَّقُوا وَاخْتَلَفُوا مِن بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْبَيِّنَاتُ  وَأُولَـٰئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ﴾

Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang mendapat siksa yang berat, [Aali Imran 3:105] 

Begitu juga ada terlalu banyak peringatan seperti ini dari Allah SWT tentang syari’at dan amanah (Washiy):.

﴿شَرَعَ لَكُم مِّنَ الدِّينِ مَا وَصَّىٰ بِهِ نُوحًا وَالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ وَمَا وَصَّيْنَا بِهِ إِبْرَاهِيمَ وَمُوسَىٰ وَعِيسَىٰ ۖ أَنْ أَقِيمُوا الدِّينَ وَلَا تَتَفَرَّقُوا فِيهِ ۚكَبُرَ عَلَى الْمُشْرِكِينَ مَا تَدْعُوهُمْ إِلَيْهِ ۚ اللَّـهُ يَجْتَبِي إِلَيْهِ مَن يَشَاءُ وَيَهْدِي إِلَيْهِ مَن يُنِيبُ﴾

Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa iaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik agama yang kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada agama itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada-Nya orang yang kembali (kepada-Nya). [Al-Syuraa 42:13] 

Sebab itulah Ali bin Abi Talib (as) pernah berkata:


Yahudi berpecah kepada tujuh puluh satu kumpulan. Tujuh puluh kumpulan ke Neraka dan satu kumpulan ke Syurga iaitu kumpulan yang mengikuti Yusya’ bin Nun, washiy Musa.

Nasara telah berpecah kepada tujuh puluh dua kumpulan. Tujuh puluh satu kumpulan ke Neraka dan satu kumpulan ke Syurga iaitu kumpulan yang mengikuti Syam‘un, washiy ‘Isa.

Dan umat ini berpecah kepada tujuh puluh tiga kumpulan. Tujuh puluh dua kumpulan ke Neraka dan satu kumpulan ke Syurga iaitu kumpulan yang mengikuti washiy Muhammad (S).

Dan beliau menepuk dadanya lalu berkata: Tiga belas daripada tujuh puluh tiga mencintaiku dan satu kumpulan daripadanya ke Syurga. Dan dua belas daripadanya ke Neraka.


Setelah Imam ke 12 dari Khalifah Rasulullah atau Imam ke 12 dari Wilayah Ali iaitu Imam Muhammad bin Al-Hassan (Al-Mahdi) diangkat dan dighaibkan Allah ketika berusia 5 tahun atas kematian bapanya Imam Al-Hassan Al-‘Askari yang hidup di kawasan (ketenteraan) Bani Abbasiyah lebih kurang pada tahun 255 H, umat Islam yang beriman dengan wilayahnya hanya berjumpa dengan wakilnya (safir) untuk bertanya sebarang kemuskilan. Tempoh ini berjalan selama 70 tahun yang dipanggil Ghaib Sughra (kecil) sehingga berlalu 4 safir (wakil). Kemudian berlakulah keghaiban penuh (Ghaib Kubra) sehingga ke hari ini.

Ada 3 nabi lagi yang pernah diangkat dan dighaibkan Allah iaitu Nabi Khidir (nabi umat dahulu), Nabi Elia (Iliya – umat Yahudi) dan Nabi Isa (untuk umat Kristian) yang akan dibangkitkan oleh Allah di Akhir Zaman (Untuk keterangan lanjut sila rujuk Dalil-Dalil Utusan Kepada Al-Mahdi, Isa, Elia Dan Khidir (as) Menurut Taurat, Injil dan Quran – satu soalan daripada wanita Kristian.)

Sejak Imam Muhammad bin Al-Hassan (Al-Mahdi) diangkat dan dighaibkan Allah, umat Islam yang beriman dengan wilayahnya berpandukan Al-Quran, Hadits Rasulullah (as) dan riwayat-riwayat Imam 12 (as) dan Umat Islam Ahl Al-Sunah Wa Al-Jama’ah berpandukan rujukan mereka tersendiri.

Setelah begitu lama umat Islam Syiah mengalami keghaiban Imam mereka juga mengalami perpecahan dan perselisihan, seperti kata Imam Ali (as):

Tiga belas daripada tujuh puluh tiga mencintaiku dan satu kumpulan daripadanya ke Syurga. Dan dua belas daripadanya ke Neraka.


Dan di akhir zaman umat Islam Syiah dan sebahagian umat Islam Sunnah menunggu kebangkitan Imam Muhammad bin Al-Hassan (Al-Mahdi) sementara sebahagian umat Islam Sunnah lagi menunggu kebangkitan Imam Al-Mahdi berdasarkan kefahaman mereka, umat Yahudi menunggu kebangkitan Nabi Elia (Iliya) dan umat Kristian menunggu kebangkitan Nabi Isa.

Misteri ini akan terjawab jika kita ada Wasiat Rasulullah Sebelum Kematian Baginda (S).



                  

Tiada ulasan: