Khamis, 21 Mei 2015

Aqidah dan Syariah

Aqidah dan Syariah

Selain dari Agama Islam, kita tidak boleh menjadikan ia anutan agama, kita mesti hidup dan mati dalam Islam.

﴿وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ﴾

Barangsiapa mencari selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi. [Aali Imraan 3:85] 

Agama Islam telah lengkap, kita tidak perlu fatwa sesiapa atau menjadi faqih ke tahap mengeluarkan fatwa, kita perlukan Hujjah Allah, Khalifah Allah atau Khalifah Rasulullah untuk membimbing kita menuju Allah:

﴿...الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا فَمَنِ اضْطُرَّ فِي مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لِّإِثْمٍ فَإِنَّ اللَّـهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ﴾

... Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barang siapa terpaksa karena kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [Al-Maidah 5:3] 

Islam telah sempurna turun kepada Rasulullah melalui Kitab Allah (Al-Quran). Rasulullah berpandukan Kitab Allah. Setelah baginda wafat baginda baginda menyerahkan (wasiatkan) kepada ‘Itrah baginda atau Ahli Bait Baginda yang disucikan:

﴿إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّـهُ لِيُذْهِبَ عَنكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا﴾

Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai Ahlul Bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya. [Al-Ahzab 33:33] 

Satu contoh ayat Allah mengenai Aqidah dan Syariah

﴿الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ﴾

(Iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka. [Al-Baqarah 2:3] 

Akidah adalah beriman kepada yang ghaib, manusia biasa yang dipilih di kalangan manusia pula boleh menyebabkan perselisihan dan kekeliruan mengenai perkara ghaib. Syariat adalah hukum hakam kehidupan manusia, Al-Amr Bil-Ma3ruf Wa Yanhauna 3ani Al-Munkar, (suruh dan tegah) dan halal dan haram yang semuanya bersumber dari Al-Quran. Manusia biasa di kalangan manusia pula boleh menyebabkan perselisihan kerana menghurai sesuatu yang bukan menjadi haknya.

Apabila Rasulullah wafat urusan Agama harus kembali kepada Tsaqalain (Dua Perkara Berat):


Riwayat hadits dari Ahmad bin Hanbal di dalam Musnadnya, jilid 3, halaman 14, 17, 26 dan 59, terbitan Dar Shadir Beirut - Lebanon.

Telah berkata kepada kami Abdullah, 'Telah berkata kepada kami Abi Tsana Abu an-Nadzar Tsana Muhammad, yaitu Ibnu Abi Thalhah, dari al-A'masy, dari 'Athiyyah al-'Ufi, dari Abi Sa'id al-Khudri, dari Rasulullah (S) yang berkata, "Aku merasa segera akan dipanggil (oleh Allah) dan aku akan memenuhi panggilan itu. Aku tinggalkan padamu dua perkara yang amat berharga, yaitu Kitab Allah Azza Wajalla dan 'itrahku (kerabatku). Kitab Allah, tali penghubung antara langit dan bumi; dan 'itrahku, Ahlul Baitku. Dan sesungguhnya Allah Yang Maha Mengetahui telah berkata kepadaku bahwa keduanya tidak akan berpisah sehingga berjumpa kembali denganku di telaga. Oleh karena itu, perhatikanlah bagaimana kamu memperlakukan keduanya itu."

Perhatikanlah golongan mana yang kita ikut di akhir zaman ini sehingga kita berpegang kepada tali penghubung itu dan dibawa kehadapan Allah.


Setelah kita mengetahui kebenaran atas hidayah Allah. Kita tidak perlu lagi berdegil dan tetap mengamalkan yang batil dan meninggalkan yang haq dari Allah dan rasulNya. Cuci dan bersihkanlah gelas kita dari segala jenis kotoran, dan tuangkanlah air bersih suci baharulah diminum. Dan segala puji bagai Allah semata-mata.

Tiada ulasan: