Belas IhsanNya Dengan Manusia Dan Seruan Kami Agar Bergaul Dengan
Mereka Menurut Zahir Luaran Mereka.
Seorang yang mencari kebenaran telah meminta pertolongan daripada
sebahagian ansar dan kami berasa ragu-ragu dalam membantunya, hanya kerana
takutkan sekiranya dia ada tujuan tertentu sepertimana menjadi kebiasaan yang
dilakukan oleh ahli kebatilan terhadap kebenaran dan ahlinya. Maka saya telah memberitahu
hal yang demikian itu kepada Abdus Soleh (as).
Lantas dia (as) berkata:
Lantas dia (as) berkata:
Secara keselurahannya kalian tidak
berbuat melainkan kebaikan, kejujurannya dan ketidakjujurannya tidaklah
memudaratkan kalian. Bahkan dia hanya memudaratkan dirinya sendiri, sekiranya
dia tidak jujur. Lebih-lebih pun kalian hanya kerugian punca harta kewangan,
adapun dia akan rugi kemuliaannya sekiranya dia tidak berlaku jujur.
Hendaklah kalian sentiasa bergaul dengan manusia menurut zahir luaran mereka. Allah tidak pernah memerintahkan walaupun pada Anbiyak, supaya mereka bergaul dengan manusia menurut batin dalaman mereka. Barangsiapa yang meminta pertolongan dan mengatakan bahawa dia di dalam kesusahan dan bahaya sepertimana yang dikatakannya, maka kita bantulah dia samada dia jujur atau tidak.

Kemudian (as) berbalik semula kepada soalan yang ditanyakan
kepadanya dan berkata:
Amirul Mukminin (as) telah berkata:
Jikalau si peminta adalah benar, maka binasalah orang yang diminta. Dengan itu
bergaullah dengan manusia menurut zahir luaran mereka dan Allah jualah yang
menghisab manusia di hari kiamat. Demi Allah, aku amat senang dikatakan ke
atasku seribu dan seribu kali bahawa aku tidak tahu dan jahil serta seseorang
memperdayakanku dengan dua kalimah tersebut, berbanding aku berjumpa Allah pada
hari Kiamat dengan menzalimi salah seorang dari hamba-hambaNya.
✡✡✡✡✡
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan