Khamis, 7 Mei 2015

Mereka Membunuh, Memenjara Dan Merampas Namun Tidak Pernah Mampu Menutup Dakwah Kebenaran.

Mereka Membunuh, Memenjara Dan Merampas Namun Tidak Pernah Mampu Menutup Dakwah Kebenaran.




Abdus Soleh (a.s) berkata berkenaan penindasan musuh-musuhnya dan penganiyaan mereka terhadapnya dan ansar-ansarnya:

Barangkali kami banyak dan terlalu banyak bersabar, tetapi natijah adalah sebaliknya, kepada salah seorang dari kami dan barangkali perkara yang paling teruk adalah orang yang memusuhi kami samada di dunia atau akhirat. Mereka telah membunuh orang terdahulu dari mereka yakni bapaku Al-Hussain (as) di padang pasir, adakah ianya selesai begitu sahaja atau Allah menghinakan mereka di dunia dan di akhirat?!

Maka Demi Allah, jika Ahmad Al-Hassan ditinggalkan keseorangan dan dia dibunuh serta disembunyikan tubuhnya di padang pasir, pastinya natijah mereka adalah kehinaan di dunia dan di akhirat. Walaupun selepas mereka tahu bahawa Ahmad Al-Hassan adalah daripada Allah, betapa jahilnya mereka!! Adakah mereka jahil sehingga ke tahap ini?!

Setelah apa yang mereka lakukan pada bulan Muharam "tahun 1429 Hijrah", bahawa mereka membunuh, menekan, membakar tubuh-tubuh, memenjara dan merampas setiap apa yang terjangkau oleh tangan-tangan mereka. Kesemua yang mereka lakukan tidak pernah dapat menutup dakwah kebenaran. Mereka menggunakan segala kelengkapan negara, tentera negara dan media massa negara untuk menutup dakwah kebenaran, serta menamatkan Ahmad Al-Hassan dan puluhan yang lain yang bersamanya. Tetapi natijahnya adalah mereka tidak mampu, bahkan membuka aib mereka sendiri. Bukankah ini tanda untuk mereka jikalau mereka berakal?! .


      

✡✡✡✡✡






Tiada ulasan: