Nasihat Beliau Supaya Menulis Beberapa Penyelidikan
Abdus Soleh (as) berkata:
(Adakah kamu mempunyai masa untuk menulis
buku-buku atau penyelidikan yang perlu untuk menolong Agama Allah, kamu dan
saudara-saudara kamu yang mempunyai kemampuan untuk berbuat demikian.
Pertama: Sebuah buku mengenai Pengingkaran
(Penafian) terhadap Khalifah-khalifah Allah di muka bumi-Nya sejak Adam
sehingga Allah mewariskan bumi pada mereka. Tidak perlulah ini yang menjadi
tajuk, tetapi ia adalah ringkasan atau penyelidikan kandungan (huraian) buku itu,
dan sesiapa yang menulisnya hendaklah ia memilih tajuk yang sesuai. Buku ini
boleh membawa perkara-perkara berikut:
- Hari pertama Adam dijadikan Khalifah
Allah di muka bumi-Nya
- Yang membantah bertaubat, yang ingkar
tidak bertaubat. Maksudnya masing-masing dari para Malaikat dan Iblis.
- perjalanan yang dilalui nabi-nabi Allah
dan Rasul-Nya sehingga hari kita ini.
- Perbandingan antara semua yang
menafikan kebenaran (yang ingkar).
- Kata-kata mereka yang telah dikhabarkan
oleh Allah SWT kepada kita di dalam Al-Quran, dan apa yang menyamakan mereka
dari segi cara (kaedah) dalam menafikan, menentang (memerangi) dan berhujah secara
batil, dan persamaan pada matlamat dan perancangan mereka.
- Juga segala-galanya serta membincangkannya.
- Mengapa mereka [kumpulan] yang
menafikan kebenaran sentiasa lebih besar bilangannya? Adakah permasalahannya pada Khalifah-khalifah
Allah atau pada manusia, dan apakah masalah manusia?
Jika kamu tahu sebab kegagalan dalam
ujian pertama (Alam-Al-Zhar), nescaya kamu akan dapat menjawab soalan ini.
Dengan menunjukkan (menzahirkan)
"Ana - Aku", oleh manusia (makhluk) dengan cara yang jelas di mana
dia akan dihukum.
Maknanya, bahawa manusia ini
sentiasa bersembunyi [dalam dirinya] dalam menghadap Tuhannya dengan "Ana
- Aku", apabila kini Dia menzahirkan (tajallikan) diri pada KhalifahNya,
sehingga orang ini berkata: "Aku lebih baik daripadanya (Aku lebih baik
daripada Khalifah Allah ini) ", dan dia tidak cukup berani untuk
mengatakannya di hadapan Allah Al-Qahhar, tetapi [sebenarnya] dia sentiasa
mengatakannya sepanjang masa bahawa penglihatannya khusus kepada dirinya
sendiri. Mereka adalah orang-orang yang tidak boleh melihat tangan mereka
sendiri, mereka dibutakan oleh "Al-Ana - Keakuan", maka semuanya pada
mereka adalah untuk kepentingan dan kemudahan diri mereka sendiri dan
menjauhkan apa yang terang-terang menentang mereka.
Sekarang Yang menciptakan mereka
menyatakan (tajallikan) pada mereka pada KhalifahNya untuk menzahirkan secara
terbuka (khalayak ramai) apa yang tersembunyi di dalam diri mereka yang
berpenyakit (kejahatan), dari keingkarannya terhadap Allah SWT dan
nikmat-nikmat-Nya.
Atau dalam usaha untuk menjadikan
gambaran yang lebih dekat untuk anda dalam contoh yang lebih nyata (Madiy):
Keadaan mereka adalah seperti
orang yang menumpukan penglihatannya pada dirinya dan dia menghadap Tuhannya
tanpa mengucapkan atau tanpa mengatakan: "Aku lebih baik daripada Yang
telah menciptakan aku", atau "diri aku adalah lebih penting padaku
daripada Yang menciptakan aku," bahkan keadaan dan pandangannya yang
ditujukan pada dirinya sendiri mengatakan bahawa: Sekarang Dia yang telah
menciptakan dirinya mengujinya dengan yang menjadi contohNya – secara zahirnya
- seorang manusia, maka kemudian dia segera mengucapkan apa yang tersembunyi di
dalam dirinya maka dia berkata secara kuat tanpa rasa malu: "Ana - Aku
lebih baik daripadanya")
Juga: Satu lagi penyelidikan mengenai Umar,
mengenai Abu Bakar, dan mengenai Uthman, dari kitab-kitab Al-Sunnah. Apa yang
penting adalah cara di mana riwayat-riwayat dibincangkan, dengan memohon
pertolongan Allah dan bertawakkal kepada Allah dan ikhlas untuk menghadap-Nya Yang
Maha Mulia SWT.
Juga: Kamu mempunyai perkara lain, iaitu kamu
melihat pada riwayat-riwayat dengan cara yang baru dan wajah baru yang berbeza
daripada orang lain daripada kamu. Bagi Ansar-ansar sekarang, Insya Allah (jika
dikehendaki Allah), adalah berbeza daripada orang-orang yang mendahului mereka
dalam mengkritik (mengulas) orang-orang yang batil (salah), dan kerja kamu akan
diberkati Insya Allah (jika dikehendaki Allah)).
Lalu aku berkata: Bagaimana tuan, ajarkanlah
kami.
Jadi dia (a.s) berkata:
(Bekerjalah (beramallah), dan kamu akan dapati
bahawa segala-galanya adalah baru. Adakah kamu bertanya kepada saya tentang
sesuatu tanpa ia dimulakan? Bagaimana kamu tahu, mungkin kamu tidak perlu
bertanya).
Dan sebenarnya apabila saya mula menulis
penyelidikan, saya tidak bertanya kepada beliau (as) mengenai sesuatu seperti yang
dikatakannya kepada saya.
Kemudian dia (as) berkata:
(Juga: Sebuah buku dan kajian mengenai patahnya
tulang rusuk Al-Zahraa':
- Kaji kebenaran riwayat-riwayat
(hadits-hadits) dan dalil-dalil atas kesahihannya.
- Teliti melalui riwayat-riwayat dari Al-Sunnah
dan riwayat-riwayat Syiah.
- riwayat-riwayat memecah masuk rumah.
- riwayat-riwayat ancaman yang dikeluarkan
dari kezaliman-kezaliman.
- Huraian atas kajian (analisa)
riwayat-riwayat.
Sebagai contoh, kamu boleh gunakan (manfaatkan)
daripada riwayat kemarahan Fatimah (as) kepada Abu Bakar dan Umar, ketika mereka
minta dari Amir Al-Mukminin (as) (benarkan) untuk masuk menemui Fatimah untuk meminta
darinya supaya menilai semula perkara mereka berdua dan supaya dia boleh
memaafkan apa yang mereka berdua lakukan, dan mereka berdua masuk berjumpa Fatimah
(as) dan mereka berdua meminta maaf dan dia (Fatimah (as)) tidak memafkan mereka
berdua [145]. Jadi apa lagi permohonan maaf jika bukan kerana
memecah masuk ke dalam rumahnya dan mematah tulang rusuknya?!!
- Juga hakikat bahawa Fatimah (as)
menyembunyikan tempat kuburannya, apakah sebabnya??? Kerana dia marah pada mereka.
- Juga desakan Fatimah (as) supaya mereka
tidak menghadiri pengebumiannya, apakah sebabnya???
- Juga penjelasan keutamaannya (Fatimah
(as)) dari kitab-kitab Sunni, walaupun ia hanya riwayat beliau menjadi pemimpin
wanita seluruh alam, ia sudah mencukupi, dan ia adalah satu riwayat yang disahihkan
walaupun golongan Wahabi. [146])
✡✡✡✡✡
_______________________
[145] Rujuk Bihar Al-Anwar: Jilid 28 halaman
303, dan banyak sumber-sumber lain. Dan mengenai kemarahan Fatimah pada mereka
berdua, kamu boleh merujuk kepada Sahih Al-Bukhari Jilid 4 halaman 41, dan
Al-Imamah wa Al-Siasah Jilid 1 halaman 14, dan lain-lain.
[146] Sebagai contoh, jalannya dianggap sebagai
Sahih oleh Muhammad Nashir Al-Albani dalam Sahih Al-Jami3 Al-Saghir: Jilid 1 halaman
77. Cetakan ulangan.
Melakukan Kajian Perbandingan
Pada satu hari saya telah memberitahu beliau
(as) mengenai rukya dan berkata: Terdapat satu rukya, yang mengatakan: Kini perlu
disampaikan mengenai Penutup Kenabian (Al-Nubuwah Al-Khatimah).
Jadi dia (as) berkata:
(Itu adalah perkara yang perlu kamu
lakukan, semoga Allah memberi kamu kejayaan, dan ia adalah perbandingan
Contohnya:. Soal Penetup Kenabian (Al-Nubuwah Al-Khatimah). Terdapat buku-buku
(kitab) mengenainya. Pilih buku yang terbaik dari mereka. Sebagai contoh...
Muththahari mempunyai buku tentang itu, Al-Thabathaba'i dan lain-lain, apa yang
mereka katakan dalam mentafsirkannya, dan bandingkan dengan apa yang saya katakan.
Lakukanlah kajian perbandingan, ini adalah satu perkara yang penting untuk
diberitahu kepada manusia, semoga Allah memberi kamu kejayaan).
✡✡✡✡✡
Tamat Hentian Keempat!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan