Pendahuluan
بِسْمِ اللَّـهِ
الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
Sesungguhnya Allah SWT dengan kebijaksanaanNya
ingin supaya diriNya dikenal oleh makhlukNya, dan kerana KeagunganNya maka hakikat
makrifat kepadaNya tidak akan tercapai melainkan dengan melenyapkan diri (Al-Fanaa’)
padaNya Yang Maha Suci. Ini bermakna jika ingin mengetahui
dengan menggunakan bahasa keadaan manusia (lisanul hal), tetapi ia
mungkin suatu cara yang melalaikan manusia, kerana ada banyak perkara yang melalaikan
manusia, disebabkan kewujudannya didahului oleh kebiasaan yang dipenuhi dengan (keperluan)
kehidupan manusia, Kerana sejak mula pandangan pancaindera dan pemikirannya
adalah secara zahir, dan kezahirannya tidak berubah, serta kezahiran yang tidak
berubah-ubah ini secara zahirnya tidak disedari oleh manusia
.
Sebagai contoh, manusia tidak sedar bahawa jantung
hatinya berdegup, jika jantungnya berdegup teratur maka ia tidak didapati berubah
sejak manusia itu dilahirkan, tetapi apabila jantungnya terganggu maka kewujudannya
ini disedari. Alam semesta dan penciptaan ini pada umumnya Allah ciptakan dengan
sangat teratur dan tepat bagi meluruskannya perjalanannya. Manusia umumnya tidak
sedar kewujudannya ini. Apabila tidak menyedarinya, bagaimana dengan Yang menciptakannya?
Oleh itu, adalah perlu diutus yang akan melindunginya, untuk mengingatkan manusia
perkara yang mereka lalaikan.
Itulah bukti yang sangat besar dan ia adalah kebijaksanaan
yang paling agung: perkara yang sangat jelas ditunjukkan tetapi manusia melalaikannya
(tidak memerhatikannya). Maka ia mengingatkan manusia sehingga manusia merasa
hairan dan tertanya-tanya: Bagaimana kita boleh lalai mengenai perkara ini? Tetapi
manusia tetap sama dan hanya tertakluk pada apa yang mengelilinginya, dan apa
yang diperlukannya. Ia adalah asas untuk memenuhi kesempurnaan, dan mencapai hakikat
kepada apa yang baik baginya.
Ini adalah perkara penting dalam dakwah Al-Syed
Ahmad Al-Hassan (as) kerana banyak fanatik dan pelampau agama yang telah
membuat mereka lupa atas kezuhurannya, termasuklah Wasiat Suci Rasulullah (S)
yang beredar (wujud) di kalangan umat Islam, tetapi tidak mempedulikannya.
Begitu juga dengan masalah orang yang
diserupakan dalam penyaliban Al-Masih (Isa), mereka tidak tahu apakah hakikatnya
dan siapakah dia, kerana pada agama Kristian (Al-Masihi) dia adalah Penutup
Nabi-nabi bagi Bani Israel. dan Islam pula adalah penutup bagi agama Hanif,
serta merupakan penutup bagi semua agama-agama, yang bertemu dalam kezuhuran
Imam Mahdi (as) untuk melengkapkan hujah atas sekelian alam. Jadi ia adalah
kejayaan dengan kewujudan bentuk susunan manusia. Maka manusia melalaikannya
dan tdak sedar akan kewujudannya, melainkan jika berhasil mendapat pergerakan
yang bermasalah menentang pergerakannya, atau perjalanannya menyedarkan
kewujudannya.
Oleh kerana itu, Allah mengirimkan ayat-ayat
untuk mengingatkan dan memberi amaran, dan kadang-kadang ditunjukkan cara-cara
mengingat dari alam yang sama tempat manusia hidup atau tahap kesempurnaannya,
jika benda-benda maka didatangkan kepadanya sebab-sebab kebendaan, dan jika ia
bukan sebab-sebab kebendaan tidak dapat tidak alasan yang cukup untuk
menghalangnya, atau mengembalikannya kepada kebenaran, dengan menunjukkannya
cara yang lain, dan disertakan atau diperkenalkan satu kemungkinan lain, itu
adalah disebabkan supaya diturunkan bencana untuk manusia tahu bahawa dia
adalah lemah, dan menerangkan ketidakupayaannya di hadapan kekuatan Allah
sebagai suatu contoh dengan hujjah yang mengingatkannya.
Syeikh Shadiq Al-Muhammadi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan