Makna Langit Pertama
Dan kerana kita akan tertarik kepada perkara
yang hampir tidak dapat dijelaskan, dan jika ia bukan kerana Hujjah Allah dan kedatangannya
hari ini selepas dunia dipenuhi dengan kezaliman dan ketidakadilan, sememangnya
kita merupakan antara orang-orang yang binasa yang amat pasti dan tidak diragukan
lagi mengenainya.
Ini adalah hakikat yang diterima oleh sesiapa
yang menerimanya, dan ia ditolak oleh sesiapa jua yang sombong terhadapnya. Maka
Allah SWT dengan KemurahanNya menunjukkan kepada kita nasib kita dan keadaan
kita bahawa terdapat di kalangan kita yang bertanyakan soalan yang menunjukkan betapa
besarnya kejahilan para penyoal dan betapa besarnya rahmat Tuhannya dengannya,
dengan menerimanya dalam barisan Auliak-Nya walaupun semua yang berlaku itu. Di
sini, anda lihatlah soalan ini untuk mengetahui kebenarannya.
Saya telah bertanya Abdus Soleh (as) dengan pertanyaan:
Mengapa kita katakan Langit Pertama? Adakah ia benar-benar apa yang kita lihat
di atas kita, atau sesuatu yang lain?
Jadi dia (as) menjawab aku:
(Langit Pertama tidak dapat dilihat oleh
mata, semoga Allah memberi anda kejayaan. Langit Dunia dibahagikan kepada Langit
Pertama dan Langit Jasmani. Di Langit Pertama tempat diri-diri manusia. Dan di Langit
Jasmani terdapat tubuh (badan) jasmani manusia yang dapat dilihat dengan mata.
Ini adalah perkara yang saya telah menjelaskan dalam kitab-kitab sebelum ini [130]
dan saya juga telah menjelaskannya kepada ramai ansar.
Langit Jasmani adalah galaksi-galaksi dan
planet-planet dan matahari-matahari yang anda lihat ini, dan ia juga dikenali
sebagai Bumi, yang bermaksud bahawa Langit Jasmani keseluruhannya kadang-kadang
dipanggil Bumi.)
Lalu aku berkata: Bolehkah kita faham bahawa
semua yang di atas Langit Jasmani dan yang tidak dapat dilihat oleh mata, ia
adalah salah jika kita menanganinya (menganggap) dengan apa yang dikenali di alam
(dunia) ini, walaupun dengan menunjuk?
Jadi dia (a.s) berkata:
(Apa yang kamu maksudkan dengan walaupun
dengan menunjuk, adakah kamu maksudkan menunjuk kepadanya dalam suatu arah,
misalnya? Sebenarnya sudah tentu tidak, ia tiada kaitan sama sekali dengan arah-arah,
tidak ada padanya tempat atau masa, dan tiada kaitan dengan tempat atau masa.
Ya, padanya ada kejadian-kejadian, dan terdapat perbezaan yang besar antara
masa dan kejadian. Dan di dalamnya terdapat ruang, dan ada perbezaan yang besar
antara ruang dan tempat ).
Lalu aku berkata: Adakah kejadian ini, iaitu penciptaan
dengan susunan, dan ruang bermakna mempunyai
penghujung, atau sesuatu yang lain?
Jadi dia (a.s) berkata:
(Masalahnya ia adalah dari alam yang
lain, jadi kamu tidak boleh benar-benar menyatakan dengan tepat dan lengkap
dengan kata-kata yang hakikatnya dari alam (dunia) ini dan menyatakannya
mengenai alam (dunia) ini.
Oleh itu, apabila saya katakan kepada
kamu ruang dan kejadian, pemahaman kamu akan menjurus kepada makna kata-kata
(perbualan) bagi lafaz di alam (dunia) ini, di mana alam itu tidak dapat
diungkapkan dengan kata-kata sepenuhnya tidak kira apa pun hakikatnya, kerana tiada
kata-kata yang tersedia untuk menyatakannya, kerana di sini bukan dari sana,
sebaliknya, yang sangat asing daripadanya).
✡✡✡✡✡
______________________________
[4] Sebagai contoh merujuk kepada Kitab Al-Mutasyabihat
Jilid
4 Soalan 175 mengenai penciptaan langit dan bumi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan