Kitab Ini
Kitab ini mengandungi beberapa soalan yang
dihantar melalui internet dari seorang wanita Kristian kepada Al-Syed Ahmad
Al-Hassan, dan jawapan kepada soalan-soalan ini.
Kami menerbitkan soalan-soalan dan jawapan, dan
kami percaya dengan berbuat demikian, terdapat manfaat yang besar. Banyak
soalan yang dihantar melalui internet dijawab oleh Al-Syed Ahmad Al-Hassan,
Washiy dan Utusan Imam Al-Mahdi (as) ... dan sebahagiannya dijawab oleh ansar
Imam Mahdi (as) dan diterbit dalam kitab di bawah tajuk:
Al-Jawab Al-Munir 3ibra Al-Atsir
(Jawapan Penerangan Melalui Internet)
بِسْمِ اللَّـهِ
الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
﴿شَرَعَ لَكُم مِّنَ الدِّينِ مَا وَصَّىٰ
بِهِ نُوحًا وَالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ وَمَا وَصَّيْنَا بِهِ إِبْرَاهِيمَ
وَمُوسَىٰ وَعِيسَىٰ ۖ أَنْ أَقِيمُوا الدِّينَ وَلَا تَتَفَرَّقُوا
فِيهِ ۚكَبُرَ عَلَى الْمُشْرِكِينَ مَا تَدْعُوهُمْ إِلَيْهِ ۚ اللَّـهُ
يَجْتَبِي إِلَيْهِ مَن يَشَاءُ وَيَهْدِي إِلَيْهِ مَن يُنِيبُ﴾
Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang
agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami
wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan
Isa yaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah
tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik agama yang kamu seru mereka
kepadanya. Allah menarik kepada agama itu orang yang dikehendaki-Nya dan
memberi petunjuk kepada-Nya orang yang kembali (kepada-Nya). [1].
(Allah memilih Rasul-rasul (as) dan memberi
petunjuk kepada Rasul-rasul (as) tersebut dan juga memberi petunjuk kepada
sesiapa yang menghadap-Nya, dengan memerangi [Keakuan ~
Al-Ana], dan membunuh dirinya untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. kadar [Keakuan ~ Al-Ana] yang wujud dalam diri manusia, akan
melambatkan manusia mendapat hidayah (petunjuk) kepada kebenaran dan mengenal utusanNya
(Al-Rasul)).
Dalam doa mengenai Imam Al-Mahdi as,
(
اللهم عرفني نفسك ، فإنّك إن لم تعرفني نفسك لم أعرف رسولك )
("Ya Allah, kenalkanlah aku diri
Engkau, kerana jika Engkau tidak kenalkan aku diri Engkau, aku tidak akan
mengenal Utusan Engkau.") [2]
Maka bagaimana boleh mengenal Allah bagi
sesiapa yang tidak membunuh dirinya?!! Bagaimana boleh mengenal Allah bagi
sesiapa yang ditimpa penyakit iblis (laknahu Allah)?
﴿قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسْجُدَ إِذْ
أَمَرْتُكَ قَالَ أَنَا خَيْرٌ مِّنْهُ خَلَقْتَنِي مِن نَّارٍ وَخَلَقْتَهُ
مِن طِينٍ﴾
(Allah berfirman: "Apakah yang
menghalangimu untuk bersujud di waktu Aku perintahkanmu?" (Iblis) menjawab
"Aku lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan aku dari api sedang dia
Engkau ciptakan dari tanah" [3] [4]
Al-Syed
Ahmad Al-Hassan
Washiy
dan Utusan Imam Al-Mahdi
(Semoga
Allah memberi kuasa kepada beliau di Bumi)
✡✡✡✡✡
Ulasan
Syeikh Shadiq Al-Muhammadi
_______________________________
[1] - Al-Syuraa 42:13.
[2] -
Al-Kafi Jilid 1 halaman 73, riwayat 5.
[3] -
Al-A3raaf 7:12
[4] - Jalan yang menghubungkan kepada kebenaran
tidak akan berlaku melainkan dengan asas yang dikemukakan oleh Al-Syed (as) ini:
Ia adalah memerangi [Keakuan ~ Al-Ana], Ia
adalah salah satu cara yang penting, bahkan tidak ada cara untuk mencapai makrifat
Al-Haq melainkan dimulakan dengan asas ini, dan semua yang ingin mencapai
makrifat Al-Haq mestilah berniat untuk mencapai kebebasan daripada kekangan [Keakuan ~ Al-Ana] dan melihat pada diri, Karena
terjangkitnya penyakit musuh-musuh kamu pada diri kamu yang tidak jauh berada
di antara kamu,
Al-Syed (as): menjelaskan di dalam kitab
Al-Mutasyabihaat contoh asas mengenal kenyataan ini, yang dengan bijak membuat
perbandingan pada manusia dalam jawapannya kepada sebuah hadith Qudsi: (Puasa
adalah untuk-Ku dan Aku akan memberi ganjaran kepadanya), di mana beliau
berkata:
(Apakah maksud Hadis Qudsi {الصوم لي وأنا اجزي به : "Puasa adalah untuk
Ku (Allah) dan Aku adalah ganjaran untuknya"}. Al Kafi, jilid 4, ms 63,
hadis 6.
Jawapan:
"Bacaan" Aku memberi ganjaran untuk itu "(أجزي به: Ajzi bihi) adalah salah kerana Allah SWT memberi ganjaran ke atas semua ibadat hambaNYA. Tidak dikhususkan hanya untuk puasa sepertimana bacaan salah yang diketengahkan.
Bacaan yang betul ialah: {أجزى به : Ujza bihi} bermaksud "Aku adalah ganjaran untuknya", dengan membaris hadapankan huruf hamzah (ء) dan menukar kepada Alif Maqshurah ((ى. Puasa yang dimaksudkan adalah puasa Mariam a.s dan lebih dari itu:
إِنِّى نَذَرۡتُ لِلرَّحۡمَـٰنِ صَوۡمً۬ا فَلَنۡ أُڪَلِّمَ ٱلۡيَوۡمَ أنسيا ۬ا

Sesungguhnya aku bernazar untuk berpuasa kerana
(Allah) Ar-Rahman; maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari
kalangan manusia pada hari ini. (Surah Maryam: 26)
Bermakna seseorang itu menjadi terasing daripada makhluk dan menikmati kebersamaan Allah SWT. Bahkan ini adalah permulaan dan pengakhiran yang hasilnya ialah Allah sebagai ganjaran bagi puasa itu iaitu puasa dari Al-Ana (Keakuan). Apabila seorang hamba itu berjalan di atas jalan yang lurus, mengetahui, meyakini serta menyaksikan bahawa kewujudannya adalah pinjaman dan keberadaannya yang disangkakan adalah disebabkan oleh ketiadaan dan kegelapan yang bercampur dengan cahaya. Ini adalah dosa yang tidak pernah lekang dari seorang hamba. Dia adalah hamba pada masa lalu, sekarang dan di masa hadapannya. Jika hamba ini menahan diri dari Al-Ana (Keakuan) dan dengan ikhlas meminta untuk menyingkirkan lembaran kegelapan dan ketiadaan tersebut, lalu Allah SWT memperkenankan doanya. Maka tiada apa lagi yang kekal melainkan Allah yang Satu lagi Maha Pemaksa (Al Qahar) serta disinari bumi dengan cahaya Tuhannya, didatangkan Al Kitab dan dikatakan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.). Kitab Al-Mutasyabihaat: Jilid 1 Jawab Soalan No. (13).

Makrifah adalah mengikut kadar tersingkirnya
kegelapan, kegelapan Al-Ana (Keakuan) pada halaman kewujudan manusia, untuk
untuk dijadikan (ukuran) pembalasan dari
Allah SWT, dan yang mewakili Allah adalah hujjahNya ke atas penciptaan
(makhluk), maka kata-kata Allah: Aku adalah ganjaran untuknya,
bermakna memberi petunjuk kepada HujjahNya dan KhalifahNya di bumi pada
martabat makrifah pertama padaNya SWT dalam alam penciptaan, jadi pada Maryam
(as) apabila dia terasing dari penciptaan dan diambil tanpa mereka dihijab, dan
beramal untuk melawan Al-Ana [Keakuan], dan
juga membunuh Al-Ana sehingga Allah menjadi penjaga ke atasnya dengan
dianugerahkan padanya – bukan marifah - Hujjah Allah dan Qaim Aali Yakub, tetapi
untuk menjadi bekas yang akan mengandungkan bagi melahirkan (anak) di dunia
ini, iaitu Isa (as), Maka sesiapa yang ingin mencapai makrifah sepatutnya
daripada Al-Hujjah dan Al-Imam, hendaklah mengikuti apa yang telah dilakukan
Maryam (as) itu, bahkan tidak ada pilihan atau jalan lain untuk mencapai
makrifah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan