Apakah Manusia Memahami Dengan Hati (Qalb)...
Banyak disebutkan tentang Qalb (hati), firman Allah Taala:
﴿وَيُشْهِدُ اللّهَ عَلَى مَا فِي قَلْبِهِ﴾
Dan dipersaksikannya kepada Allah isi hatinya. [133]
﴿وَلَكِن لِّيَطْمَئِنَّ قَلْبِي﴾
Akan tetapi supaya tenteram hatiku. [134]
﴿إِذْ جَاء رَبَّهُ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ﴾
Ketika dia mematuhi perintah Tuhannya dengan hati yang suci murni. [135]
Dan banyak lagi ayat-ayat lain. Adapun
riwayat-riwayat yang menyebutkan Hati adalah tersangat banyak, menerangkan
bahawa orang mukmin memahami dengan hatinya. Hati adalah suci bersih, Hati
adalah Arasy Allah dan lain-lain lagi. Jadi, apakah makna Hati (Qalb)?
Saya telah bertanya kepada Abdus Soleh (as), lalu saya berkata: Apakah yang diketahui bahawa seorang insan itu memahami dengan hatinya, saya sangat pasti ia bukanlah Hati yang dikenali oleh manusia. Jadi apakah ia?
Maka (as) menjawab pertanyaanku:
Saya telah bertanya kepada Abdus Soleh (as), lalu saya berkata: Apakah yang diketahui bahawa seorang insan itu memahami dengan hatinya, saya sangat pasti ia bukanlah Hati yang dikenali oleh manusia. Jadi apakah ia?
Maka (as) menjawab pertanyaanku:
Benar, seseorang insan itu memahami
dengan Hatinya. (Qalb) Hati Adalah Roh yang setiap insan mukmin dapat
memahami kalimat Allah menurut keadaan Hatinys. Barangsiapa yang Hatinya wujud
di Langit Kedua sahaja, maka kefahamannya adalah lebih kurang berbanding insan
yang Hatinya wujud di Langit Ketiga, begitulah seterusnya.
✡✡✡✡✡
__________________
[133] – Al-Baqarah
2:204.
[134] – Al-Baqarah
2:260.
[135] – Al-Shaaffat 37:84.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan