Selasa, 26 Mei 2015

Adakah Terdapat Percanggahan Antara Riwayat-riwayat Al-Raj3ah dan Mahdi-Mahdi?

Adakah Terdapat Percanggahan Antara Riwayat-riwayat Al-Raj3ah dan Mahdi-Mahdi?


Al-Raj3ah menurut riwayat-riwayat mutawatir kebanyakannya oleh Ahl Al-Bayt (as):

Al-3allamah Al-Majlisi berkata: (bagaimana mukmin boleh ragu-ragu pada kebenaran Imam-imam yang suci (as) dengan apa yang telah dikemukakan tentang mereka dengan hampir 200 riwayat-riwayat mutawatir yang jelas, yang telah meriwayatkan lebih daripada 40 ulamak-ulamak lain yang dipercayai dan besar ilmunya yang diambil dari lebih daripada 50 buah kitab-kitab mereka ......... dan adakah riwayat-riwayat seperti mereka ini dianggap tidak tawatur (mutawatir), maka mana lagi riwayat yang kita boleh panggil mutawatir dengan apa yang telah disampaikan oleh semua Syiah khalaf dan salaf (terdahulu dan kemudiannya)) [20].

Al Hurr Al-3amili mengatakan: (Bahawa riwayat-riwayat mengenai Al-Raj3ah adalah sabit (absah) dari Ahl Al-3ashimah (Al-Maksumin) yang boleh didapati dalam empat Kitab utama (Al-Kitab Al-Arba’ah) dan kitab yang lain yang mukatmad. Malah banyak pula petunjuk dalil-dalil pasti (Qath’ei) atas kesahihannya dan mengesahkan riwayatnya, yang tidak memerlukan kepada suatu petunjuk bagi mencapai tahap tawatur (mutawatir),  bahkan menyeberangi had tersebut, dan semua riwayat-riwayat tentang hal itu adalah ilmu yang bermanfaat dengan petunjuk yang dirujuk kepadanya, jadi bagaimana masih terdapat keraguan yang dipersetujui oleh semua orang) [21].

Oleh kerana Imam-imam pembimbing (Al-Hadi) (as) telah menyebut Al-Raj3ah secara menyeluruh; dan mengambil kira bahawa mereka telah menyatakan yang zamannya diperincikan dengan jelas mengenai bencana yang dahsyat pada Al-Raj3ah yang belum datang lagi, dan perkaranya ditugaskan kepada Al-Qaim (as).

Dari Zararah beliau berkata: (Aku bertanya Aba Abdillah (as) mengenai perkara-perkara yang besar yang berkaitan dengan Al-Raj3ah dan yang seumpamanya, beliau berkata:

Bahawa soalan yang kamu tanya ini, masa belum datang lagi.) [22].

                                                 
Jadi, selepas para ulama mengetahuinya, mereka meninggalkannya untuk masuk ke perincian Al-Raj3ah yang meletakkan diri mereka dalam apa yang menyebabkan mereka jatuh di dalamnya, dan (sepatutnya) cukuplah bagi mereka dari mengeluarkan kata-kata dari mengemukakan pendapat dan mentafsiran agama Allah, yang membawa sebahagian daripada mereka kepada menggambarkan sesuatu yang bertentangan dengan riwayat-riwayat mengenai Mahdi-mahdi dari keturunan Imam Al-Mahdi (as).

Riwayat-riwayat tentang Mahdi-mahdi ini juga adalah mutawatir, dan kerap didapati dalam sumber-sumber Syiah daripada kebanyakan para Imam Ahl Al-Bayt (as), dan para ansar Imam Al-Mahdi (as) telah banyak mengeluarkannya dari kitab-kitab mereka, dan ia boleh didapati di laman web rasmi dakwah yang mulia ini dan semua orang boleh mengkajinya [23].

Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) berkata:

[.. terdapat banyak riwayat-riwayat mutawatir yang mengatakan bahawa terdapat 12 Mahdi-mahdi dari keturunan Imam Al-Mahdi (as) dan mereka adalah Para Khalifah Allah di muka bumi-Nya, dan terdapat banyak riwayat-riwayat yang juga mengatakan terdapat Raj3ah, jadi kedua-dua akidah disahkan dalam banyak riwayat-riwayat mutawatir dan sesiapa yang menafikannya dia sama ada jahil atau akalnya tidak membantunya dan ia tidak mempunyai pengetahuan untuk mengumpul dan menyesuaikan antara riwayat-riwayat dalam cara yang sahih dan boleh diterima, atau dia berdegil dan sombong dan mahu menutup matahari dengan ayak yang jarang, jika tidak apakah makna menafikan kenyataan yang telah disebutkan dalam riwayat-riwayat yang tak terhitung jumlahnya dan telah diriwayat oleh ulamak Syiah dari generasi ke generasi?! ...].

Ini sebenarnya adalah pengakhiran para ulamak, walaupun begitu ia pasti akan berlaku selepas terputusnya Aali Muhammad dan telah dijanjikan kepada Syiah mereka: (Bahawa soalan yang kamu tanya ini, masa belum datang lagi.), dan adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk menunggunya dan tidak melibatkan diri untuk menjelaskannya adalah lebih utama dari menentukan pemahaman dengan ilusi mereka, kemudian mereka memutuskan dengan bertanya apa yang diperselisihkannya.





✡✡✡✡✡


______________
[20] - Bihar al-Anwar: Jilid 53 ms 122.
[21] - Al-Aiqadz Min Al-Huj3ah Bi Al-Burhan '3ala Al-Ra3'ah: ms 56.
[22] - Mukhtashar Basha'ir Al-Darajat: ms 24.
[23] – sebahagian daripadanya (40 hadis mengenai Mahdi-mahdi dari keturunan Al-Qaim), (dan Mahdi-mahdi dalam hadis-hadis daripada Ahl Al-Bayt), (dan Mahdi dan Mahdi-mahdi dalam al-Quran dan Sunnah), dan (apa yang datang selepas 12 Imam), dan (sejumlah dalil-dalil), dan keterangan atas keutamaan Al-Washiy Ahmad Al-Hassan, (dan) Penjelasan-penjelasan atas keutamaan Al-Washiy Ahmad Al-Hassan), dan banyak lagi.




Tiada ulasan: