Selasa, 26 Mei 2015

Soalan-soalan Mengenai Al-Raj3ah, Al-Qaim Menjawabnya:

Soalan-soalan Mengenai Al-Raj3ah, Al-Qaim Menjawabnya:



Apakah Al-Raj3ah? Dan adakah ia sebuah alam dengan tujuan dan ujian lain yang akan manusia lalui? Dan apakah dalil untuk membuktikan bahawa ia adalah alam yang lain?

Dan apakah Al-Kubar (الْكُبَرِ) yang telah ditegaskan Al-Haq SWT dalam kitab-Nya
﴿إِنَّهَا لَإِحْدَى الْكُبَرِ﴾
Sesungguhnya ia adalah salah satu yang amat besar? [Al-Muddtsir 74:35] 


Dan juga Allah menjanjikan utusanNya dengan pertolongan di dalam KitabNya, di manakah pertolongan ke atas mereka, pada hal mereka semua di antara dibunuh atau diracun?

Dan apa yang dimaksudkan dengan (al-Uulaa) yang Allah SWT tegaskan dalam kitab-Nya sebelum akhirat

﴿وَهُوَ اللَّـهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ  لَهُ الْحَمْدُ فِي الْأُولَىٰ وَالْآخِرَةِ  وَلَهُ الْحُكْمُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ﴾

Dan Dialah Allah, tidak ada Tuhan selain Dia, bagi-Nya-lah segala pujian di Al-Uulaa dan di akhirat, dan bagi-Nya-lah segala penentuan dan hanya kepada-Nya-lah kamu dikembalikan? [Al-Qashash 28:70] 


Dan apakah kaitan antara Alam Al-Raj3ah dengan tiga kegelapan yang disebut dalam KitabNya SWT? Dan dalam erti kata lain: apakah kaitan antara Alam Al-Zhar, Alam (dunia) ini dan Alam Al-Raj3ah?
                     
Maka ia adalah jelas bahawa pengetahuan (makrifat) mengenai matlamat penciptaan. Apakah peranan Alam Al-Raj3ah dalam mencapainya?

Juga: di manakah akan berlaku Al-Raj3ah, telah disebutkan di bumi dalam riwayat-riwayat Al-Raj3ah. Adakah ia bermakna bumi ini tempat kita hidup sekarang, atau ia ada suatu maksud yang lain? Seperti diriwayatkan disebut dunia ini..

Dan semua manusia akan kembali, atau sebahagian daripada mereka, dan siapakah mereka? Mereka akan kembali sebagai suatu kaum (puak) atau individu, atau kedua-duanya? Dan hanya manusia yang akan kembali, atau begitu juga jin?

Dan kita juga membaca beberapa hujjah para Imam dalam membuktikan Al-Raj3ah dengan orang yang mati dihidupkan semula dari generasi yang lalu (seperti apa yang berlaku dari Imam Al-Redha (as) dengan Al-Ma'mun dimana berikutannya telah disebutkan kepadanya), maka bagaimana ia selaras dengan sifat Alam Al-Raj3ah ini alam lain dan bukan Alam Jasmani ini?

Juga kita dapati Aali Muhammad menjelaskan beberapa ayat-ayat Kitab pada kebangkitan Al-Qaim dan Al-Raj3ah pada masa yang sama, apakah maknanya?

Adakah dalam Al-Raj3ah hari termaklum (Yaum Ma3lum) dimana Iblis (la) akan dibunuh seperti di alam dunia ini pada hari termaklum dia akan dibunuh di tangan Al-Qaim (as) di Masjid Al-Kufah?

Bagaimana boleh orang mukmin beriktikad (percaya) pada kedua-dua Al-Raj3ah dan Aushiak Mahdi-mahdi bersama-sama, jika kedua-duanya berlaku selepas Imam Al-Mahdi (as)?

Juga: Ia disebut oleh Aali Muhammad (as) bahawa Ali (as) adalah binatang bumi (Dhabbah Al-Ardh) dalam Al-Raj3ah, tetapi binatang itu juga disebut berada dalam masa Al-Qaim, apakah maknanya?

Telah disebutkan dalam riwayat-riwayat di mana kedua-dua Rasulullah (S) dan Amir Al-Mukminin (as) bertemu di Negara Keadilan Ilahi di Kufah, dan diriwayatkan juga Salman, Malik Al-Asytar, Ashhab Al-Kahf dan yang lain sebagai sahabat Al-Qaim (as), maka adakah Al-Raj3ah lain yang disebut dalam riwayat-riwayat tentang yang berlaku di muka bumi ini adalah Al-Raj3ah yang lain dan di alam lain pula?

Dan juga dipersoalkan: Adakah terdapat di dalam Al-Raj3ah itu masa seperti yang berlaku di dunia kita ini?

Bagaimana kembalinya (Raj3ah) Nabi dan Imam-Imam, adakah ia dalam urutan yang sama seperti di alam dunia ini?

Jika Allah telah menuliskan dengan rahmat-Nya bagi orang yang beriman untuk kembali Alam Al-Raj3ah, adakah akan didatangkan untuk diberi pertolongan dengan Khalifah Al-Ilahi yang sama seperti yang diberikan pertolongan di dunia ini?

Adakah hubungan seperti hubungan sebab-musabab yang kita ada hari ini seperti kebapaan, kenabian dan hubungan perkahwinan dan sebagainya mempunyai peranan dan kesan dalam Al-Raj3ah itu, jika seseorang itu adalah anak Si Fulan sebagai contoh akan berlaku hal yang sama dalam Al-Raj3ah?

Dan seterusnya sebagai contoh: telah diriwayatkan bahawa orang pertama yang kembali adalah Imam Al-Hussain (as), Adakah dia kembali sebagai anak Amir Al-Mukminin (as) dan Rasulullah (S) sebagai datuk beliau?

Soalan-soalan ini dan yang lainnya, telah dijawab oleh Al-Syed Ahmad Al-Hassan di dalam ringkasan yang diberkati ini, soalan-soalan yang ulamak besar telah gagal menjawab dan menjelaskannya, jadi saya tinggalkan para pembaca yang mulia dengan keterangan-keterangan yang telah dijelaskan dan ia adalah jawapan pada soalan-soalan yang berkaitan dengan Al-Raj3ah dan sebahagian perinciannya.



✡✡✡✡✡




Tiada ulasan: