Wasiat
Rasulullah Yang Tertangguh
Sekiranya
kita merujuk kepada rentetan peristiwa yang berlaku sebelum kewafatan
Rasulullah (S), dan secara khususnya pada hari khamis terakhir yang lebih
dikenali dengan “Tragedi Hari Khamis”. Maka kita akan dapati bahawa umat Islam
keseluruhannya bersepakat bahawa Rasulullah (S) hendak meninggalkan wasiat, dan
baginda bersabda bawakan kepada aku lembaran tulis dan dakwat untuk kamu
catatkan apa yang tidak akan membuatkan kamu sesat selama-lamanya. Namun
sekumpulan sahabat membantah dan terbahagi kepada dua kumpulan menyebabkan
Rasulullah (S) murka dan seterusnya bersabda “pergilah kamu dari sisiku”.
Terdapat puluhan hadis menyebutkan tentang Tragedi Hari Khamis ini di dalam
kitab-kitab Ahlussunnah wa Al Jamaah berbanding kitab-kitab Syiah dan
kitab-kitab sejarah lainya. Dibawakan di sini riwayat yang diambil dari kitab
Sahih Bukhari :
Telah diceritakan kepada kami Ibrahim bin Musa,
begitu juga diceritakan kepada kami Hisham bin Mu’ammar, dan diceritakan
kepadaku Abdullah bin Muhammad, diceritakan kepada kami Abdul Razaq,
dikhabarkan kepada kami Muammar daripada Al-Zuhri, daripada Ubaidullah bin
Abdullah, daripada Ibnu Abbas r.a, dia telah berkata: Ketikamana maut
menghampiri Rasulullah (S) dan di dalam rumahnya terdapat sekumpulan lelaki
antaranya Umar bin Al Khattab, maka Nabi (S) telah bersabda, Dekatlah kepadaku
supaya dapat aku tuliskan buat kamu tulisan yang tidak akan menyesatkan kamu
selepasnya. Maka Umar berkata: Sesungguhnya Nabi (S) sedang sakit tenat (al
waja’), dan di sisi kamu ada Al Quran, jadi cukuplah kitab Allah. Maka
bertelagah dan bertengkarlah mereka yang berada di dalam rumah itu, sebahagian
mereka berkata “datanglah dekat supaya Nabi menuliskan kamu tulisan yang tidak
menyesatkan kamu selepasnya”, dan sebahagian yang lain pula berkata sepertimana
yang dikatakan Umar. Apabila keadaan bertambah runsing dan pertengkaran mereka
semakin hangat di sisi Nabi (S) , maka Rasulullah (S) telah bersabda: “pergilah
kamu dan tinggakanlah aku”. Telah berkata Ubaidullah bahawa Ibnu Abbas biasa
mengatakan tragedi atas segala tragedi, kerana pertengkaran dan pertelagahan
mereka menyebabkan Rasulullah (S) terhalang daripada menuliskan tulisan
tersebut kepada mereka.
Jelas
bahawa umat Islam bersepakat bahawa Rasulullah (S):
Ingin
meninggalkan wasiat
Menggambarkan
bahawa tulisan atau wasiat yang bakal dicatatkan adalah jaminan dari kesesatan.
Ada
kelompok yang membantah dan bertelagah di sisi Rasulullah (S).
Terbukti
bahawa umat ini berbeza pendapat tentang:
Adakah
wasiat tersebut telah dituliskan atau tidak (tanpa wujudnya dalil atau teks
menunjukkan bahawa tidak wujudnya wasiat)?
Atau
ianya telah dituliskan tetapi tidak sampai kepada kita?
Dengan
kesepakatan seluruh umat Islam bahawa tragedi tersebut telah berlaku pada malam
khamis dan Rasulullah (S) wafat di waktu Zuhur pada hari isnin. Sekiranya
seseorang yang bertaqwa dan di sisinya tulisan yang dapat menjamin umat
daripada kesesatan, manakala di sisi yang lain pula terdapat seseorang yang
berpewatakan seperti Umar misalnya yang cuba menghalangnya daripada
meninggalkan wasiat tersebut. Maka berselang masa tiga hari buatnya untuk
mencatatkan wasiatnya, adakah dia akan meninggalkan perbuatan tersebut? Sudah
tentu tidak. Oleh itu, bagaimana pula dengan penghulu orang-orang yang
bertaqwa? Bagaimana mungkin kita menuduhnya tidak menuliskan wasiatnya?
Wasiat
Rasulullah (S) Di Malam Sebelum Kewafatannya
Versi
pendek wasiat Rasulullah (S):
Daripada
Abi Abdillah a.s, daripada bapa-bapanya terdahulu, daripada Amirul Mukminin Ali
a.s, telah berkata: Rasulullah (S) telah bersabda kepada Ali di malam sebelum
kewafatannya; Wahai Bapa Hassan (Ali a.s) bawakan lembaran tulis dan dakwat,
maka Rasulullah (S) mencatatkan wasiatnya sehinggalah ia sampai ke butiran
berikut, dan bersabda; Wahai Bapa Hassan sesungguhnya akan ada selepasku
duabelas orang Imam dan selepas mereka duabelas orang Mahdi. Engkau wahai Ali
adalah yang pertama dari duabelas imam tersebut. Dan hadis tersebut berterusan
sehingga sampai kepada sabda, dan hendaklah diserahkannya kepada anaknya
Muhammad Al Mustahfiz dari keluarga Muhammad alaihis salam. Begitulah duabelas
orang Imam, setelah itu akan adanya duabelas Mahdi. Maka apabila maut
menghampirinya, hendaklah dia serahkannya (Imamah) kepada anaknya Mahdi yang
pertama, baginya tiga nama: nama seperti namaku dan nama bapaku iaitu Abdullah
dan Ahmad, dan nama ketiganya adalah Al-Mahdi. Dan dia adalah yang pertama
beriman. Bihar Al Anwar jilid 53 ms 147, Ghaybah Al Toosi ms 150, dan Ghayat Al
Maram jilid 2 ms 241.
Versi
penuh wasiat Rasulullah (S) beserta dengan sanadnya dan juga sumber-sumber yang
meriwayatkannya:
أخبرنا جماعة عن أبى عبد الله الحسين بن علي بن سفيان البزوفرى عن علي بن سنان الموصلي العدل عن علي بن الحسين عن أحمد بن محمد بن الخليل عن جعفر بن محمد المصرى عن عمه الحسن بن علي عن أبيه عن أبى عبد الله جعفر بن محمد عن الباقر عن أبيه ذى الثفنات سيد العابدين عن أبيه الحسين الزكي الشهيد عن أبيه أمير المؤمنين عليهم السلام قال قال رسول الله صلى الله عليه وآله في الليلة التي كانت فيها وفاته لعلي (ع) يا أبا الحسن احضر صحيفة ودواة فاملى رسول الله صلى الله عليه وآله وصيته حتى انتهى إلى هذا الموضع فقال يا علي انه سيكون بعدي اثنى عشر أماما ومن بعدهم اثنى عشر مهديا فانت يا علي اول الاثنى عشر الامام سماك الله في سمائه عليا المرتضى وأمير المؤمنين والصديق الاكبر والفاروق الاعظم والمأمون والمهدي فلا تصلح هذه الاسماء لاحد غيرك يا علي أنت وصيي على اهل بيتي حيهم وميتهم وعلى نسائى فمن ثبتها لقيتني غدا ومن طلقتها فانا برئ منها لم ترني ولم ارها في عرصات القيامة وانت خليفتي على امتي من بعدي فإذا حضرتك الوفاة فسلمها إلى ابني الحسن البر الوصول فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى ابني الحسين الشهيد المقتول فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى ابنه سيد العابدين ذى الثفنات علي فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى ابنه محمد الباقر فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى أبنه جعفر الصادق فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى أبنه موسى الكاظم فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى أبنه علي الرضى فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى أبنه محمد التقة التقي فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى أبنه علي الناصح فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى أبنه الحسن الفاضل فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى أبنه محمد المستحفظ من آل محمد صلى الله عليه وعليهم فذلك اثنى عشر أماما ثم يكون من بعده اثنى عشر مهديا فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى أبنه اول المهديين له ثلاثة اسامي اسم كأسمي واسم أبى وهو عبد الله وأحمد والاسم الثالث المهدى وهو اول المؤمنين
Daripada Abi Abdillah Al Hussain bin Sufyan,
daripada Ali bin Sinan Al Musili, daripada Ali bin Al Hussain, daripada
Muhammad bin Al Khalil, daripada Jaafar bin Ahmad Al Masri, daripada bapa
saudaranya Al Hassan bin Ali, daripada bapanya, daripada Abi Abdillah Jaafar
bin Muhammad, daripada bapanya Al Baqir, daripada bapanya Ali Zainal Abidin,
daripada bapanya Al Hussain Al Syahid, daripada bapanya Amirul Mukminin Alaihis
salam telah berkata: Rasulullah saaw bersabda kepada Ali as dimalam
sebelum kewafatan baginda: “Wahai Abul Hassan (Ali as) bawakan lembaran kertas
dan dakwat. Maka Rasulullah saaw telah menyebutkan wasiatnya untuk dicatatkan
sehinggalah ia sampai kepada noktah berikut, baginda saaw bersabda: Wahai Ali
sesungguhnya akan ada selepasku duabelas orang Imam dan selepas mereka duabelas
orang Mahdi. Engkau wahai Ali adalah yang pertama daripada duabelas orang Imam
tersebut. Allah menamakan engkau di langitnya; Ali Al Murtadha, Amirul
Mukminin, Siddiq Al Akbar, Faruq Al A’zham, Al Makmun, dan Al Mahdi, tiada
siapapun dibenarkan memakai nama-nama ini. Wahai Ali, engkau adalah pemegang
wasiatku ke atas Ahlulbaitku ketika mereka masih hidup mahupun setelah mereka
mati, dan ke atas isteri-isteriku: barangsiapa yang engkau kekalkan dia, maka
dia akan bertemu denganku besok, barangsiapa yang engkau ceraikan dia, maka aku
berlepas diri daripadanya, dan dia takkan dapat melihatku dan aku tidak
melihatnya pada hari kiamat. Engkau adalah khalifahku ke atas umatku selepasku,
apabila maut menghampirimu, maka hendaklah diserahkannya (khilafah) kepada
anakku Hassan al-Birr al-Wusul. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah
diserahkannya kepada anakku Hussein as-Syahid az-Zakiy al-Maqtul. Dan apabila
maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya penghulu
segala abid Ali zu as-Safanat. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah
diserahkannya kepada anaknya Muhammad al-Baqir. Dan apabila maut
menghampirinya, maka hendaklah diserahkan kepada anaknya Ja’afar al-Sadiq. Dan
apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Musa
al-Kadhim. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada
anaknya Ali al-Ridha. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah
diserahkannya kepada anaknya Muhammad al-Thiqah at-Taqiy. Dan apabila maut
menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Ali al-Nasih. Dan
apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Hassan
al-Fadhil. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada
anaknya Muhammad yang terpelihara daripada keluarga Muhammad. Maka itulah dua
belas imam, dan akan datang selepasnya dua belas Mahdi.
Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah
diserahkan kepada anaknya iaitu Muqarrab yang pertama (sesetengah sumber
menyebutkan Mahdi yang pertama). Baginya tiga nama : nama seperti namaku dan
nama bapaku, iaitu Abdullah dan Ahmad. Dan namanya yang ketiga adalah Al Mahdi,
dia adalah yang pertama beriman.”
Sheikh Al
Toosi menyebutkan riwayat wasiat ini di dalam kitabnya Al Ghaibah ms 150
beserta himpunan riwayat bagi menguatkan bahawa Imamah adalah untuk Ahlulbayt
a.s. Kemudian Sheikh Al Toosi memperkuatkan lagi riwayat ini dengan
riwayat-riwayat wasiat yang lain di dalam kitab yang sama pada ms 156. Ianya adalah
himpunan riwayat yang digunapakai sebagai dalil untuk menguatkan tuntutannya
bahawa Imamah adalah di kalangan Ahlulbayt a.s. Dia mengatakan bahawa riwayat
ini adalah sahih kerana Syiah Imamiyah meriwatkannya secara tawatur iaitu orang
yang terkemudian meriwayatkan dari orang terdahulu tanpa terputus. Jalan
pentashihannya adalah satu sepertimana terdapat di dalam kitab-kitab Imamiyah
dan juga melalui manuskrip-manuskrip Amirul Mukminin Ali a.s
Sheikh Al
Hurr Al Amili di dalam kitabnya Ithbat Al-Huda, jilid 1, ms 549, hadis no. 376.
Sheikh Al
Hurr Al Amili di dalam kitabnya Al Iqadh, ms 393.
Sheikh
Hassan bin Sulaiman Al Hilli di dalam kitabnya Mukhtasar Al Bashair, ms 159.
Al
Allamah Al Majlisi di dalam kitab Bihar Al Anwar, jilid 53, ms 147, hadis no. 6
(secara ringkas), dan jilid 36, ms 81, hadis no. 81 (secara terperinci tanpa
rangkap “Apablia maut menghampirinya”)
Sheikh
Abdullah Al Bahrani di dalam kitabnya Al ‘Awalim, jilis 1, ms 370, hadis no.
59.
Sayyid
Hashem Al Bahrani di dalam kitabnya Ghayat Al-Maram, jilid 1, ms 370, hadis no.
59.
Sayyid
Hashem Al Bahrani di dalam kitabnya Al insaf, ms 222.
Al Faydh
Al Kashani di dalam ktabnya Nawadir Al Akhbar, ms 294.
Sheikh
Mirza Al Noori di dalam kitabnya Al Najm Al Thaqib, jilid 2, ms 71.
Sayyid
Muhammad Muhammad Sadiq Al Sadr menyebutkannya di dalam kitabnya Tarikh Ma
Ba’da Dhuhur, ms 641.
Sheikh Al
Miyanji di dalam kitabnya Makatib Al Rasul, jilid 2, ms 96.
Sheikh Al
Kurani di dalam kitab Mukhtasar Mu’jam Ahadis Al Imam Al Mahdi.
***Telah
muncul Ahmad yang disebutkan di dalam wasiat Rasulullah sebagai Mahdi yang
pertama iaitu pelaksana wasiat Imam Al Mahdi a.s dewasa ini dan mengajak semua
umat manusia untuk memberi taatsetia (baiah) kepada Allah SWT.
Setelah
kita bersetuju bahawa wasiat tersebut dituliskan, maka wajiblah ianya sampai
kepada kita. Ini disebabkan sifat Pemurah Allah SWT yang menjadikan Rasulullah (S)
tidak mengucapkan sesuatu daripada hawa nafsunya telah berkata bahawa ianya
adalah tulisan yang menjamin dari kesesatan.
Kesimpulannya
adalah seperti berikut:
Wasiat
itu tertulis
Sebagai
jaminan dari kesesatan
Ianya
telah disampaikan kepada kita melalui kitab-kitab. Sekiranya kita menyemak
kitab-kitab umat Islam di setiap mazhab, kita akan dapati bahawa hanya ada satu
wasiat Rasulullah (S) ketika menghampiri maut iaitu wasiat yang disebutkan di
dalamnya khalifah-khalifah selepas daripadanya seramai dua belas orang Imam dan
dua belas orang Mahdi, seperti tersebut di dalam kitab Al Ghaibah Al Toosi di
muka surat 150.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan