Bagaimana Menetapkan Makrifah Yang Hakiki
Di Hati Dan Mencapai Matlamat Para Nabi
Pada satu hari saya meminta Abdus Soleh (as)
suatu nasihat, maka beliau mengingatkan saya tentang keadaan orang-orang yang
telah terdahulu dari itu Nabi-nabi dan Aushiak yang telah membuka jalan kebenaran
kepada penyokong (ansar), dan mengurangkan banyak penderitaan pada mereka tetapi
mereka tetap menderita dan kesakitan.
[136].
Kemudian dia, (semoga jiwaku menjadi tebusannya),
berkata:
(... Kamu dituntut untuk membuat
pengakuan dan pilihan yang betul di antara "Aku........ Dia (Ana)... (Huwa)".
Ketikamana berlaku pilihan yang betul dan seseorang manusia mukmin terselamat
daripada Keakuan (Al-Ana), maka terlaksanalah atau tetaplah buatnya apa yang
telah didatangkan oleh Nabi-nabi dan Aushiak (as))
Maka saya bertanya: Bagaimanakah ia boleh menjadi tetap di dalam hati, adakah cara tertentu?
Maka Imam (as) menjawab:
Makrifat (pengetahuan).
Saya bertanya lagi: Seseorang itu mengetahui
sesuatu tetapi dengan cepat pula dia melupakannya. Lalu kesannya hilang dan menyebabkan
dia membuat kesilapan yang baru.
Lantas dia (as) menjawab:
Lantas dia (as) menjawab:
Makrifat yang hakiki adalah hakikat
makhluk yang tidak lupa dan tidak hilang itulah iman yang tetap.
Saya bertanya lagi: Apakah dia jalan yang
menjadikan makrifat dan keimanan seseorang itu benar-benar hakiki dan tetap,
tidak hilang?
Dia (as) menjawab:
Dia (as) menjawab:
Apabila dia sendiri menjadi makrifat yang
dibakar dengan api dan menjadi api. Adapun amalan yang membawa kepada ini
adalah:
Pertama: Melaksanakan segala apa yang
diperintahkan Allah ke atasnya dan setiap apa yang ditunjuk olehNya, berakhlak
dengan akhlak yang diredhai Allah dan menjauhkan diri daripada setiap akhlak
yang dimurkai oleh Allah, setelah itu tidak menuntut syurga dan tidak minta
dijauhkan dari neraka dan tidak, dan tidak... tidak yang serupa. Malah cukup
sekadar berdiri tegak di pintu Allah dan beramal dengan apa yang dikehendakiNya
dan setelah itu mengetahui yang berikut: Bahawa sesungguhnya sekiranya dia
berkata sembuhkan aku, kurniakan aku, rezekikan aku, perbuatlah sebegini
untukku, maka dia dalam setiap doa-doanya ini sedang berkata "Aku – Ana."
Dituntut ke atasnya untuk bersifat dengan sifat berpada (Qana3ah) sepenuhnya, bahawa cukup sekadar dia berdiri tegak di pintu Allah dan Allah memperlakukan dia sebagai kurniaan ke atasnya. Jikalau Allah SWT memperlakukannya sejak dari penciptaan dunia sehingga ke hari kiamat dan setelah itu memasukkannya ke dalam api neraka, maka ia adalah kebaikan buatnya. Bagaimana ianya tidak menjadi suatu kebaikan? Sedangkan dia menjadikan aku dari tiada, dan setelah itu memuliakanku dengan memperlakukan aku untuk menjadi seketul batu yang dilemparkannya ke mana yang Dia suka. Keutamaan apakah yang lebih hebat dari ini, malah jika Dia memasukkan aku ke dalam neraka secara kekal selepas semua ini, maka ia adalah kebaikan buatku kerana Dia telah memberikanku kebaikan pada masa lalu dan pada masa akan datang. Aku berhak mendapat yang lebih teruk daripada neraka kerana aku lebih memandang pada diriku.
Setiap manusia dituntut supaya sentiasa kekal berdiri tegak di pintu Allah, mengharapkan supaya dia diberi keutamaan dan dipelakukan oleh Allah. Dituntut juga supaya tidak menjadikan amalan seseorang itu kepada Allah berdasarkan harga atau balasan iaitu tidak perlu menuntut sebarang harga atau balasan atas amal perbuatannya. Adakah seseorang itu dianggap sebagai baik, jika dia meminta harga atau balasan terhadap khidmat kecil yang diberikannya kepada seorang manusia budiman, sedangkan dia telah dilengkapinya dengan rumah, kewangan, pekerjaan dan semua yang dihajati di dalam hidupnya pada masa lalu tanpa sebarang balasan?!
Maka bagaimana pula Allah SWT yang memperlakukan kamu untuk kemuliaan kamu?? Sedangkan amal kamu bersamaNya adalah memuliakan kamu dan kebaikan adalah peluang (nasib) kamu, maka bagaimana kamu boleh menuntut balasan atas hal yang demikian?!

✡✡✡✡✡
_____________
[136] - Akan datang tulisan lengkapnya dalam Hentian
Kelima Satu kenyataan mengenai beberapa nasihat (as).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan