Rabu, 13 Mei 2015

Bagaimana Hujjah Allah Menilai Dirinya

Bagaimana Hujjah Allah Menilai Dirinya
        


Soalan 12: Kepada Syed Ahmad Al-Hassan yang mulia. Salam hormat.

Apakah sifat-sifat yang menjadikan anda layak untuk tugasan ini? Atau apakah sifat-sifat yang membezakan anda dengan Syiah yang lain, yang membuatkan Mahdi anda memilih anda sebagai wakilnya?

Rita George,
25/Rabi3 Al-Awwal/1426 H (2005)

Jawaban: 


Apabila Allah berfirman kepada Musa (as): Jika kamu datang untuk bermunajat (berdoa), maka datanglah bersama dengan seseorang yang lebih rendah darjatnya untuk menemani kamu.

Jadi apabila Musa (as) melihat seseorang, beliau tidak berani untuk mengatakan dirinya lebih baik dari orang tersebut, lalu beliau mula mempertimbangkan jenis yang lebih rendah dan apabila beliau melihat seekor anjing liar (kurap), beliau memutuskan untuk membawa anjing itu menemani beliau. Lalu beliau melilitkan tali di leher anjing tersebut, namun di pertengahan jalan, Musa melihat kepada anjing tersebut dan berkata: Aku tidak tahu dalam bahasa apa kamu memuji Allah, jadi bagaimana aku lebih baik dari kamu? Maka Musa (as) melepaskan anjing tersebut dan pergi bermunajat.

Allah berfirman: “Wahai Musa, apa yang telah Aku perintahkan pada mu?” Maka Musa menjawab: “Ya Allah, aku tidak menjumpai sesiapapun (yang lebih rendah darjatnya)”.  Lalu Allah berfirman: “Wahai anak Imran, jika kamu tidak melepaskan anjing tersebut, maka akan Ku padamkan nama mu dari senarai kenabian.” [16]

Dan saya, hamba yang hina, tidak terlintas di hati kecil ini bahawa saya lebih baik dari anjing liar itu, dan saya melihat diri saya mempunya dosa yang besar, di tangan Tuhan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. [17]
                                                
                                                                       
Ahmad Al-Hassan



✡✡✡✡✡

Ulasan      
Syeikh Shadiq Al-Muhammadi
_________________________
[16] - lihat: 3iddah Al-Da3iy: Oleh Ibn Fahd Al-Hilliy halaman 204 .
[17] - Ini adalah sesuatu yang meletakkan Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) dalam menyatakan bagaimana mengenal Hujah Allah, atau bahawa dia adalah Hujah Allah dalam penciptaan, dan ia telah membunuh Al-Ana – Keakuan, sehingga mereka tidak dapat melihat bahawa sesuatupun ada dalam dirinya; kerana Maryam (as) dikurniakan Allah bekas (rahim) yang mengandungkan Hujah Allah dan KhalifahNya di bumi yang dapat memerangi Al-Ana – Keakuannya, dan amalannya adalah berpuasa memerangi Al-Ana – Keakuan, dan menjadikan yang lain sebagai hijab. Tetapi Al-Syed (as) melihat dirinya mempunyai kesalahan yang besar, dan ini adalah sikap yang hebat (unggul), kerana manusia tidak melihat dirinya akan dikurniakan Allah makam dari berbagai peringkat makam, tetapi Al-Syed (as) melebihi apa yang lebih tepat dan yang lebih besar daripada itu, dia melihat dirinya tetapi tidak mendapati ia suci (taqdis), dilihat pada dirinya sebagai yang berdosa, dan dengan itu dia mendapat kemenangan yang besar di sisi Allah.

Sesunggunya seorang insan itu sekali dilihat sebagai sesuatu yang penting atau sesuatu yang mempunyai nilai, dan sekali lagi tidak melihat dirinya dan tidak nampak pada dirinya nilai, dan sekali lagi melihat pada dirinya tetapi merasakan dirinya berdosa di hadapan Allah.

Ini adalah pendekatan (kaedah) amalan, bukan kata-kata lisan, dan ia adalah dalil yang dikurniakan Allah kepada insan ini, di mana dia dikenali dengan Kurniaan Ilahi dan Kemuliaan Rabbani yang dilimpahkanNya kepada hambanya.



Tiada ulasan: