Selasa, 5 Mei 2015

Nasihat Dalam Menunjukkan Hidayah Kepada Manusia...

Nasihat Dalam Menunjukkan Hidayah Kepada Manusia...





Telah berkata Abdus Soleh (as):

Beramallah dengan seluruh kemampuan kalian kerana ia adalah peperangan terhadap Iblis, dia ingin membawa bilangan yang paling besar ke neraka jahanam...manusia akan melihat (hakikat) dunia sedetik setelah kematiannya, yang hampir tidak pernah diketahui sesuatupun darinya. Dia ingin mengotakan janjinya dengan menyesatkan manusia. Sekiranya dia tidak mampu menangguhkan Hari Yang Dijanjikan, maka dia ingin menunaikan janjinya untuk menyesatkan seluruh umat manusia melainkan orang-orang yang terpilih [152]

Kegagalan terakhirnya adalah menangguhkan persemukaan terakhir dan terlaksanalah janji Ilahi dengan kemenangan 313 orang ke atas diri mereka sendiri, yang tidak dapat menjadikan dia berlembut daripada matlamatnya selama mana dia telah berjanji untuk menyesatkan umat manusia. Kemenangan kalian adalah dengan menunjukkan hidayah (pimpinan) kepada manusia, menunjukkan hidayah (bimbingan) kepada mereka dan bukan hanya setakat menegakkan hujah ke atas mereka. Beramallah dengan seluruh kemampuan kalian untuk menunjukkan hidayah buat mereka. Aku berpesan kepada kalian agar berjihad memerangi Iblis dengan seluruh kemampuan kalian. Aibkan dia (Iblis) dan aibkan tenteranya dari kalangan manusia dan jin.

Ketikamana saya bertanya tentang kesengsaraan pukulan yang diterima oleh Iblis (laknahu Allah), Abdus Soleh (as) berkata:
 

Tidakkah kamu pernah membaca di dalam hadits dan atsar (khabar sahabat (S)): Apabila bersujud anak Adam, maka menjadi hitamlah wajah Iblis. [153]

Aku ceritakan buat kamu rukya (mimpi) yang telah aku lihat tidak berapa lama sebelum ini, barangkali ianya dapat menjelaskan lagi perkara ini buat kamu: Aku telah melihat tentera yang besar yang aku pimpin dan telah berlaku peperangan yang besar, di mana terdapat ramai yang syahid dari kalangan tentera ansar, ruh-ruh mereka naik serta rupa roh-roh mereka adalah sangat cantik. Para anbiya' berdiri di pintu langit menyambut mereka dan tersangat gembira dengan roh-roh mereka. Dari kalangan anbiya' itu adalah nabi Ibrahim (as) dan dia tersangat gembira, dan mereka (para anbiya') telah berkata: Ini tidak pernah diperolehi sejak Allah menjadikan Adam, kemenangan bilangan yang sebegini besar ke atas Al-Ana (Keakuan), dunia, hawa nafsu dan syaitan...tamat.

Apa yang aku ingin kamu fahami darinya adalah supaya mengikut Hujjah Allah dengan seteliti mungkin, kerana ia dapat menghitamkan wajah Iblis. Sujud yang ditolak oleh Iblis adalah sujud yang menjadikan wajahnya hitam, yang telah menolak sujud kepada khalifah Allah dan berjanji untuk menyesatkan umat manusia dengan membawa mereka supaya menolak sujud kepada khalifah Allah. Apakah perkara yang lebih menghitamkan lagi wajah Iblis selain daripada penentangan terhadap matlamat dan tujuannya?

Oleh itu, ia adalah sepertimana yang mula-mula aku katakan: Beramallah untuk menunjukkan hidayah kepada manusia, jadikanlah mereka bersujud sepertimana Malaikat mengaibkanlah Iblis yang mahukan mereka mengikutnya dalam menolak bersujud kepada khalifah Allah.

Apabila saya meminta doa daripadanya (as) supaya Allah Taala menuliskan kita dari kalangan orang-orang yang sujud kepada khalifahNya di atas muka bumiNya, maka Abdus Soleh (as) berkata:

اللهم يجعلنا جميعا من الساجدين للساجد الأول والعابد الأول والمسلم الأول والناطق إذا خرست الآلسن في عرصات القيامة

Ya Allah jadikanlah keseluruhan kami dari kalangan orang-orang yang sujud untuk orang yang pertama sujud, abid yang pertama dan muslim pertama serta berbicara ketikamana kelunya lidah di lapangan hari kiamat.



✡✡✡✡✡

_____________________
[152] - untuk membantu Al-Qaim (as) orang yang mendatangi Iblis lantas memenggal lehernya di masjid Kufah. Mereka adalah golongan yang sedikit sepertimana yang disebutkan tentang mereka oleh Keluarga Muhammad (as) di dalam banyak riwayat mereka. Mereka adalah seperti garam di dalam makanan dan seperti celak di mata, beringatlah dan beringatlah. Juga di dalam kitab-kitab terdahulu dan di dalam kitab suci Injil, Kitab Matius 22:14: ("Sebab banyak yang dipanggil, tetapi sedikit yang dipilih"), - Jemaah Gereja-gereja Timur, halaman 97)
[153] - Lihat Al-Kafi, jilid 3, halaman 264 dan Al-Khisal oleh Al-Shaduq, halaman 616).

Tiada ulasan: