Ilmu Semuanya Adalah Hujjah Terhadap Seorang
Melainkan Ilmu Diamalkannya
Saya telah membaca dalam Kitab
Al-Jawab Al-Munir Jilid 3, jawapan dari Abdus Soleh (as), jadi saya
bertanya kepadanya tentang hal itu dan berkata: Saya telah membaca dalam salah
satu jawapan bahawa sesiapa yang mahu tahu sebahagian kebenaran dia akan dapat
rahsia dari Allah hendaklah dia membaca Surah Al-Nur (Surah 24 dalam Al-Quran)
70 kali dan beberapa ayat lain. Apa yang membuat saya takut mengamalkan
demikian ialah dengan saya mengatakan "Sudah tentu aku tidak layak",
jadi apa yang akan tuan katakan?
Jadi dia (a.s) menjawab:
(Mengapa kamu tidak melakukannya? Kerana Ilmu
semuanya adalah hujjah melainkan ilmu diamalkannya. Dunia semuanya adalah
kejahilan kecuali tempat-tempat ilmu. Dan ilmu semuanya
adalah hujjah melainkan ilmu yang diamalkannya, Dan semua amalan
adalah riyak (menunjuk-nunjuk)) melainkan yang diamalkan dengan ikhlas,
dan keikhlasan adalah sesuatu yang amat getir sehingga manusia
melihat bagaimana kesudahan untuknya)
✡✡✡✡✡
_________________
Rukya Al-Ma’sumin Dalam Rupa Bentuk Yang
Berbeza Daripada Sifat-Sifatnya Yang Dikenali
Mengenai Rukya
melihat Al-Ma’sumin dalam mimpu benar, saya bertanya Abdus Soleh (as) dan
berkata: Adakah Al-Ma’sumin boleh diwakili dalam rupa bentuk yang berbeza
daripada sifat-sifatnya yang dikenali? Maksudnya, sebagai contoh saya melihat -
Mahdi Pertama tetapi dalam rupa bentuk (sifatnya) yang dikenali.
Jadi dia (a.s) menjawab:
(Ya. Dalam sebahagian rukya, bentuk badan
akan mengelirukan bermakna bentuk badan akan menjadi simbol atau tanda (isyarat)
yang dilihatnya pada hakikat tertentu. Nama ini juga akan mengelirukan rukya,
iaitu jika kamu melihat misalnya seseorang yang tidak mempunyai apa-apa kaitan
dengan rukya kamu, pada hakikatnya, orang ini bukanlah yang dimaksudkan, tetapi
yang dimaksudkan mungkin akan namanya sahaja, seolah-olah namanya disambungkan
kepada perkara tertentu, oleh itu orang yang tidak dimaksudkan dalam rukya maka
yang dimaksudkan adalah namanya.)
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan