Isnin, 11 Mei 2015

Apakah kandungan dan matlamat seruan (dakwah) kamu?

Soalan: Dengan nama Bapa dan Anak dan Roh Kudus, apakah kandungan dan matlamat seruan (dakwah) kamu?

Rita George

Seorang Wanita Kristian (2005)
16/Safar/1426 H

Jawapan:

Kata Isa (as): (Bukanlah dengan makanan sahaja anak Adam hidup, tetapi dengan Kalimah Allah), []
dan saya Abdullah (hamba Allah) mengatakan pada mu bahawa dengan makanan matinya anak Adam dan, namun dengan Kalimah Allah. hidupnya anak Adam itu.
           
Seruan ku adalah seperti seruan Nuh (as) dan seruan Ibrahim (as), dan seruan Musa (as) dan Seruan Isa (as) dan seruan Muhammad (S).

Menyebarkan Tauhid ke setiap penjuru bumi ini, dan matlamat para Nabi dan Aushiak adalah matlamatku, dan untuk menerangkan Al-Taurat, Al-Injil dan Al-Quran serta segala perkara yang kalian perselishkan di dalamnya. Dan juga untuk memerangkan penyelewengan Ulamak Yahudi, Ulamak Nasrani dan Ulamak Muslimin yang mengeluarkan mereka dari Syariat Ilahiyah dan penyelewengan mereka dari yang diwasiatkan kepada para nabi (as).

Keinginan ku adalah kehendak Allah SWT dan melaksanakan kehendakNya tanpa soal, supaya penduduk bumi tidak inginkan sesuatu melainkan apa yang dikehendaki Allah SWT, iaitu agar bumi ini dipenuhi dengan kesaksamaan dan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan, untuk mengenyangkan yang lapar dan agar tiada orang miskin yang tinggal tidak berbumbung, agar anak yatim menjadi gembira setelah kesedihan yang lama dan agar seorang balu dapat memenuhi keperluan hidup (kebendaan) mereka dengan maruah dan kemuliaan….. dan supaya.....dan supaya.....dan supaya melaksanakan kepentingan yang ada dalam syariat yang adil, belas kasihan dan kejujuran,
.
Dan aku berharap kamu dapat menerangkan kepercayaan kamu tentang Isa ibn Maryam (as) kepada ku dengan penuh kejujuran, dan dokonglah kepercayaan kamu dengan ayat-ayat dari Injil, agar dapat aku terangkan kebenaran kepada kamu dan semua orang yang mencarinya dan takut akan dua kebangkitan, yang kecil dan yang besar, serta takutlah Allah SWT.[5]


Ahmad Al-Hassan

✡✡✡✡✡


Ulasan
Syeikh Shadiq Al-Muhammadi 
_______________________
[] - Injil Matius (Matthew) 4: 4.
Teks www.JESOES.com (Terjemahan Baru):
Tetapi Yesus menjawab: "Ada tertulis: Manusia hidup bukan dari roti saja, tetapi dari setiap firman yang keluar dari mulut Allah."
[5] - Penghakiman pada setiap manusia adalah melalui apa yang dibawanya dan yang dinyatakan sesuai dengan amal perbuatannya dan pendekatan ini dikemukakan oleh Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as), untuk ditegaskan kepada manusia apa yang tanggungjawabnya, dan menyampaikan kepada mereka.
Yang pertama adalah menyebarkan Tauhid. Tauhid adalah yang tertinggi yang dibawa oleh para nabi dan merupakan prinsip pertama dalam permulaan dakwah mereka; kerana Al-Syed (as) telah menerangkan dalam tafsiran Surah Al-Fatihah mengenai martabat Nama-namaNya Yang Maha Suci, pertama: Martabat Sifat Unggul dan Hakikat (Al-Kunhu wa Al-Haqiqah), dan kata gantiNya (Hua - Dia), dan kedua Martabat Zhat Ilahiyah, nama (kata) gantiNya (Allah), yang ketiga adalah Martabat Insan dan nama (kata) gantinya adalah Muhammad (S), dan kita kini bertanggungjawab menetapkan (isbatkan) Tauhid pada martabat insan, jika Tauhid ditetapkan dalam martabat ini, akan menetapkan kedua-dua martabat yang lain, Martabat Zhat dan Martabat dan Sifat Unggul dan Hakikat (Al-Kunhu wa Al-Haqiqah).

Orang-orang Kristian tersilap apabila mereka menurunkan Martabat Zhat kepada Martabat Insan, dan mereka telah menjisimkannya (menjasadkan) dan mendakwa sebagai Ketuhanan Isa (as), jadi persediaan (melazimi) Tauhid pada Martabat Insan adalah: berikrar oleh orang-orang yang ketundukannya pada Allah dan mentaati-Nya; kerana syirik di sini adalah memilih untuk tidak tunduk kepada Allah, dan kafir adalah: menolak perintah Allah SWT, dan inilah menetapkan (isbatkan) Tauhid pada martabat insan apabila ia digunakan bagi setiap pendekatan kepada Ilahi, dan pendekatan (kaedah) Ilahi adalah yang ditulisNya (kitabNya), dan kesempurnaan kitabNya semuanya adalah Al-Quran Al-Karim.

Kesempurnaan Tauhid bagi sesiapa yang tetap menjadikan Al-Quran, seperti yang dicapai Rasulullah (S) apabila dia dibukakan (hijabnya) dan dia menjadi Al-Quran, seperti yang dikatakan oleh Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as), ini adalah matlamat pertama Al-Syed (as), adalah dengan mengenal dan ramai orang-orang yang beriman mengenalnya! Dan dengannya dapat membezakan yang benar dan yang batil, dan telah memperuntukkan kaedah (minhaj) Isa Al-Masih (as) untuk membuat kesimpulan mengenai kebenarannya, di mana beliau berkata:
((15) Waspadalah terhadap nabi-nabi palsu yang datang kepadamu dengan menyamar seperti domba, tetapi sesungguhnya mereka adalah serigala yang buas. (16) Dari buahnyalah kamu akan mengenal mereka. Dapatkah orang memetik buah anggur dari semak duri atau buah ara dari rumput duri? (17) Demikianlah setiap pohon yang baik menghasilkan buah yang baik, sedang pohon yang tidak baik menghasilkan buah yang tidak baik. (18) Tidak mungkin pohon yang baik itu menghasilkan buah yang tidak baik, ataupun pohon yang tidak baik itu menghasilkan buah yang baik. (19) Dan setiap pohon yang tidak menghasilkan buah yang baik, pasti ditebang dan dibuang ke dalam api. (20) Jadi dari buahnyalah kamu akan mengenal mereka.) Injil Matius (Matthew)- Bab: 7.
Jadi bagi semua orang-orang yang beriman kepada apa yang dibawa oleh Isa Al-Masih (as), mereka mengenal yang benar dari yang batil, maka mengikut kaedah dan panduan ini, dan dengan menetapkan Tauhid dalam masyarakat tertentu, Terdapat keimanan dan keselamatan, dan tersebarnya kesejahteraan (salam); kerana semua yang tidak sesuai (serasi) tidak berjaya dihasilkan dari perbezaan di antara semua kewujudan pada martabat keduniaan. Jika katakanlah keserasian antara manusia meningkat, keakraban bersama dan kesatuan (keintiman) menggantikan kebencian dan permusuhan, semua ini tidak tercapai melainkan dengan menjalankan pendekatan Tauhid.


Tiada ulasan: